menuhome.gifmenuinterest.gifmenuarkib.gifmenuprofil.gifmenulinks.gifmenugebsuk.gif

:: home > ulasan > TLotR : The Return of the King

The Lord of the Rings : The Return of the King

rotkdvd.jpg

Region : 1
Panjang : 200 minit
Rating : PG-13
Audio : English (DD 5.1)
& English (DS 2.0)
Subtitles : English, Spanish
Special Features :
- The Quest Fulfilled : A Director's Vision
- A Filmmaker's Journey : Making the Return of
   the King
- National Geographic Special - The Lord of the
   Rings : The Return of the King
- lordoftherings.net featurettes
  - Aragorn's Destiny
  - Minas Tirith : Capital of Gondor
  - The Battle of Pelennor Fields
  - Samwise the Brave
  - Eowyn : White Lady of Rohan
  - Digital Horse Doubles
- Original Theatrical Trailers and TV Spots
- The Lord of the Rings Trilogy Supertrailer
- A Special Look at EA's Video Game
   The Lord of the Rings Series of Video Games

The Return of the King merupakan filem terakhir dalam trilogi The Lord of the Rings. Masa tayangan yang agak lama, iaitu lebih dari 3 jam menyebabkan saya berfikir tentang masa yang sesuai untuk menonton keseluruhan filem ini. Apabila berjaya menontonnya, memang tak terasa masa yang berlalu. Filem ini dikatakan sebagai yang terbaik di antara filem-filem dalam trilogi ini, tetapi saya melihat kesemuanya sebagai yang terbaik.

Setelah menang di Helm's Deep, pertempuran tertumpu pula di Minas Tirith, ibu kota Gondor yang diperintah oleh Denethor, seorang penjaga yang tidak berkemampuan. Atas usaha Gandalf, King Theoden dan penduduk Rohan datang membantu. Aragorn pula terpaksa menentukan masa depan beliau sebagai pewaris takhta Gondor. Sementara itu, Frodo dan Sam yang dibantu oleh Gollum terus menuju ke Mount Doom, tetapi Gollum mempunyai muslihat tersendiri.

Setelah Minas Tirith berjaya diselamatkan, segala-galanya terpulang kepada Frodo dan Sam untuk membuang One Ring ke dalam larva Mount Doom. Setelah berjaya menyelamatkan diri dari muslihat Gollum, mereka hampir sampai ke Mount Doom. Aragorn, Gandalf serta yang lain datang sebagai satu angkatan perang menuju ke pintu gerbang untuk mengelakkan Frodo dan Sam dari dikesan Sauron. Akhirnya, Frodo dan Sam berjaya menghapuskan One Ring setelah bergelut dengan kuasa cincin tersebut dan Gollum.

Aragorn mewarisi takhta dan menakluki hati Arwen yang dicintai. Para Hobbits kembali ke kampung halaman mereka, Shire. Di Shire trilogi ini bermula, di Shire jugalah trilogi ini berakhir.

Sebagai filem terakhir dalam trilogi ini, saya mendapati CGI lebih banyak digunakan dalam filem ini. Kadang-kadang, terdapat CGI yang nampak kurang kemas tetapi ini perkara biasa dalam filem sebegini.

Persembahan The Return of the King dalam DVD ini pada mulanya membimbangkan saya kerana video sepanjang kira-kira 200 minit yang dimuatkan dalam sekeping DVD boleh mengurangkan kualiti video tersebut. Bagaimanapun, ia tidak berlaku dan kualiti video dan audionya memuaskan.

Special Features seperti biasa diletakkan dalam cakera kedua yang menampilkan pelbagai video. Cuma, berbeza berbanding DVD sebelum ini, video yang dimuatkan agak berkurangan. Mungkin kerana DVD ini dikeluarkan pada bulan Mei, tidak seperti DVD sebelum ini yang keluar sekitar Ogos. Video yang paling menarik ialah The Lord of the Rings Trilogy Supertrailer.

DVD ini wajib dimiliki sebagai pelengkap trilogi. Kepada peminat The Lord of the Rings, the Special Extended DVD Edition yang mengandungi 4 cakera (2 untuk filem dan 2 untuk Special Features yang belum pernah dilihat) sudah pasti menjadi koleksi tambahan kepada DVD ini.

Filem : 4.5/5
Special Features : 2.5/5
DVD : 4/5

Ditulis : 13/11/2004
 

<< ulasan

Copyright © 2001-2004 - Nahar ARS - Feedback greatly appreciated.

Hosted by www.Geocities.ws

1