![]() |
![]() |
:: home > ulasan > Spider - Nazraku Spider - Nazraku
Terbitan : Luncai Emas Sdn Bhd Edaran : NAR Records Sdn Bhd
Lagu
Ulasan Spider menyengat lagi dengan album ketiga mereka bertajuk Nazraku. Lagu Rela Ku Pujuk berjaya mendapat tempat di hati peminat sementara lagu-lagu seperti Nazraku dan Cinta Dewa Dewi memastikan Spider turut kekal dengan imej muzik yang mereka bawa. Nazraku masih mengikut formula album Aladin tetapi permainan muzik Spider menunjukkan peningkatan. Ini boleh dilihat melalui lagu-lagu yang sudah disiarkan di radio seperti yang dinyatakan sebelum ini. Lagu-lagu tersebut memberi gambaran sebenar tentang album ini secara keseluruhan, iaitu campuran lagu-lagu rancak yang membuatkan Spider popular dan lagu-lagu berentak perlahan. Jika sentuhan muzik Spider boleh dilihat pada lagu Rela Ku Pujuk, ada lagu-lagu berentak perlahan yang lain seperti Jangan Kau Berputus Asa terasa kurang sentuhan tersebut. Kalau mahukan lagu Spider yang lebih bereksperimen, boleh dengar lagu Lengit dan Sumpah Tak Buat Lagi. Saya lebih sukakan album Aladin berbanding Nazraku tetapi mengakui Nazraku sebagai peningkatan yang baik untuk Spider. Sebuah album yang wajar dibeli, walaupun hanya kerana lagu Rela Ku Pujuk. Rating : 3/5
|
Copyright © 2001-2004 - Nahar ARS - Feedback greatly appreciated. |