Aktiviti Penyiasatan Lanjutan

Untuk makluman guru:

Dengan anggapan bahawa setiap batang mancis ialah 1 unit panjangnya, carilah perimeter bagi bentuk segiempat yang terdiri daripada 50 segiempat sama yang bersambung secara menderet.
 

Bilangan segiempat sama
Perimeter
1
4
2
6
3
8
4
10
5
12
6
?
7
?
8
?
9
?
10
?

Dengan penambahan setiap segiempat, maka dapat dirumuskan bahawa perimeter segiempat akan bertambah sebanyak 2.

Jadi, apabila bilangan segiempat ialah 2, perimeter = 4 + 2 = 6,
        apabila bilangan segiempat ialah 3, perimeter = 6 + 2 = 8,
        apabila bilangan segiempat ialah 4, perimeter = 8 + 2 = 10 dan
        apabila bilangan segiempat ialah 5, perimeter = 10 + 2 = 12.

Konjekturnya ialah jika bilangan segiempat sama ialah n, maka
                                     perimeter = 2n + 2
                                                     = 2 ( n + 1 )

dan seterusnya terangkan bagaimana anda gunakan konjektur ini untuk mencari perimeter untuk 10, 15,.............50,.............100 segiempat sama.

Contohnya, sekiranya segiempat sama ialah 20, cari perimeternya seperti berikut:

                                                    2 ( n + 1 )
                                                 = 2 ( 20 + 1 )
                                                 = 2 ( 21 )
                                                 = 42
 

SAMA CARI

Hosted by www.Geocities.ws

1