Tugasan Bernas
sumbangan : Aaron Michael

Pengajaran hubungan antara luas dan perimeter dengan menggunakan Geometer's Sketchpad

Tajuk : Luasku tak sama perimeterku...Terokailah aku.
Topik : Ruang
Tahun : Enam

Objektif kandungan : Selepas proses pengajaran dan pembelajaran, murid boleh;
                                1. mengenalpasti hubungan yang penting dan mendalam di antara luas dan perimeter.
                                2. membina pemahaman tentang idea - idea matematik dan tahu membuat definisi mengenai perimeter
                                    dan luas.

Objektif proses       : Murid boleh membuat refleksi dan penegasan berdasarkan pemahaman sendiri tentang idea - idea
                                 matematik dalam sesuatu situasi dan kegunaannya dalam kehidupan seharian.

Pengetahuan Sedia ada    : Murid sudah mengetahui cara memperolehi perimeter dan luas.
Kaedah pengajaran         : Pembelajaran kooperatif.
Pendekatan/jenis tugasan : Penerokaan dan penyiasatan.

Bahan : Kad manila, gunting, Disket ( laman kerja ) GSP, borang penerokaan dan penyiasatan.
 

Panduan Guru ( aktiviti 1 )

1. Guru menyediakan bahan ( kad manila dan gunting ).
2. Murid bekerja dalam kumpulan ( 2 -3 orang ) - pelbagai tahap kecerdasan.
3.Setiap kumpulan disediakan 2 keping kad manila dan gunting.
    * Objektif dalam aktiviti ini ialah untuk membantu pelajar memahami dengan lebih mendalam tentang konsep dan hubungan
        antara perimeter dan luas.
4. Semasa aktiviti dijalankan, mungkin ada murid yang akan menghadapi masalah. Guru boleh membimbing mereka dengan
    mengajukan beberapa soalan sebagai rangsangan. Contoh soalan:-
    a. Apakah perbezaan yang dapat diperhatikan pada objek jika sisi terpendek dicantumkan dan sisi terpanjang dicantumkan?
    b. Apakah hubungan antara sisi objek dengan perimeter? Apakah konjektur yang dapat anda buat?
        contoh: Jikalau sisi pendek dicantumkan, maka perimeter akan bertambah.
    c. Apakah kesimpulan yang dapat anda buat?
        Kesimpulan : Perimeter besar apabila sisi pendek dicantumkan.
5. Bagi murid yang faham, guru meminta mereka membuat konjektur untuk menunjukkan bentuk yang mempunyai perimeter
    terbesar dan terkecil dan seterusnya membuat kesimpulan.
6. Pamerkan tugasan yang dilakukan oleh murid di dalam kelas ( sudut matematik ).

Panduan murid (Aktiviti 1)


a. Gunting kad manila itu kepada 2 bahagian melalui pepenjuru. Anda akan memperolehi dua bahagian A dan B ( rajah 1 (a))
b. Dengan menggunakan 2 bahagian tersebut, bina beberapa lagi bentuk yang berlainan dengan mencantumkan bahagian
    A dan B. lukiskan bentuk yang dihasilkan di atas kad manila yang satu lagi ( rajah 1 (b) ). Ada berapakah bentuk
    berlainan yang anda perolehi? Adakah bentuk itu sama dari segi saiz dan dan panjang semua sisi? Cari pola - pola yang
    berkaitan dan bina konjektur.
c. Daripada bentuk - bentuk tersebut, kenalpasti bentuk yang mempunyai perimeter terbesar dan terkecil tanpa menggunakan
    sebarang alat pengukur dan sebagainya. Berbincang dengan kumpulan anda tentang konjektur yang anda bina dari
    semasa ke semasa untuk membuat penilaian dan kesimpulan.
 
 

Aktiviti 2:
Pembelajaran kooperatif ( hubungan antara luas dan perimeter dengan menggunakan Geometer's Sketchpad )

Panduan guru

1. Guru menyediakan laman kerja Geometer's Sketchpad ( disediakan dalam disket ), borang penyiasatan dan penerokaan
    dan set komputer.
2. Murid akan melakukan pembelajaran kooperatif  berdasarkan kumpulan dalam aktiviti 1.
3. Murid meneroka idea dan konjecture tentang hubungan antara perimeter dan luas. Guru akan memantau dan memandu
    murid dengan beberapa soalan. Contohnya :
    a. Apakah akan terjadi jika anda mengubah nombor pada sisi objek. Bagaimana cara anda mengubahnya dengan
        menggunakan Geometer's Sketchpad?
    b. Apa pula yang dapat anda perhatikan jika bentuk itu diubah?
4. Guru meminta murid supaya  menggunakan borang penerokaan dan penyiasatan untuk membantu mereka mengumpul
    dan mengendali idea, menginferens dan membuat konjectur atau kesimpulan.
 
BORANG PENEROKAAN DAN PENYIASATAN
(Hubungan antara perimeter dan luas)

Objektif    : Memahami dengan lebih mendalam tentang konsep dan hubungan antara luas dan perimeter.
Soalan      : Semua poligon mempunyai perimeter sama. Bentuk apakah yang mempunyai luas yang terbesar?

Konjectur : Tuliskan kenyataan yang anda fikirkan berkaitan untuk mendapatkan jawapan.
 _____________________________________________________________________________________
 _____________________________________________________________________________________
 _____________________________________________________________________________________
 _____________________________________________________________________________________

Gunakan jadual dibawah untuk membuat penerokaan dan penyiasatan:
Dimensi
Perimeter ( cm )
luas ( cm Persegi )
5 x 5
20.0
25.0
     

Tuliskan kesimpulan anda berdasarkan konjektur yang anda temui dalam penyiasatan.
  ____________________________________________________________________________________
  ____________________________________________________________________________________
  ____________________________________________________________________________________
  ____________________________________________________________________________________

 

5. Selepas murid membincangkan jawapan, murid buat perbandingan jawapan dengan kumpulan lain. Perbincangan ini akan
    menggalakkan pertukaran pendapat dan menimbulkan idea - idea yang lebih bermakna di kalangan pelajar.
6. Akhir sekali, guru mengajukan soalan, " Bagaimana anda mengetahui bahawa kesimpulan yang anda buat itu selalunya
    betul?"
7. Geometer's Sketchpad mempunyai persekitaran yang berkesan untuk menemui hubungan antara luas dan perimeter.
 

Panduan murid


                                                           Rajah 2

1. Murid menggunakan Geometer's Sketchpad ( dalam disket yang disediakan ) untuk melengkapkan borang jawapan
    penerokaan dan penyiasatan yang disediakan.
2. Murid akan membuat konjektur terlebih dahulu dengan berbincang dalam kumpulan dan memproses dengan membuat
    penyiasatan seterusnya menguji konjektur mereka dengan menggunakan laman Geometer's Sketchpad yang disediakan
    dan melengkapkan jadual dalam borang penerokaan dan penyiasatan.
3. Jika anda mengheret titik pepenjuru pada poligon, perubahan akan berlaku pada saiz dan bentuk sementara Geometer's
    Sketchpad akan berinteraksi dengan mengubah dengan tepat luas dan perimeter di skrin komputer.
 

Lembaran aktiviti pengukuhan

Masalah : Adakah bentuk yang mempunyai perimeter yang sama mempunyai luas yang sama?

Persoalan : Perimeter padang A ialah 36 unit dan perimeter bagi padang B ialah 36 unit. Padang manakah yang boleh di
                    anggap luas?
 

Masalah: Adakah bentuk yang mempunyai luas yang sama mempunyai perimeter yang sama ?


                                                      rajah 3

Panduan murid.

Berdasarkan rajah 3, bolehkan anda mencari perimeter dan luas bagi kebun X dan kebun Y dengan menggunakan
1 unit segiempat sama yang diberi.

1. Berapakah luas bagi kebun X dan kebun Y?
    Kebun X = ________
    Kebun Y= _________
2. Berapakah perimeter bagi kebun X dan kebun Y ?
    Kebun X=_________
    Kebun Y=_________

3. Kebun manakah yang anda anggap luas? Jelaskan jawapan anda.
    ___________________________________________________________________________
    ___________________________________________________________________________
    ___________________________________________________________________________
    ___________________________________________________________________________
    ___________________________________________________________________________
 

ISI KANDUNGAN
 
 

Hosted by www.Geocities.ws

1