TUGASAN BERNAS

Tajuk                         : Sama-sama cari

Tahun                        : 4, 5 atau 6

Masa                         : 1 jam

Jenis Tugasan             : Penyiasatan Matematikal

Pengetahuan perlu ada : Murid-murid mengenali bentuk segiempat sama dan konsep perimeter.

Tujuan Tugasan          : Murid-murid menggunakan kaedah penyiasatan untuk membina jadual,
                                    mengecam pola dan membuat konjektur.

ABM                          : Batang mancis
 

Panduan Guru

        1.Murid-murid dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan yang terdiri daripada 4 orang ahli.

         2. Setiap kumpulan dibekalkan dengan 50 batang mancis untuk menjalankan siasatan
             dalam Lembaran Aktiviti Pelajar.

         3. Semasa kumpulan menjalankan penyiasatan,guru perlu membuat rondaan dan memerhatikan
             wacana dan rekod murid.

         4. Guru harus memberikan bimbingan jika perlu.

              Antara soalan-soalan yang boleh ditanya adalah seperti berikut:
 


         5. Apabila semua kumpulan menyelesaikan penyiasatan mereka, pelajar boleh diminta untuk
             menulis satu laporan tentang proses dan hasil penyiasatan mereka.

          6. Kadangkala penulisan laporan secara formal tidak bersesuaian.Pelajar digalakkan untuk
              menggunakan alternatif lain seperti menghasilkan poster, laporan secara verbal kepada kelas,
              booklet idea dan sebagainya.

          7. Guru harus mempersembahkan contoh-contoh kerja pelajar di kelas (contoh yang baik untuk
              pelbagai kebolehan dipilih).

          8. Sebagai penyiasatan lanjutan, guru boleh memberikan lembaran yang disediakan (Aktiviti
              Penyiasatan Lanjutan) dimana pelajar-pelajar digalakkan mencari peimeter untuk 50
             segiempat sama yang berderet.
 
 
 
PENYIASATAN LANJUTAN
LAMPIRAN 1
AKTIVITI PELAJAR

ISI KANDUNGAN
 
 

Hosted by www.Geocities.ws

1