|
|
KONSEP DAN MATLAMAT
Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai matlamat Wawasan 2020, iaitu
memerlukan pertumbuhan produktif yang dapat dicapai melalui kepakaran teknologi,
tenaga kerja yang mampu berfikir secara kritis, inovatif dan kreatif serta
bersedia untuk turut serta dalam ekonomi globalisasi.
Di samping itu, falsafah pendidikan negara berhasrat utnuk membentuk perkembangan potensi individu secara holistik dan bersepadu supaya dapat menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pemangkin ke arah pengubahsuaian ini kerajaan telah mewujudkan Sekolah Bestari yang lengkap dengan teknologi terkini bagi memperbaiki sistem pendidikan negara di samping menyediakan tenaga kerja mahir bagi menghadapi cabaran alaf baru.
Pengubahsusian sistem pendidikan memerlukan perubahan dari segi amalan
dan budaya di sekolah rendah dan menengah. Sistem pendidikan masa kini
perlu berubah dari pembelajaran yang hanya menekankan hafalan kepada pembelajaran
merangsangkan pemikiran dan kreativiti, mengambil kira pelbagai kebolehan
dan gaya pembelajaran pelajar serta memastikan semua pelajar berpeluang
untuk membina konsep kendiri. Di samping itu, ibubapa dan masyarakat perlu
memainkan peranan yang aktif utnuk merealisasikan halatuju perubahan dalam
sistem pendidikan negara.
Pengwujudan Sekolah Bestari ini merupakan satu daripada tujuh aplikasi
Perdana Koridor Raya Multimedia ( MSC ) Malaysia. Berlandaskan ini, hasrat
dan matlamat kerajaan Malaysia menggunakan sepenuhnya kepakaran teknologi
dan pertumbuhan pesat prasarana MSC untuk menggalakkan pembentukan Sekolah
Bestari." Memandangkan betapa pentingnya Sekolah Bestari kepada pembentukan
generasi akan datang, kerajaan telah mengambil langkah menjadikan penjelmaan
Sekolah Bestari sebagai satu daripada tujuh ' flagship application ' dalam
projek Mega Koridor Raya Multimedia"
( Ucapan Menteri Pendidikan Malaysia ).
Pada tahun 1999, sembilan puluh buah sekolah perintis akan dijadikan nukleus
bagi melaksanakan konsep, bahan pengajaran dan pembelajaran, kemahiran
dan teknologi Sekolah Bestari. Dokumen dasar yang asal tentang Sekolah
Bestari Malaysia ialah Smart Schools in Malaysia: A Quantum Leap, yang
disediakan pada Januari 1997. Dokumen ini ialah asas bagi dokumen The Malaysian
Smart School. A Conceptual Blueprint yang disediakan oleh Pasukan Petugas
Bersama Industri Kementerian Pendidikan Malaysia. Konsep Sekolah Bestari
yang terkandung dalam dokumen The Malaysian Smart School: A Conceptual
Blueprint merupakan idea yang terus berkembang berterusan dan sentiasa
terbuka kepada perubahan dan kemajuan dalam pedagogi dan teknologi maklumat.
Oleh itu, dokumen ini lebih bersifat deskriptif daripada preskriptif.
Pasukan Petugas juga menyediakan dokumen The Malaysian Smart School Implementation
Plan yang menyediakan
pelaksanaan sekolah-sekolah di seluruh negara untuk menjadi Sekolah
Bestari.Selain itu ,projek Sekolah Bestari menghasilkan
lima 'Concept Requests For Proposals' penyelesaian dalam bidang berikut.
Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula
secara menyeluruh dari segi amalan pengajaran, pembelajaran, pengurusan
sekolah untuk menyediakan pelajar bagi Zaman Maklumat. Sekolah Bestari
berkembang dengan pembentukan staf yang profesional, sumber yang bertambah
dan pentadbiran yang cekap. Ini membolehkan sekolah menyesuaikan diri dengan
keadaan yang kian berubah.
Di Sekolah Bestari pembelajaran akan bercorak kearah kendiri mengikut kadar
individu, kesinambungan dan reflektif. Ini akan berlaku dengan adanya pembekalan
teknologi pelbagai media dan jaringan meliputi seluruh dunia.
Pembelajaran berubah daripada berpusatkan guru kepada yang berpusatkan
pelajar. Kurikulum di Sekolah Bestari lebih fleksibel dan terbuka. Kurikulum
di Sekolah Bestari dirancang supaya bermakna, mempunyai tanggungjawab sosial,
reflektif, holistik, global, terbuka berdasarkan matlamat. In menggalakkan
pembelajaran holistik, membenarkan kanak - kanak maju mengikut tahap pencapaian
masing - masing dan mengambil kira keupayaan, minat dan keperluan pelajar
yang berbeza - beza. Kanak - kanak dididik dengan kemahiran berfikir secara
kritis dan kreatif, disemai dengan nilai murni dan digalakkan meningkatkan
kefasihan berbahasa. Kurikulum Sekolah Bestari dibentuk untuk membentuk
pelajar mencapai perkembangan yang seimbang.
Pelajar sebagai pembelajar aktif di Sekolah Bestari. Pembelajaran yang
berpusatkan budaya berfikir dengan memanfaatkan sumber ilmu oleh teknologi
serta menggunakannya secara menyeluruh dan bersepadu dalam berbagai situasi.
Sekolah memupuk kemahiran penyelesaian masalah yang kreatif bagi menghadapi
situasi baru. Pelajar bertindak dengan berani dalam membuat keputusan dan
bertanggungjawab terhadap keputusan itu. Pelajar akan membuat pengembaraan
maklumat mengelilingi dunia untuk mencari dan mengumpul data. Pelajar akan
dapat mencapai sumber tempatan, kebangsaan dan global. Penjaringan melalui
internet juga membolehkan interaksi antara pelajar dan guru - guru yang
lain serta orang ramai di seluruh dunia.
Dunia pelajar akan diperluaskan melalui perhubungan, pendidikan dan sosial
ini. Pembelajaran yang bermakna ini dapat memupuk dan mempertingkatkan
segala potensi yang ada pada pelajar secara cekap, ekonomis dan berkesan
dengan menggunakan daya fikir, pengetahuan, kemahiran dan teknologi pendidikan
era ini dan cabaran masa hadapan memerlukan Sekolah Bestari sebagai wadah
ke arah pencapaiannya. Penjaringan mempunyai kelebihan dari segi membolehkan
pelajar yang tidak dapat menghadiri sekolah untuk membuat kerja sekolah
dari rumah. Ini memberi makna baru kepada idea ketidakhadiran sekolah kerana
pembelajaran masih dapat berlaku di luar sekolah. Oleh itu, pelajar perlu
diajar strategi untuk menerajui maklumat dengan cekap dan selektif. Usaha
berpasukan, kerjasama kumpulan, fleksibiliti, pandangan jauh dan ketrampilan
menggunakan bahasa antarabangsa akan juga ditekankan.
Sekolah Bestari Malaysia akan mengambil juga konsep inovatif kelas melangkau
maya. Sistem sekarang memberi ketegangan kepada pelajar yang lemah dan
menghalang kemajuan pelajar pintar. Dalam Sekolah Bestari, teknologi akan
memberi fleksibiliti untuk membasmi ketegangan dalam pendidikan. Pelajar
yang lebih cerdas akan dapat menyiapkan semua kerja kursus dan penilaian
lebih awal daripada tempoh normal. Pelajar yang kurang berupaya akan melalui
program asas mengikut kadar pembelajarannya, serta diberi bantuan khas
oleh guru. Ini dapat berlaku kerana penubuhan sistem pengeluaran item penilaian
yang berpusatkan dari dalam talian.
Sistem penilaian fleksibel ini akan membenarkan pelajar dalam satu kelas
fizikal untuk bekerja pada aras yang berlainan dalam matapelajaran yang
sama, selain membenarkan pelajar terus ke aras yang lain dalam mata pelajaran
yang berlainan pada bila - bila masa. Dengan cara ini, pelajar kurang cerdas,
yang biasanya diabaikan akan diberi perhatian yang sewajarnya.
Guru berperanan sebagai pembimbing di sisi. Guru memberi sokongan psikologi
dan galakan. Guru akan bertanggubngjawab menyediakan suasana yang menggalakkan
pembelajaran ke arah kendiri yang kreatif dan berdikari. Guru akan mengenalpasti
matlamat mendefinisikan halatuju bagi pelajarnya, memandu kemajuan pelajar
ke arah mencapai matlamat tersebut dan membenarkan pelajar belajar mengikut
kadar sendiri. Pelajar akan mendapat perhatian individu dari guru. Komputer
akan mengambil alih rutin dan pemyampaian maklumat dan membebaskan guru
daripada tugasan pentadbiran yang remeh supaya mereka dapat menumpukan
perhatian terhadap aspek pendidikan yang bersifat kemanusiaan.
Pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran akan digunakan di Sekolah Bestari.
Antaranya ialah strategi inovatif yang berasaskan teknologi seperti perbincangan
dengan rakan jauh, pembelajaran jarak jauh, penggunaan data sebagai sumber
maklumat, memproses maklumat. memproses maklumat dan menghubungkan dapatan;
merujuk ensiklopedia elektronik; belajar dari courseware elektronik dan
komunikasi elektronik. Interaksi pelajar dan guru sama ada dalam kumpulan
kecil atau individu masih menjadi sebahagian daripada kursus pengajaran
dan pembelajaran.
Dengan menumpukan kepada perkembangan individu, guru digalakkan untuk membina
kemahiran sosial pelajar dan juga untuk menerap moral dan etika yang baik
serta nilai patriotisme. Penggunaan teknologi maklumat sebagai alat akan
membolehkan penyimpanan data dan memudahkan pentadbir untuk mendapatkan
semula data yang banyak. Ia memudahkan kerja memproses dan menyampaikan
hasil yang berkaitan untuk pentadbir membuat keputusan. Ini akan membantu
meningkatkan kecekapan, menghapuskan pertindihan dan secara radikal membaiki
akses bagi semua yang berkenaan.
Dengan pengkomputeran dalam talian pengurusan sekolah, pentadbir akan dapat
merancang, mengurus dan menggunakan sumber manusia dan fizikal dengan berkesan.
penjaringan akan memudahkan penglibatan ibubapa dan masyarakat dalam rancangan
sekolah dan menjadikan mereka rakan kongsi yang berkesan dalam pendidikan
anak mereka. Dengan adanya pangkalan data, maklumat tentang pelajar dan
guru lebih mudah didapati oleh pihak yang sah. Keperluan kebajikan pelajar
dan guru lebih mudah diambil kira dengan pemantauan yang kerap. Pemantauan
sistematik kemajuan pelajar akan mengingatkan sekolah tentang bila perlunya
tindakan susulan bagi pelajar pintar dan yang kurang pintar. Penilaian
berasaskan unsur dan rujukan kriteria tertentu untuk memberi gambaran holistik
dan tepat tentang prestasi pelajar.
Ciri Sekolah Bestari yang paling ketara ialah suasana pengajaran dan pembelajaran
yang dibina berdasarkan amalan terbaik dalam pendidikan rendah dan menengah
daripada seluruh dunia. Ini melibatkan pemantapan kurikulum, pedagogi,
penilaian dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sah.
Kurikulum Sekolah Bestari dirancang supaya bermakna, mempunyai tanggungjawab sosial, reflektif, holistik, global, terbuka berdasarkan matlamat. Ia menggalakkan pembelajaran holistik, membenarkan kanak - kanak maju mengikut tahap pencapaian masing - masing dan mengambilkira keupayaan,. minat dan keperluan pelajar yang berbeza-beza. Kanak - kanak dididik dengan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, disemai denngan nilai murni dan digalakkan meningkatkan kefasihan berbahasa. Kurikulum Sekolah Bestari dibentuk untuk :
a) Membantu pelajar mencapai perkembangan yang
seimbang;
b) Menyepadukan pengetahuan, kemahiran, nilai
dan penggunaan bahasa yang betul;
c) Menyatakan secara eksplisit hasil pembelajaran
yang dikehendaki bagi tahap keupayaan yang berbeza;menawarkan
pembelajaran multi disiplinari,bertema
dan berterusan:
d) Memupuk pengetahuan,kemahiran dan sikap
yang sesuai untuk berjaya dalam Zaman Maklumat:
e) Memupuk pengetahuan,kemahiran dan sikap
yang sesuai untuk berjaya dalam Zaman Maklumat.
Pengajaran Sekolah Bestari berhasrat menjadikan pembelajaran lebih menarik,menggalakkan,merangsangkan dan bermakna melibatkan minda,semangat dan tubuh badan dalam proses pembelajarn:membina asas kemahiran untuk menyediakan kanak-kanak bagi menghadapi cabaran masa depan dan mengambil kira pelbagai keperluan dan kebolehan pelajar.Pedagogi Sekolah Bestari bertujuan:
a) Menggunakan pelbagai strategi pembelajarn
yang sesuai bagi memastikan penguasaan ketrampilan asas dan
meningkatkan perkembangan
holistik;
b) Mengambil kira pelbagai gaya pembelajaran
individu bagi meningkatkan prestasi;
c) Mewujudkan suasana bilik darjah
yang bersesuaian dengan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran.
Sistem penilaian Sekolah Bestari berbeza daripada sistem sedia ada untuk
membantu merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara.Ia berasaskan unsur
dan rujukan kriteria tertentu untuk memberi gambaran holistik dan tepat
tentang prestasi pelajar.Guru,pelajar dan ibubapa dapat mengakses butiran
penilaian melalui komputer.Penilaian Sekolah Bestari adalah fleksibel dan
mudah digunakan,di samping menjamin mutu maklumat penilaian dengan menggunakan
pelbagai pendekatan dan alat.Ia menjurus kepada pensijilan terbuka yang
bukan sahaja menunjukkan pencapaian komulatif pelajar,tetapi juga untuk
peningkatan berterusan sepanjang hayat.
Sekolah Bestari memerlukan bahan pengajaran dan pembelajaran konvensional
dan elektronik yang sesuai dengan strategi pengajaran dan pembelajaran
yang berbagai-bagai.Bahan ini mengambil kira pelbagai keperluan dan kebolehan
pelajar bagi meningkatkan keupayaan dan potensi mereka supaya lebih bertanggungjawab
menguruskan pembelajaran sendiri.
Objektif utama pengurusan Sekolah Bestari ialah untuk mengurus sumber dan
proses dengan cekap dan berkesan bagi menyokong fungsi pengajaran dan pembelajarn.Pihak
pengurusan membantu mengagihkan sumber tenaga manusia yang mahir kepada
aktiviti yang lebih bermakna,menjimatkan kos pada jangka panjang,meningkatkan
mutu keputusan melalui akses yang lebih baik kepada maklumat dan mempercepatkan
proses membuat keputusan.
Bagi mencapai objektif ini, pengurusan Sekolah Bestari memerlukan pentadbir
profesional yang gigih dan berwibawa serta guru yang dapat menjelaskan
matlamat sekolah,memimpin pengajaran di sekolah,memimpin pengajaran di
sekolah,dan mampu mendapatkan sokongan padu daripada ibubapa dan masyarakat.Mereka
perlu mempereratkan komunikasi terbuka dengan semua pihak,mengagihkan sumber
secara adil dan bijak,mengesan prestasi sekolah berbanding dengan objektif
kewangan dan bukan kewangan,serta menyediakan suasana persekolahan yang
menyokong pembelajaran.
Mereka perlu juga mewujudkan dan mengekalkan staf yang bermotivasi dan
berprestasi tinggi,menjamin keselamatan sekolah dan penghuni,serta menggunakan
dan mengurus teknologi dengan sesuai,berkesan dan cekap.Bagi mencapai objektif
Sekolah Bestari proses dalamannya perlu diselaraskan sebagai suatu sistem
.Sistem yang sempurna membolehkan bekalan input yang sesuai menghasilkan
output yang dikehendaki seperti kesediaan pelajar untuk melanjutkan pelajaran,atau
penyertaan yang aktif dan produktif di kalangan tenaga kerja.Inisiatif
Sekolah Bestari menawarkan peluang yang unggul untuk menilai semula sistem
persekolahan sedia ada, mengenal pasti masalah dan mencari penyelesaian
terbaik dengan bantuan teknologi.
|
|