|
|
PENGGUNAAN INTERNET DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK
Pengenalan
Penggunaan teknologi komputer dalam pendidikan
telah lama diperkenalkan di negara - negara maju seperti Amerika dan Eropah
sejak awal tahun 60-an lagi. Bagi mencapai wawasan dan inspirasi negara,
Malaysia tidak ketinggalan dalam mengecapi arus perdana pembangunan berasaskan
teknologi komputer. Dari perspektif harian, ianya bukan sahaja mampu membantu
tugas - tugas pengurusan dan pentadbiran, malah berpotensi sebagai alat
untuk menjayakan lagi aspek persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi
hampir semua mata pelajaran. Terciptanya mikro komputer pada awal tahun
70-an telah memberi kesan yang memberangsangkan terhadap penggunaan teknologi
dalam pendidikan di Malaysia.
( Norhashim, Mazenah & Rose Alinda, 1996 ).
Penggabungan penggunaan aspek teknologi dalam kurikulum sekolah dapat
menyemai dan memupuk sikap positif terhadap perkembangan teknologi. Persekitaran
dan budaya sekolah seharusnya dari sesuatu pembelajaran yang bersifat memori
kepada yang berpengetahuan, berpemikiran kreatif dan penyayang dengan menggunakan
teknologi terkini
( Kementerian Pendidikan Malaysia, 1997 ). Berlandaskan tanggapan ini,
pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan berhasrat mengujudkan Sekolah
Bestari sebagai pemangkin bagi memenuhi agenda perancangan dan perlaksanaan
Koridor Raya Multimedia ( Multimedia Super Corridor atau MSC ).
Perlaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas - luasnya kepada
penggunaan teknologi komputer dan Internet dan dapat menjanakan sistem
pendidikan yang lebih komplek dan fleksibiliti
( KPM 1997 . Pengluasan penggunaan internet dalam urusan perniagaan
dan komunikasi akan memudahkan pelaksanaannya dalam bidang pendidikan.
Peranan Komputer dan Internet Dalam pendidikan
Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dapat memurnikan dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Sedekad yang lalu, NCTM ( National Council of Teachers of Mathematics, 1980 ) telah menggariskan cadangan supaya pengajaran matematik mengambil peluang luas yang ditawarkan oleh komputer. Cockcroff ( 1982 ) menyarankan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran bukan setakat boleh memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah penggunaan komputer juga boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus matematik. Situasi yang sama mungkin wujud dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran lain di sekolah. Aktiviti penyelesaian masalah adalah bahagian terpenting dalam pendidikan matematik dan perlu dititikberatkan. Pencapaian yang tinggi dalam matematik tidak bermakna seseorang pelajar tidak mampu melakukan proses penyelesaian masalah. Mengikut Laporan Cockcroff ( 1982 ) menegaskan bahawa masalah matematik harus diterjemah kepada sebutan dan bahasa matematik sebelum ianya diselesaikan. Langkah terjemahan seperti ini memerlukan fahaman yang lengkap terhadap struktur konsep yang terkandung dalam masalah tersebut. Situasi ini telah menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan sesetengah pelajar. Masalah dan kesukaran mentelaah ini boleh diatasi melalui penggunaan komputer ( Lim 1989 ).
Hasil beberapa kajian yang telah dijalankan ( Funkhouser, 1983; Henderson and Landersman, 1992; Chazan,1998; Mccoy, 1991; Al Ghamdi, 1987) mendapati bahawa:-
Melalaui kajian yang telah dijalankan oleh Christie ( 1996 ) terhadap
penggunaan mel elektronik
( e-mail ) dan penerokaan maklumat di kalangan pelajar sekolah rendah
mendapati bahawa, selain daripada semangan belajar secara kumpulan ( pembelajaran
kooperatif), para pelajar juga semakin mesra dengnan alat teknologi ini
dan sentiasa berusaha untuk meneroka 'alam yang baru ditemui' (virtual
reality ). Mereka sentiasa menemui maklumat baru dan bahan - bahan
yang menarik perhatian. Nolan dan Martin ( 1994 ) menyatakan bahawa pembelajaran
dalam suasana baru seperti menggunakan internet di sekolah telah membawa
banyak perubahan kepada pelajar. Pelajar didapati lebih mahir membuat kajian
dan lebih berfikiran secara kritikal. Walau bagaimanapun jurang perbezaan
sosial di kalangan pelajar harus diambil kira semasa pendedahan teknologi
komputer internet diberikan ( Bier et, 1996 ).
Kang ( 1995 ) dalam kajiannya untuk menilai kesan aktiviti mel elektronik ke atas sikap pelajar terhadap internet telah mendapati bahawa para pelajar amat kagum dan tertarik kepada internet. Mesej yang dihantar sejauh 25,000 batu jauhnya sampai dalam beberapa minit sahaja. Para pelajar juga amat berhati - hati semasa menulis mesej supaya tidak terdapat kesalahan ejaan dan maksudnya boleh difahami oleh sipenerima dengan mudah. Amalan ini akan dapat meningkatkan penguasaan bahasa, khususnya bahasa Inggeris. Aktiviti komunikasi dalam internet seperti mel elektronik akan dapat menyediakan pelajar untuk dunia pekerjaan yang akhir - akhir ini banyak menggunakan proses perhubungan telekomunikasi yang canggih ( Everett and Ahern, 1994 ).
Internet akan menjadi sebahagian daripada Sekolah Bestari menjelang januari 1999 kelak. Telah pun diumumkan bahawa, semua sekolah menengah akan mendapat akses ke internet menjelang tahun 2000. Kementerian Pendidikan Malaysia ( Sulaiman, 1996 ). Melalui projek ini, Kementerian Pendidikan telah menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada para pelajar dan pendidik di samping menyediakan program - program latihan yang berterusan kepada guru - guru. Program ini, walaupun kurang berjayya, tetapi sekurang - kurangnya telah dapat memberi pendedahan awal kepada guru - guru dan pelajar tentang penggunaan dan peranan internet kepada dunia pendidikan. Dalam perkembangan terbaru, Kementerian Pendidikan Malaysia, melalui Bahagian Pendidikan Guru, sedang menjalankan Kursus Dalam Perkhidmatan ( 14 minggu ) Bestari kepada guru - guru di seluruh negara bertempat dibeberapa buah maktab perguruan. Guru - guru ini dipilih daripada 990 buah sekolah yang dijangka akan melaksanakan kurikulum baru bestari mulai tahun 1999. Dalam kursus ini, guru - guru akan didedahkandengan pelbagai kemahiran generik termasuklah kemahiran teknologi maklumat yang seterusnya akan menjadi asas dan keperluan utama dalam pembinaan pakej pembelajaran bestari. Para peserta akan berpeluang menjadikan internet sebagai sumber dan alat penyebaran maklumat yan cepat dan berkesan.
Penggunaan Internet dalam pendidikan matematik
Internet adalah satu sumber pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan matematik. terdapat pelbagai bahan menarik, yang meliputi pelbagai tajuk seperti arithmetik, geometri, stastik, kalkulus, sejarah, dan sebagainya. Antara bahan yang boleh dimanfaatkan oleh guru dan pelajar berhubung dengnan pendidikan matematik ialah :
Teori pembelajaran dan aplikasi
Antara teori pembelajaran yang sering diperbincangkan
oleh warga pendidik pada masa ini ialah konstruktivisme. Beberapa strategi
( atau teknik ) pembelajaran yang berkait rapat dengan teori tersebut pula
ialah seperti ' pembelajaran kooperatif ',
' inkuri penemuan' , dan sebagainya. Bahan -
bahan tersebut boleh diperolehi daripada laman - laman berikut:
Penutup
Jelaslah bahawa internet mempunyai potensi untuk membuat pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan bermakna. Terpulang kepada guru untuk dapat membawa penggunaan internet ini ke bilik darjah dengan kebijaksanaan dan kemudahan yang sedia ada. Walaupun akses ke internet ini masih belum meluas di peringkat sekolah pada hari ini, tetapi kemudahan untuk menggunakan internet terdapat di mana - mana; di rumah, perpustakaan awam, pusat/kedai komputer dan lain - lain.
Penggunaan komputer dan internet diyakini akan dapat membantu mewujudkan
suasana pembelajaran bestari yang menekankan tiga unsur penting
iaitu, self access, self paced, dan self directed, dan seterusnya
akan menjayakan matlamat pelaksanaan sekolah bestari, untuk melahirkan
warga negara yang berketrampilan, kreatif, inovatif serta berakhlak mulia.
" Pendidikan hari ini untuk kecemerlangan masa hadapan "
RUJUKAN
1. Arganbright.D.E. Mathematical Applications of an Electronic Spreadsheet In Computers inMathematics Education, 1984. yearbook of the National Councial of teachers of Mathematics.
2. Catterall, P & Lewis, R . Problem Solving. Journal of Computer Assisted Learning.
3. Heinich, R. Molenda, M. & Russell,J. Instructional media and the new technologies of education.
4. McDonald,J.L. The Mathematicas Teachers.
5. Ainley,J and Pratt, D. Unpacking maxbox. micromath vol. 10.