PENDEKATAN PENYELESAIAN MASALAH
Pendahuluan
Masalah adalah satu perkara di mana seseorang berfikir untuk mencari jalan penyelesaian. Seseorang itu tidak bersedia untuk menjana idea bagi mencari jalan penyelesaian tetapi mampu membuat tindakan untuk menyelesaikannya.
Masalah boleh didefinisikan sebagai : -
* kenyataan yang perlu dicapai
* soalan yang perlu dijawab
* penyelesaian yang perlu diselesaikan
Dengan itu, penyelesaian masalah adalah satu proses menjana pengetahuan yang sedia ada dengan pengetahuan baru berdasarkan sesuatu situasi. Ianya adalah satu tindakan untuk menyelesaikan masalah itu.
Ada beberapa pendapat ahli matematik mengenai penyelesaian masalah. Menurut mereka di dalam proses penyelesaian masalah ada beberapa langkah yang perlu dilakukan :
1. George Polya ( 1957 )
* memahami masalah
* merangka penyelesaian
* mencuba penyelesaian
* semak jawapan
2. Marilyn N. Suydan ( 1980 )
* memahami masalah
* merangsang minda untuk menyelesaikan masalah
* menyelesaikan masalah
* memperbaiki masalah dan penyelesaiannya
3. Daniel T. Dolan dan James Williamson ( 1983 )
* cuba jaya
* membina jadual
* mencari pola
* menggunakan model atau contoh
* memudahkan masalah
* membuang perkara yang tidak diperlukan
4. Stephen Krulik dan Jesse A. Rudrick ( 1984 )
* membaca masalah
* meneroka jalan penyelesaian
* memilih satu strategi
* menggunakan strategi sebagai penyelesaian
* menyemak jawapan
5. P. Cribb. B. Finby ( 1988 )
* lihat
- memahami masalah<
* rancang -
merangka jalan penyelesaian
* laksana -
menyelesaikan masalah
* semak
- membanding jalan penyellesaian dengan situasi sebenar
PENYIASATAN DAN PENEROKAAN MATEMATIK
Penyiasatan dan penerokaan matematik adalah satu elemen penting dalam penyelesaian
masalah.
Penyiasatan melibatkan
kanak-kanak membina makna mengenai perkara di sekeliling mereka. Kanak-kanak
bukan hanya belajar melalui penglihatan dan bunyi bahkan juga memanipulasi
perkara di sekeliling mereka yang memberi makna pada mereka untuk mengawal
sesuatu perkara tersebut.
LANGKAH DALAM PENYIASTAN MATEMATIK
1. memperkenalkan masalah
- menarik perhatian murid dengan memberi mootivasi atau merangsang minda
mengikut situasi
2. memurnikan masalah
- menggunakan soalan untuk merangka jalan ppenyelesaian
3. merangka penyiasatan
- guru membiarkan kanak-kanak untuk memilihh jalan secara penyelesaian yang
terbaik
4. melaksanakan penyiasatan
- kanak-kanak melaksanakan penyiasatan dan menguji hipotesis, generalisasi
dan guru menanyakan
soalan untuk memandu kanak-kanak mencari jalan penyelesaian
5. meringkaskan pembelajaran
- kanak-kanak memerlukan masa untuk mencarii dan menerangkan apa-apa teori
yang mereka ada
mengenainya. Semasa penyiasatan, kanak-kanak boleh meneroka sambil memahami
proses yang terlibat.
PENEROKAAN MATEMATIK
* melibatkan kanak-kanak membuat tekaan. Dalam matematik,
membuat tekaan matematikal dipanggil
sebagai membuat konjektur.
* melibatkan banyak contoh
* mungkin bergantung kepada pengetahuan sedia ada
* mungkin boleh diberikan arah tuju yang lebih jelas dengan memperkenalkan terminologi yang bersesuaian
* mungkin lebih berjaya jika dilakukan secara koperatif
* penyimpanan rekod yang baik mungkin boleh membantu
penerokaan
Tidak ada definasi yang tepat mengenai penyelesaian masalah dan penyiasatan tetapi ianya saling berkaitan ( John Evans, 1987 ):
# Penyelesaian masalah adalah satu aktiviti di mana kanak - kanak mencari jalan penyelesaian untuk meenyelesaikan masalah
# Penyiasatan adalah aktiviti yang pelbagai kerana kanak - kanak digalakkan untuk berfikir bagi menccari strategi alternatif, menimbang apa akan berlaku jika sesuatu tindakan diambil atau melihat samaada sesuatu peluang boleh membawa sebarang perbezaan.
Secara formal, bolehlah dikatakan : -
# penyelesaian masalah adalah penamat tanpa permulaan dan
# penyiasatan adalah permulaan tanpa penamat
Kebanyakan masalah boleh dijadikan penyiasatan dengan menukar nombor atau pola. Kebanyakan penyiasatan tidak kira senang atau susah jika sampai pada satu tahap kanak - kanak tidak tahu untuk melakukan langkah seterusnya, dia mempunyai MASALAH !