ISI
KANDUNGAN
Pendahuluan
Pembinaan
laman WEB ini adalah percubaan pertama kami. Di dalam laman WEB ini,
kami sediakan beberapa tugasan bernas yang kami kira boleh membantu guru
- guru matematik dalam melaksanakan pengajarran dan pembelajaran yang berkesan.
Di samping itu, penulisan jurnal ilmiah yang kami sediakan adalah berdasarkan
pengalaman kami sepanjang kerjaya kami sebagai pendidik. Seandainya terdapat
sebarang kekurangan di dalam laman WEB ini, kami memohon maaf. Kami juga
mengalu -alukan pendapat dan pandangan para pelawat sekalian, sudikanlah
mengirim e-mail kepada kami. Segala pendapat dan pandangan daripada pihak
pelawat kami dahului dengan ucapan terima kasih.
Objektif
* Mengaplikasikan
hasil dapatan penyelidikan yang signifikan tentang sumbangan ICT kepada
pencapaian dan motivasi terhadap pembelajaran matematik.
* Mencari dan menyimpan
dan seterusnya menggunakan maklumat tentang pendidikan matematik,
resos pengajaran pembelajaran matematik dengan menggunakan Internet (terutamanya
WWW)
untuk kegunaan pelajar sekolah rendah.
* Mempelbagaikan
bahan pengajaran pembelajaran berbantukan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi pada peringkat sekolah.
* Memberi kesedaran
dan kemudahan kepada para pelajar tentang kepentingan dan kelebihan serta
kekurangan dalam menggunakan ICT dalam bilik darjah.
* Mencuba pendekatan
pengajaran pembelajaran yang efektif dan inovatif dalam konteks
pembelajaran Sekolah Bestari di sekolah biasa.
Rasional
Penggunaan
laman WEB adalah perkara yang dewasa ini sering kali diwarwarkan oleh mana-mana
pihak sahaja. Oleh itu, kami juga tidak mahu ketinggalan untuk melibatkan
diri di dalam bidang IT ini sejajar dengan hasrat Kementerian Pendidikan.
Dalam menuju alaf baru, pengetahuan akan semakin berkembang secara mendadak.
Begitu juga dengan teknologi yang akan maju dengan lebih pesat lagi. Untuk
menyediakan pelajar bagi menimba ilmu pengetahuan yang serba baru ini,
terlebih dahulu para guru perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan
kemahiran baru yang inovatif dan efektif. Para pendidik harus merebut kelebihan
ini dengan membawa Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT ) ke dalam bilik
darjah bagi pengajaran matematik secara lebih bermakna.
|
|
|
|