mudik1.gif

menuhome.gifmenuinterest.gifmenuarkib.gifmenuprofil.gifmenulinks.gifmenugebsuk.gif

Ulasan

2005
19/05 - Butterfingers -
           Selamat Tinggal
           Dunia

2004
13/11 - TLotR : The Return
            of the King
03/11 - Spider - Nazraku

... lagi >>

Arkib

Jun 2005
April-Mei 2005
Oktober-November 2004
Ogos-September 2004
Julai 2004
Jun 2004
Mei 2004

... lagi >>

banner_gj2.gif

Diari

Projek jangka panjang e-buku & mudik.blogspot.com

Menulis di mudik.blogspot.com

http://mudik.blogspot.com

13/12/2005

Komputer Usang

Setelah berhempas-pulas mengerjakan tanggungjawab sebagai pelajar, akhirnya berakhir lagi 1 semester. Semester ini juga menyaksikan Celeron 400 yang usang itu mula menunjukkan tanda2 keuzuran. Cakera keras 5GB mula menunjukkan bad sector di beberapa tempat. Walaupun cuba menyelamatkan keadaan, malangnya bad sector tersebut terkena fail Windows. Aku menyimpulkan bahawa ia masih boleh digunakan tetapi tahap kerosakannya mungkin akan bertambah pada masa hadapan.

Kerana gagal menghidupkan Windows, Celeron 400 yg setia berkhidmat di Shah Alam terpaksa menjadi tukun setelah berakhirnya cuti pertengahan semester. Perisian dan perkakasan yg diperlukan majoritinya berada di rumah, jadi tidak dpt melalukan proses menyelamat. Apabila komputer amat diperlukan bagi menyelesaikan tugasan yg bertimbun, maka terpaksalah aku mencari alternatif lain seperti ke makmal dsb. Selain itu, aku juga perlu menyelamatkan data dlm 5GB dgn menyalinnya ke CD-R.

Semasa cuti Aidilfitri sebelum peperiksaan akhir, aku membawanya pulang ke rumah, tetapi sibuk dgn hal2 lain. Maka, semasa cuti akhir semester inilah aku berjaya menghidupkan semula. Cakera keras diganti dgn 2.1GB, cakera keras asal Pentium 200MMX yg sudah lama diberhentikan khidmatnya.

Kenapa tidak beli sahaja cakera keras yg baru? Selain dari mempunyai cakera keras yg lain, 20GB, aku juga memikirkan betapa tidak berbaloinya membeli cakera keras yg baru utk komputer usang. Cakera keras 20GB ini pula ada fail yg perlu dipindah ke CD-R. Jadi, biarlah aku memakai 2.1GB sementara waktu. Asalnya boleh Internet di rumah sudah mencukupi.

Hakikatnya, 2.1GB tidak mencukupi. Aku perlu memikirkan perisian2 yg penting dahulu sebelum memuatkan perisian yg perlu bagi menulis di sini. Lebih senang menulis di blogspot, bukan. Jadi, aku memikirkan utk berpindah terus ke blogspot.

lagi di arkib >>

Copyright © 2001-2005 - Nahar ARS - Feedback greatly appreciated.

Hosted by www.Geocities.ws

1