menuhome.gifmenuinterest.gifmenuarkib.gifmenuprofil.gifmenulinks.gifmenugebsuk.gif

:: home > ulasan > Raihan - Allahu

Raihan - Allahu



Artis :
Raihan

Album :
Allahu

Tahun
: 2004

Terbitan
:
Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd

 

Lagu

01. Allahu
02. Taqwa & Iman (duet bersama S.Jibeng)
03. Antara 2 Cinta
04. 'Araftu Ka (duet bersama Mohamed Al-Husayyan)
05. Doa Tilawah
06. Ababil
07. Sifat-sifat Nabi
08. Pesanan Buat Kita
09. Your Face Is Bright
10. Dari Tuhan (duet bersama Awie)

6:47
4:41
4:42
6:10
4:31
6:00
5:06
4:31
4:51
5:15

Ulasan

Pak Cik atau Mak Cik yang membeli album terbaru Raihan, Allahu, mungkin mengurut dada apabila melihat sehelai kertas iklan album kumpulan rock The Darkness dan Jet disertakan bersama album tersebut. Salah satu daripada tanda komersialisme atau pun mungkin ingin menarik pembeli album Raihan yg sememangnya Mat Rock. Saya teringat satu surat pembaca dalam sisipan hiburan akhbar hari Ahad yg menyatakan fenomena Mat Rock membeli album Raihan.

Lagu pertama yang turut menjadi tajuk album, Allahu sering kedengaran di radio dan diharapkan mendapatkan tempat di hati pendengar. Liriknya berbahasa Urdu tetapi khalayak lebih mendengarnya sebagai Hindustan seperti elemen muziknya. Lagu kedua, Taqwa dan Iman, dinyanyikan semula bersama dengan S.Jibeng. Sangat syahdu mendengar lagu ini. Saya berharap lagu ini dapat diperdengarkan di radio. Lagu Antara 2 Cinta merupakan muzik klasik nasyid Raihan. Ia mengingatkan kembali kepada album-album terawal Raihan. 'Araftu Ka ialah lagu duet bersama penyanyi dari Kuwait sementara lirik Doa Tilawah amat biasa bagi umat Islam.

Muzik bagi lagu Ababil dan Sifat-sifat Nabi lebih kepada irama nasyid kontemporari yang banyak digunakan oleh kumpulan nasyid lain. Walaupun ia digunakan dengan baik oleh Raihan, saya lebih suka jika mereka kekalkan muzik mereka yang sedia ada. Lagu Pesanan Buat Kita dan lagu Your Face Is Bright pula ialah lagu nasyid Raihan. Lagu duet bersama Awie, Dari Tuhan, bukanlah lagu nasyid jika dilihat dari gubahan semula muziknya. Ia lagu rock berentak perlahan. Terasa janggal pula bila lagu ini berada di album ini. Adalah lebih baik jika lagu asal kumpulan Wings ini digubah semula dengan membawa muzik nasyid. Tidak ada yang mustahil bagi muzik ciptaan manusia.

Seperti biasa, vokal kumpulan Raihan tetap mantap. Ia masih lagi kumpulan nasyid yang perlu dicontohi kerana muzik yang mereka bawa sudah mantap dan tidak terikut-ikut dengan lambakan kumpulan nasyid yang lain. Allahu merupakan sebuah lagi album Raihan yang menujukan mesej ketuhanan dan Islam kepada dunia.

Rating : 3.5/5

Ditulis : 10/06/2004
 

<< ulasan

Copyright © 2001-2004 - Nahar ARS - Feedback greatly appreciated.

Hosted by www.Geocities.ws

1