TUGASAN  BERNAS

Sumbangan : Daud Jerawi





    Tajuk           :  Cuit-Cuit Bersama Kandos
    Topik           :  Bentuk
    Tahun           :  4
    Masa           :  1 jam ( 60 minit)
    Pengetahuan perlu ada  :  Murid mengenali bentuk-bentuk
    Jenis tugasan  :  Aplikasi dan penerokaan.
    Pendekatan pembelajaran  : Pembelajaran Koperatif
    Objektif/tujuan    : Di akhir pembelajaran muri-murid dapat:
                               a).  membeza bentuk-bentuk
                               b).  menamakan benda-benda berdasarkan sifat bentuk
    Alatan               : kotak, benda-benda maujud,gambar dan kepingan bentuk
 

Panduan Guru  :

   1.   Agihkan muri-murid kepada 6 kumpulan kecil dan setiap kumpulan mengandungi 5 ahli.
   2.  a). Edarkan lembaran aktiviti (rujuk Lampiran 1) dan kotak ajaib yang mengandungi
             benda-benda yang bentuknya berbeza.
        b). Kemudian arahkan setiap ahli kumpulan mengambil benda dalam kotak secara bergilir-gilir
             dan merekodkannya dalam jadual di lembaran aktiviti pada Lampiran 1.
        c). Setelah selesai murid-murid merekod dan melengkapkan jadual tersebut, guru mengajukan
             beberapa soalan untuk mengetahui apa yang telah mereka terokai.

             *  soalan-soalan untuk memandu murid.

                a).      Apakah bentuk benda yang kamu rekodkan dari hasil pemerhatian kamu?

                          Refleksi murid :  Murid-murid akan memberi berbagai-bagai gambaran  bentuk
                                                   dari benda yang  mereka perhatikan.
                b).      Adakah setiap benda itu serupa dan kalau ianya serupa? Nyatakan benda-benda
                          tersebut.

                          Refleksi murid :  Murid akan memberi berbagai gambaran benda yang serupa
                                                   bentuk.
                c).      Pada pandangan kamu adakah bentuk-bentuk ini mempengaruhi kehidupan
                          seharian kita dan kalau  "YA", cuba kamu nyatakannya ?

                d).      setiap bentuk yang kamu dapati,binakan seberapa banyak bentuk tersebut untuk
                          menghasilkan corak-corak yang menarik dan warnakannya dengan pelbagai warna.

                          #  contoh-contoh corak berkemungkinan murid dapat hasilkan daripada bentuk
                              tersebut.







3. Hasil kerja murid ,guru perlu pamerkan untuk menghargai kebolehan mereka.

4. Setelah selesai murid melakukan aktiviti di atas, berikan aktiviti tambahan ( rujuk Lampiran 2).
 
 

Lampiran 1
      ( Lembaran aktiviti)
 

       Arahan :
                   Senaraikan/namakan benda dan bentuknya serta lukiskan rajah bentuk tersebut pada
                   jadual yang disediakan di bawah.
 
 

Nama bentuk
Bentuknya
Rajah
     
     
     
     

 
 

Top
 
 

Lampiran 2

( Lembaran Aktiviti 2)







Arahan :

Gunakan kepingan bentuk di atas untuk membina satu bentuk seperti soalan di bawah dan  lukiskan bentuk yang kamu hasilkan daripada cantuman tadi.
 
 

Soalan 1:  Cantumkan kepingan A dan ____ untuk membina segitiga kaki sama bernilai RM20.





Soalan 2: Cantumkan kepingan D dan ____ untuk membina segiempat sama bernilai RM4.




Soalan 3: Cantumkan kepingan ____, ____,dan ____ untuk membina segitiga kaki sama bernilai
               RM10.




Soalan 4: Cantumkan kepingan ____, ____, dan ____ untuk membina segiempat sama bernilai
               RM12.




Soalan 5: Cantumkan kepingan ____, ____, ____ dan ____ untuk membina segitiga kaki sama
               bernilai RM19.

Soalan 6: Cantumkan kepingan ____, ____, ____ dan ____ untuk membina segiempat tepat
               bernilai RM18.

ISI KANDUNGAN
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hosted by www.Geocities.ws

1