ICT DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK
Pengenalan
Malaysia berhasrat untuk menjadi sebuah negara maju sepertimana yang diwawaskan dalam Wawasan 2020.Dasar-dasar Pendidikan Negara sentiasa dikaji dan kurikulum pendidikan dikemas kinikan bagi meningkatkan mutu pendidikan dan memastikan keberkesanan pelaksanaannya sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran alaf baru.Kurikulum Sekolah Bestari digubal dengan mengambil contoh amalan-amalan yang terbaik di seluruh dunia serta menggabungkan elemen-elemen yang akan membolehkan sistem pendidikan mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara untuk :
"memperkembangkan lagi potensi individu secara holistik dan bersepadu supaya
dapat menghasilkan insan yang seimbang dari segi intelek,rohani dan jasmani.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan,berakhlak mulia,bertanggungjawab dan keupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara"
Disamping memberi penekanan kepada usaha yang lebih gigih untuk membina kekuatan daya fikiran dan penerapan nilai secara eksplisit,ia juga menekankan perkembangan potensi pelajar secara individu untuk memanfaatkan pengetahuan ICT.
Fenomena yang membawa perubahan dalam Pendidikan Matematik
Budaya sekolah seharusnya perlu diubahkan daripada sesuatu yang berdasarkan
memori kepada berpengetahuan,berpemikiran kreatif dan penyayang dengan
menggunakan teknologi terkini (KPM,1997).Mengikut pengarang buku 'Reshaping
Schools Mathematics: A Philosophy and Framework For Curriculum (National
Research Council [NRC],1990) telah membincangkan kepentingan perubahan
dalam Pendidikan Matematik.Antaranya ialah :
Pengajaran Berbantukan Komputer
Komputer memainkan peranan yang penting dalam pendidikan matematik.Penggunaan
komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dapat memperkembangkan
dan memperkayakan lagi topik yang diajar. Lebih sedekad yang lalu, NCTM(National
Council of Teacher's of Mathematics,1980) mencadangkan supaya matematik
perlu mengambil peluang yang luas yang ditawarkan oleh komputer. Cockcroft
(1982) menyarankan bahawa penggunaan komputer
dalam pengajaran dan pembelajaran
matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran malah mengubahkan
kepentingan sesuatu topik dalam matematik. Aktiviti penyelesaian masalah
adalah bahagian yang terpenting dalam pendidikan matematik. Pencapaian
yang tinggi dalam matematik tidak bermakna jika seorang pelajar tidak mampu
melakukan proses penyelesaian masalah. Laporan Cockroft (1982) menegaskan
bahawa masalah matematik harus diterjemahkan
kepada sebutan dan bahasa matematik
sebelum ianya diselesaikan. Langkah terjemahan seperti ini memerlukan fahaman
yang lengkap terhadap konsep yang terkandung dalam masalah tersebut.Keadaan
ini telah menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan sesetengah pelajar.
Masalah dan kesukaran ini boleh diatasi melalui komputer (Lim, 1989). Pada
pandangan pelajar-pelajar, pendidikan matematik merupakan sesuatu yang
amat sukar, membosankan dan penuh dengan pola nombor dan hafalan.Pandangan
ini dapat dikikis dengan penggunaan komputer.
Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhauser, 1993: Henderson and Landersman, 1992: Chozon, 1988: McCoy, 1991: Al Ghamdi, 1987) didapati bahawa pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang kompleks. Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah dan berkesan. Kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama.
Penggunaan
komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan beberapa aplikasi
seperti spreedsheet,multimedia dan internet.Penggunaan perisian seperti
Mikrosoft-Excell,The Geometer's Sketchpad dan Logo menarik minat pelajar-pelajar
Matematik.Perisian-perisian ini boleh membantu pelajar meneroka dan menyiasat
pola nombor,memahami konsep dan prinsip-prinsip Matematik dengan mudah
dan berkesan.Dalam pengajaran berbantukan komputer,komputer boleh diangap
sebagai tutor atau guru.Dalam proses pengajaran sebenar dalam bilik darjah,guru
berperanan sebagai pemudahcara(facilitator),penerang.Peranan
ini boleh diambil alih oleh komputer.Pengajaran berbantukan komputer melibatkan
sistem tutorial,permainan dan simulasi (PPK,1993:Jamaludin,1989).Multimedia
adalah teknologi maklumat terkini yang membenarkan integrasi dan manipulasi
video,audio ,teks, grafik dan animasi (Baharuddin & Mohd ).
Multimedia berasaskan komputer
boleh menjadikan proses pendidikan suatu pengalaman yang menyeronokkan
dan menarik di samping membantu pelajar memahami konsep dengan cepat dan
mudah ( Brown & Bush, 1992; Tho & Ng, 1994: Rio & Kasiran,
1994; Baharuddin dan Mohd, 1995 ). Penggunaan multimedia mempunyai peranan
yang penting dalam pendidikan
matematik. Antaranya ialah multimedia
boleh;
1.memberi peluang kepada
pelajar untuk belajara berdasarkan kemampuan masing - masing
2.memudahkan dan mempercepatkan
kefahaman sesuatu konsep matematik
3.menjadikan aktiviti
pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan
4.membekalkan lebih
banyak maklumat dan pengetahuan kepada pelajar
5.membantu pelajar
mengulangi sesuatu pelajaran berulangkali
Pendidikan kini tidak lagi menghalang kemajuan pelajar pintar. Dalam Sekolah
Bestari, teknologi bukan memberi fleksibiliti untuk membasmi ketegangan
dalam pendidikan. Pelajar yang lebih cerdas akan menyiapkan semua kerja
kursus dan penilaian lebih awal daripada tempoh normal. Pelajar yang kurang
berupaya akan melalui program asas mengikut kadar pembelajarannya
serta diberi bantuan khas oleh
guru. Sistem penilaian ini akan membenarkan pelajar dalam satu kelas fizikal
untuk bekerja pada aras yang berlainan dalam mata pelajaran yang sama,
selainmembenarkan pelajar terus ke arah yang lain dalam mata pelajaran
yang berlainan pada bila - bila masa.
Penggunaan Internet
Internet atau' International Network of Networks ' ialah suatu rangkaian komputer di peringkat antarabangsa. Kajian oleh Christle ( 1996 ) terhadap penggunaan mel elektronik ( e-mel) dan penerokaan maklumat di kalangan para pelajar sekolah rendah mendapati bahawi selain daripada semangat belajar secara kumpulan ( Cooperaticve learning ), para pelajar juga semakin mesra denngan alat teknologi ini dan sentiasa berusaha untuk meneroka ' alam yang baru ditemui ' ( virtual reality )mereka sentiasa menemui maklumat baru dan bahan - bahan yang menarik perhatian. Nolan dan Martin ( 1994 ) menyatakan bahawa pembelajaran dan suasana baru sepereti menggunakan internet di sekolah telah membawa banyak perubahan kepada pelajar. Pelajar didapati lebih mahir membuat kajian dan lebih berfikiran secara kritikal.
Dalam rangkaian internet terdapat berbagai - bagai jenis bahan termasuk
artikel, imej, grafik, majalah, video. audio, kertas persidangan dan sebagainya.
Matematik adalah seni, bentuk - bentuk geometri dan diolah dan dipelbagaikan
akan menghasilkan suatu corak yang menarik dan berharga. Melalui internet,
corak - corak yang menarik itu boleh dipamerkan dalam bentuk interaktif.
Para guru dan pelajar akan berpeluang menghasilkan corak - corak tersebut
dengan menggunakan
daya kreativiti dan imaginasi masing
- masing. Selain daripada huraian konsep pennyelesaian masalah dalam internet,
terdapat juga aktiviti - aktiviti yang meliputi pelbagai topik dalam matematik.
Para guru boleh mambimbing pelajar memilih aktiviti - aktiviti yang berkaitan.
Di sini guru harus bertanggungjawab menyediakan suasana yang menggalakkan
ke arah kendiri yang keratif dan berdikari. Guru yang berperanan sebagai
fasilitator, galakkan pelajar untuk membina kemahiran sosial dan jugamenerap
nilai - nilai moral dan etika yang baik serta nilai patriotisme.
Rangkaian sedunia ( www ) adalah sebahagian daripada internet yang lebih
dikenali sebagai laman web. Maklumat - maklumat mengenai pendidikan matematik
banyak dapat diterokai oleh guru dan pelajar sendiri. Antara tapak
- tapak web yang kita boleh lawati ialah:-/font>
http://forum.swarthmore/edu.arithmetic/arith.unit.html/
Kemudahan internet juga memudahkan
perhubungan antara guru dengan ibu bapa. Guru bolah terus berhubung dengan
ibu bapa serta boleh membincangkan kemajuan anak mereka dalam pendidikan
matematik melalui mel elektronik.
Penutup
Sebagai kesimpulan, jelaslah bahawa komputer dan internet mempunyai potensi
untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan bermakna.
Walaupun begitu, guru harus membantu pelajar untuk mewujudkan suasana pembelajaran
bestari yang menekankan tiga unsur penting iaitu self access, self paced
dan self directed dan seterusnya menjayakan matlamat pelaksanaan Sekolah
Bestari.
Rujukan
Cockcroft,W.H. (1986).Mathematics
Counts,London:HMso
Eugene D.Nichols & Merlyn J.Behr
(1923).Elementary School Mathematics and How to teach it.
Jean M.Shaw & Sally S.Blare
(1998) Mathematics for Young Children.
KPM (1997). Sekolah Bestari Di Malaysia:
Suatu Lonjakan Saujana.Kuala Lumpur.
NCTM (1980.An Agenda For Action:
Recommendations For School Mathematics of 1980s.New York
Peranan Komputer Dalam Pendidikan
Matematik oleh Tengku Zawawi bin Tengku Zainal.
http://www.geocities.com/Athens/Acropolis/2766/tzz.html
http://www.edven.com/Gold
Medal Math.