1. Kumpulan
anda akan dibekalkan 50 batang mancis.Dalam aktiviti
dibawah,anggapkan bahawa tiap-tiap batang mancis sama panjang.
2. Bina
satu segiempat sama dengan menggunakan 4 batang mancis.
Berapa batang mancis diperlukan?
3. Bina
2 segiempat sama dan diikuti dengan 3, 4, 5 segiempat sama
seperti yang ditunjukkan dibawah.
Bagi setiap kes ini,rekodkan bilangan batang mancis yang diperlukan.
4. Sila buat
konjektur mengenai hubungan diantara bilangan segiempat
sama dan bilangan batang mancis yang diperlukan.Sila rekodkan
konjektur anda dibawah ini.
5. Terangkan bagaimana anda memperolehi konjektur ini.
6. Ujikan konjektur
anda dengan kes 10 dan 15 segiempat sama.Adakah
konjektur anda benar?
7. Gunakan
konjektur anda untuk mencari bilangan batang mancis yang
diperlukan untuk membina 100 atau 500 segiempat sama.
---------------------------------------------------------------------------------------------
Aktiviti Penyiasatan Lanjutan
Dengan menganggapkan
bahawa panjang setiap batang mancis iaitu satu unit panjang,
carilah perimeter bagi bentuk
bawah yang terdiri daripada 50 segiempat sama bersambung
secara menderet.
1.Sila terangkan cara penyelesaian anda.
2. Apakah konjektur anda mengenai
hubungan antara bilangan segiempat sama dengan
perimeter
yang terhasil?
UJI MINDA ANDA
Berasaskan aktiviti di atas,binalah soalan yang
berkaitan perimeter dengan menggunakan
bentuk lain.