mudik1.gif

menuhome.gifmenuinterest.gifmenuarkib.gifmenuprofil.gifmenulinks.gifmenugebsuk.gif

 

:: home > arkib > Jun 2004

27/06/2004

Celeron D

Aku pengguna Celeron, tapi Celeron lama. 400MHz saja. Kehadiran AMD Duron dan kemudian Athlon dgn harga yg murah dan berprestasi lebih baik dari Celeron dan Pentium 4 berkelajuan 2GHz ke bawah menjadikan Celeron kurang digemari. Kini ada Celeron D. Laporan dari laman web IT tentang prestasi Celeron D yg dikatakan mampu menyaingi Athlon XP dengan harga yg lebih kurang sama memungkinkan Celeron menjadi popular kembali utk pembeli komputer berharga murah. Aku akan cuba mengikuti perkembangannya nanti.

Kunjungilah :
- Anandtech
- Tom's Hardware

Biasalah semester baru, banyak perkara perlu difikirkan. Tunggulah sehingga stabil nanti.

16/06/2004

Aku sedang sibuk melakukan persiapan bagi memulakan semester baru. Oleh itu, aku akan senyap buat seketika. Jika ada masa, aku akan meneruskan mudik seperti musim belajar aku sebelum ni. Kira2 satu atau 2 minggu baru kemaskini.

Yahoo Mail dah pemurah. 100MB.

10/06/2004

Ulasan Muzik - Raihan - Allahu

Pak Cik atau Mak Cik yang membeli album terbaru Raihan, Allahu, mungkin mengurut dada apabila melihat sehelai kertas iklan album kumpulan rock The Darkness dan Jet disertakan bersama album tersebut. Salah satu daripada tanda komersialisme atau pun mungkin ingin menarik pembeli album Raihan yg sememangnya Mat Rock. Saya teringat satu surat pembaca dalam sisipan hiburan akhbar hari Ahad yg menyatakan fenomena Mat Rock membeli album Raihan.

Lagu pertama yang turut menjadi tajuk album, Allahu sering kedengaran di radio dan diharapkan mendapatkan tempat di hati pendengar. Liriknya berbahasa Urdu tetapi khalayak lebih mendengarnya sebagai Hindustan seperti elemen muziknya. Lagu kedua, Taqwa dan Iman, dinyanyikan semula bersama dengan S.Jibeng. Sangat syahdu mendengar lagu ini. Saya berharap lagu ini dapat diperdengarkan di radio. Lagu Antara 2 Cinta merupakan muzik klasik nasyid Raihan. Ia mengingatkan kembali kepada album-album terawal Raihan. 'Araftu Ka ialah lagu duet bersama penyanyi dari Kuwait sementara lirik Doa Tilawah amat biasa bagi umat Islam.

Muzik bagi lagu Ababil dan Sifat-sifat Nabi lebih kepada irama nasyid kontemporari yang banyak digunakan oleh kumpulan nasyid lain. Walaupun ia digunakan dengan baik oleh Raihan, saya lebih suka jika mereka kekalkan muzik mereka yang sedia ada. Lagu Pesanan Buat Kita dan lagu Your Face Is Bright pula ialah lagu nasyid Raihan. Lagu duet bersama Awie, Dari Tuhan, bukanlah lagu nasyid jika dilihat dari gubahan semula muziknya. Ia lagu rock berentak perlahan. Terasa janggal pula bila lagu ini berada di album ini. Adalah lebih baik jika lagu asal kumpulan Wings ini digubah semula dengan membawa muzik nasyid. Tidak ada yang mustahil bagi muzik ciptaan manusia.

Seperti biasa, vokal kumpulan Raihan tetap mantap. Ia masih lagi kumpulan nasyid yang perlu dicontohi kerana muzik yang mereka bawa sudah mantap dan tidak terikut-ikut dengan lambakan kumpulan nasyid yang lain. Allahu merupakan sebuah lagi album Raihan yang menujukan mesej ketuhanan dan Islam kepada dunia.

- Muzik - Raihan - Allahu

- Selagi hayat dikandung badan. Berbuat baik semasa insan. -

08/06/2004

Aku bukan lagi Pria Kesepian

Aku kini Pria Terhebat. Sheila On 7 baru saja menghasilkan album baru, Pria Terhebat. Tiada lagu dari album 30 Hari Mencari Cinta. Selain itu, Spider juga sudah menghasilkan album baru, Nazraku. Juga tiada Mentera Semerah Padi yg dinyanyikan bersama oleh Spider dan M Nasir. Cuma kulit album saja yg terasa kurang menarik.

Di sebalik tabir - Bahagian 2

Aku cuba memastikan mudik boleh dicapai dgn pantas. Aku sedar tak semua mempunyai kemudahan capaian Internet berkelajuan tinggi. Aku pun hanya menggunakan dial-up saja. Apabila aku melayar weblog org lain, sering saja aku dapati yg aku mengambil masa utk mencapainya. Nak buat macam mana kalau weblog mereka menjadi rutin lawatanku. Sekiranya anda dpt mencapai weblog ini dgn pantas, usahaku berjaya.

Setiap penulis weblog mesti ingin mengetahui adakah weblog mereka dikunjungi dan mendapat sambutan khalayak. Terdpt bermacam cara utk mengetahuinya. Antaranya menggunakan hit counter. Geocities ada menyediakan laporan berapa kali laman web aku dicapai bagi setiap fail HTML yg berada di sini. Oleh itu, aku tau sejauh mana mudik dikunjungi. Sebagai contoh, kunjungan bulanan tertinggi dicatat pada Februari 2004. Aku rasa sebab masa tu Proton Gen2 dilancarkan dan aku menulis tentangnya. Aku juga tau yg pada minggu berakhir 6 Jun 2004, kunjungan ke mudik hanyalah 19 hit sahaja. Ia lebih rendah dari kebiasaan.

Cara lain ialah mempunyai buku tamu. Ia sebagai tempat pengunjung menulis dan juga mengiklankan weblog dan laman web mereka. Oleh itu, moga2 kunjungan balas akan dilakukan dan akhirnya bakal menjadikan mereka pengunjung tetap kita. Lagi satu, menggunakan board yg menyediakan komunikasi secara terus dgn pengunjung seperti doodle board. Ia memberatkan capaian weblog tetapi membolehkan komunikasi berjalan lebih baik.

Jika anda tertanya2 tentang ulasan album, DVD, dan VCD di sini, aku beli yg asli. Oleh sebab itu, susahlah sikit nak ulas banyak2 sebab ia bergantung kpd pembelian. Ulasan aku bukanlah yg terbaik. Sebab itu, aku masukkan link ke weblog lain yg menyediakan ulasan2 tersebut dan macam2 lagi.

Rasanya dah cukup aku menulis tentang mudik. Nanti aku akan mengulas album baru Raihan dan juga DVD The Return of The King. Nantikan.

04/06/2004

Di sebalik tabir - Bahagian 1

Hidup aku bukannya setakat apa yg dipaparkan oleh mudik. mudik merupakan sebahagian dari apa yg berlaku di sekelilingku. mudik juga memaparkan minat yg mendalam terhadap dunia automobil, hiburan dan IT. Kadang2 aku paparkan yg ini, kadang2 yg itu.

Kehidupan seharianku mmg menghalang aku dari selalu mencoret di sini. Setiap hari, ada sahaja perkara yg dilakukan. Perkara yg sudah menjadi kebiasaan semasa berada di rumah. Makan, tidur, TV, Internet, majalah. Kadang2 ke bandar, ada kalanya perjalanan jauh kerana urusan. Ini kalau di rumah. Kalau semasa belajar nanti, aku sukar mendapat Internet. Hidup asyik2 belajar. Hujung minggu apabila pulang ke rumah asyik berkejar utk melakukan apa yg patut. Apa yg menarik dlm hidupku yg boleh dikongsi bersama? Persoalan menarik yg selalu ditanya ketika mahu mencoret di sini.

mudik sudah mengalami perubahan dari tahun ke tahun, sama ada dari segi penulisan mahupun susunatur. Ia bukanlah perkara mudah apabila org lain lebih suka memakai perkhidmatan weblog percuma yg lebih mudah dari membangunkan laman web sendiri. Aku masih selesa dgn berbuat begini. Aku juga berkesempatan melihat tulisanku sebelum ini. Setelah membacanya, aku merasakan betapa perubahan yg lebih baik telah dilakukan dari segi ini. Terasa malu pula dgn tulisan lama.

mudik dibangunkan dgn perisian laman web dan perisian grafik. Ia hanyalah kerja amatur. Dulu, aku ada berminat menggunakan flash tetapi amat liat mempelajarinya. Hal2 grafik juga tak banyak yg aku tau. Aku lebih kpd cuba2 setakat ilmu yg aku tahu dan pelajari. Hasilnya bolehlah tahan dan taklah seberapa kalau dibandingkan dgn hasil kerja pakar2 berkenaan. Sekarang ni pun, kanak2 sekolah rendah sudah tahu HTML. Tak tahulah kalau2 mereka juga dah sampai ke tahap menulis script sendiri. Kalau tanya tentang Java, Javascript, XML, XHTML, dll. mmg aku tak tahu.

Bersambung.

- Bilik aku masih bersepah. Pemalas. -

<< arkib

Copyright © 2001-2004 - Nahar ARS - Feedback greatly appreciated.

Hosted by www.Geocities.ws

1