mudik1.gif

menuhome.gifmenuinterest.gifmenuarkib.gifmenuprofil.gifmenulinks.gifmenugebsuk.gif

 

:: home > arkib > Oktober-November 2004

13/11/2004

Ulasan DVD - The Lord of the Rings : The Return of the King

The Return of the King merupakan filem terakhir dalam trilogi The Lord of the Rings. Masa tayangan yang agak lama, iaitu lebih dari 3 jam menyebabkan saya berfikir tentang masa yang sesuai untuk menonton keseluruhan filem ini. Apabila berjaya menontonnya, memang tak terasa masa yang berlalu. Filem ini dikatakan sebagai yang terbaik di antara filem-filem dalam trilogi ini, tetapi saya melihat kesemuanya sebagai yang terbaik.

Setelah menang di Helm's Deep, pertempuran tertumpu pula di Minas Tirith, ibu kota Gondor yang diperintah oleh Denethor, seorang penjaga yang tidak berkemampuan. Atas usaha Gandalf, King Theoden dan penduduk Rohan datang membantu. Aragorn pula terpaksa menentukan masa depan beliau sebagai pewaris takhta Gondor. Sementara itu, Frodo dan Sam yang dibantu oleh Gollum terus menuju ke Mount Doom, tetapi Gollum mempunyai muslihat tersendiri.

Setelah Minas Tirith berjaya diselamatkan, segala-galanya terpulang kepada Frodo dan Sam untuk membuang One Ring ke dalam larva Mount Doom. Setelah berjaya menyelamatkan diri dari muslihat Gollum, mereka hampir sampai ke Mount Doom. Aragorn, Gandalf serta yang lain datang sebagai satu angkatan perang menuju ke pintu gerbang untuk mengelakkan Frodo dan Sam dari dikesan Sauron. Akhirnya, Frodo dan Sam berjaya menghapuskan One Ring setelah bergelut dengan kuasa cincin tersebut dan Gollum.

Aragorn mewarisi takhta dan menakluki hati Arwen yang dicintai. Para Hobbits kembali ke kampung halaman mereka, Shire. Di Shire trilogi ini bermula, di Shire jugalah trilogi ini berakhir.

Sebagai filem terakhir dalam trilogi ini, saya mendapati CGI lebih banyak digunakan dalam filem ini. Kadang-kadang, terdapat CGI yang nampak kurang kemas tetapi ini perkara biasa dalam filem sebegini.

Persembahan The Return of the King dalam DVD ini pada mulanya membimbangkan saya kerana video sepanjang kira-kira 200 minit yang dimuatkan dalam sekeping DVD boleh mengurangkan kualiti video tersebut. Bagaimanapun, ia tidak berlaku dan kualiti video dan audionya memuaskan.

Special Features seperti biasa diletakkan dalam cakera kedua yang menampilkan pelbagai video. Cuma, berbeza berbanding DVD sebelum ini, video yang dimuatkan agak berkurangan. Mungkin kerana DVD ini dikeluarkan pada bulan Mei, tidak seperti DVD sebelum ini yang keluar sekitar Ogos. Video yang paling menarik ialah The Lord of the Rings Trilogy Supertrailer.

DVD ini wajib dimiliki sebagai pelengkap trilogi. Kepada peminat The Lord of the Rings, the Special Extended DVD Edition yang mengandungi 4 cakera (2 untuk filem dan 2 untuk Special Features yang belum pernah dilihat) sudah pasti menjadi koleksi tambahan kepada DVD ini.

- DVD - The Lord of the Rings : The Return of the King

DV for dungus 2

Aku sudah berjaya menghasilkan VCD lawatan ke Perth. Pada mulanya, video yg disalin dari DV ke komputer tidak menyalin sekali audio kerana kurang arif dgn cara perisian ImageMixer berfungsi. Kerana malas untuk menyalin semula, aku guna saja video yg ada dan memulakan tugas edit. Memang banyak adegan yg perlu dipotong kerana jurugambarnya juga amatur. Banyak gambar bergegar tanpa hala tuju dan setting kamera video juga tidak betul. Setelah beberapa hari berusaha, aku sudah dapat video yg suci dari kecacatan tersebut. Kemudian, aku cari muzik latar yang sesuai utk video ini. Adalah aku cedok lagu Zainal Abidin zaman Hijau dan juga muzik latar MI:2.

Edit itu, edit ini, kemudian preview. Komputer perlu memproses semula utk menghasilkan preview. Lagi panjang video, lagi lama prosesnya. Sebab itu lambat nak siapkan VCD ni walaupun cubaannya setakat amatur sahaja. Hasilnya dalam format MPEG bolehlah tahan. Satu kejutan apabila Nero yg menghasilkan VCD mengubah video dari skrin penuh kepada skrin lebar (from fullscreen to widescreen). Macam buat filem betul pulak. Masa aku guna Pinnacle Studio kat sekolah tak jadi camni.

VCD tersebut terbiar saja tanpa penonton kerana aku senyap2 saja letak di bekas DVD dan VCD tanpa memberitahu sesiapa. Aku pun takut hasil kerja aku dikritik hebat. Nanti2lah mereka akan perasan juga.

03/11/2004

Ulasan Muzik - Spider - Nazraku

Spider menyengat lagi dengan album ketiga mereka bertajuk Nazraku. Lagu Rela Ku Pujuk berjaya mendapat tempat di hati peminat sementara lagu-lagu seperti Nazraku dan Cinta Dewa Dewi memastikan Spider turut kekal dengan imej muzik yang mereka bawa.

Nazraku masih mengikut formula album Aladin tetapi permainan muzik Spider menunjukkan peningkatan. Ini boleh dilihat melalui lagu-lagu yang sudah disiarkan di radio seperti yang dinyatakan sebelum ini. Lagu-lagu tersebut memberi gambaran sebenar tentang album ini secara keseluruhan, iaitu campuran lagu-lagu rancak yang membuatkan Spider popular dan lagu-lagu berentak perlahan. Jika sentuhan muzik Spider boleh dilihat pada lagu Rela Ku Pujuk, ada lagu-lagu berentak perlahan yang lain seperti Jangan Kau Berputus Asa terasa kurang sentuhan tersebut. Kalau mahukan lagu Spider yang lebih bereksperimen, boleh dengar lagu Lengit dan Sumpah Tak Buat Lagi.

Saya lebih sukakan album Aladin berbanding Nazraku tetapi mengakui Nazraku sebagai peningkatan yang baik untuk Spider. Sebuah album yang wajar dibeli, walaupun hanya kerana lagu Rela Ku Pujuk.

- Muzik - Spider - Nazraku

Harga Avanza naik (sambungan)

Menurut laporan akhbar, UMW Toyota menaikkan harga Avanza kerana ingin mengurangkan risiko kerugian akibat kenaikan harga bahan mentah pada masa depan. Harga baru ini hanya akan dikenakan kepada pelanggan yang menempah pada tarikh harga baru berkuatkuasa sementara pelanggan yang sudah menempah sebelum ini akan membayar pada harga sebelumnya. Ini pun masih tertakluk kepada kemungkinan perubahan kadar cukai yang bakal dikenakan pada tahun 2005 sempena AFTA.

Dengan hampir 30,000 unit tempahan dan 2,000 unit pengeluaran setiap bulan, alasan UMW Toyota nampak berasas. Ini kerana jangkaan pelanggan yang menempah sekarang mungkin akan mendapat Avanza mereka pada tahun 2006. Tetapi, kadar cukai yang dikenakan pada tahun 2005 dan 2006 juga turut menjadi faktor penentu. Lagi pun, adalah menjadi lumrah untuk harga kereta yang sebenar ditentukan semasa kereta diperoleh, bukannya semasa ditempah.

Aku masih teringat cerita Vios dan City. UMW Toyota mengeluarkan harga anggaran Vios yang lebih tinggi sebelum pelancarannya. Tiba2, Honda City melancarkan City dengan harga yang jauh lebih murah. Vios pun dilancarkan dgn harga yang boleh menyaingi City dgn pelbagai alasan atas harga anggaran yg dikeluarkan sebelum ini. Sebenarnya, persaingan pasaran yg memainkan peranan. Tanpa pencabar utama utk Avanza, UMW Toyota boleh memonopoli pasarannya.

- Salam Ramadhan -

29/10/2004

Harga Avanza naik

Harga Avanza naik sekitar RM2,500 bermula 27 Oktober 2004. Pelbagai teori dikemukakan atas kenaikan ini. Antaranya ialah tekanan kerajaan kerana harganya yang menyaingi Proton, dan UMW Toyota mahu ambil untung lebih. Di antara dua teori ini, sudah tentu teori pertama yg lebih diperkatakan. Buat masa ini, UMW Toyota belum memberi kenyataan tentang sebab kenaikan harga tersebut. Walaupun pada RM62,500 untuk model bergear automatik masih kelihatan berpatutan, tetapi kepercayaan umum terhadap cara UMW Toyota menaikkan harganya tergugat. Siapa tahu, mungkin harga Avanza akan naik lagi.

DV for dungus

Pertama kali memindahkan DV dari kamera video ke VCD minggu lepas. Sebagai orang baru dlm hal ini, cara yg dilakukan terasa lambat dan meletihkan. Ini ditambah lagi dgn kemampuan komputer yg terhad. Aku menggunakan komputer Pentium 4 dgn 256 RAM sahaja di sekolah. Aku juga melihat kualiti DV yg dipindahkan ke VCD menurun berbanding asal. Tak banyak kerja ubahsuai dilakukan ke atas video tersebut memandangkan aku masih baru. Nak buat beria2 nanti lagi banyak aku habiskan masa. Apa pun, VCD Hari Keluarga Guru Sekolah di Taman Negara sudah siap. Seterusnya, VCD lawatan Guru Sekolah ke Perth, Australia. Sudah disalin ke dlm komputer riba yg baru diperoleh oleh sekolah. Cuma menunggu masa utk mengubahsuai sebaik mungkin memandangkan pindahan kali ini juga agak terhad. Hanya menggunakan guna kabel USB dan perisian ImageMixer berbanding sebelum ini (kabel FireWire dan perisian Pinnacle Studio) memandangkan ia dilakukan di rumah.

- Salam Ramadhan -

23/10/2004

Toyota Avanza

MPV 7 kerusi, enjin 1.3 VVT-i. Harga utk model bergear automatik RM60,000. Harganya saja sudah membuat org terliur. Khabar2 angin mengatakan bahawa tempahan Avanza yg laris menyebabkan jika anda membeli hari ini, anda terpaksa menunggu berbulan2.

Aku sudah melihat Avanza di kedai. Menarik juga sebagai sebuah kenderaan persendirian. Kerusi paling belakang pun seperti ada ruang yg selesa utk penumpang, tapi aku rasa ia lebih sesuai utk kanak2. Ruang simpanan belakang menjadi terhad kerana kerusi paling belakang tersebut tetapi ia adalah perkara biasa bagi setiap MPV 7 kerusi. Lagipun, kerusi tersebut boleh dilipat utk memnambah ruang simpanan. Ciri-cirinya memang direka utk keselesaan penumpang dan kepelbagaiannya. Cuma yg aku bimbangkan ialah enjinnya yg berkuasa 1.3 liter utk membawa beban yg berat. Lagi satu, model ini tiada beg udara dan ABS demi menjadikan harganya menarik minat pembeli.

Jenama Toyota dgn harga RM60,000 menjadikan model ini laris. Ini kerana Toyota dikenali sebagai jenama berkualiti. Jadi, tak hairanlah jika Avanza menjadi pesaing utama kpd Gen-2, Waja dan model2 dari Korea Selatan.

Kunjungi laman web Toyota Malaysia utk mendpt maklumat.

20/10/2004

Lain telefon, lain ciri2nya

Motorola T190 kepunyaanku tidak dpt memberi kebenaran kpd kad SIM yg sudah tidak aktif utk menggunakannya tetapi Nokia boleh. Aku berjaya memindahkan nombor telefon dlm kad SIM lama yg sudah tidak aktif ke telefon Nokia. Seterusnya aku pindahkan nombor telefon dlm Nokia ke kad SIM aku yg baru. Masalahnya hari itu hanyalah Motorola T190 yg menulis Unregistered SIM dan tidak membenarkan aku mengakses menunya atas sebab kad SIM yg sudah tidak aktif. Kesimpulannya, aku sudah dpt balik nombor telefon penting dlm kad SIM lama dan sudah memaklumkan kpd mereka nombor baru aku. Terima kasih buat yg memahami.

Search lagi

Di kala Search semakin menaikkan momentum mereka bagi menarik peminat lama dan baru, album kompilasi Search mula bercambah lagi. Album kompilasi Search dari zaman mereka bersama sehinggalah mereka berpecah dan kini kembali bersama bukannya sedikit. Tak terkira dan tak terikut. Tak tahulah kalau ada yg mencatat sejarah Search sampai tahu semuanya.

Sekarang dah ada Search Terunggul, mengumpulkan 28 lagu dari album edaran BMG yg termasuk album kompilasi iaitu Sepuluh Tahun dan Terbaik. Selain itu, ada booklet. Universal Music yg memegang hak edaran album2 awal Search sebelum Fenomena juga berbuat demikian. Album kompilasi 16 lagu. Bukan itu saja, Universal Music juga mengeluarkan balik album2 awal tersebut. Cinta Buatan Malaysia, Langit dan Bumi dan Mentari Merah di Ufuk Timur. Peminat yg sukakan muzik Search ketika awal kemunculan sehingga Fenomena mesti sukakannya. Aku pula rasa gembira dan bersyukur apabila dpt melengkapkan koleksi album penuh Search zaman Amy.

- Dah main Doom 3? -

<< arkib

Copyright © 2001-2004 - Nahar ARS - Feedback greatly appreciated.

Hosted by www.Geocities.ws

1