mudik1.gif

menuhome.gifmenuinterest.gifmenuarkib.gifmenuprofil.gifmenulinks.gifmenugebsuk.gif

 

:: home > arkib > Julai 2004

26/07/2004

Star Wars : Revenge of the Sith

Inilah tajuk filem Star Wars yg bakal ditayangkan pada Mei 2005. Kunjungi www.starwars.com.

18/07/2004

Computer upgrade

Bukan aku, tapi rakan sebilikku yg liat nak habiskan diplomanya. Dia telah membeli CPU AMD Athlon XP 2400+, Soundblaster! Audigy LS dan penyejuk CPU Cooler Master yg bentuk macam enjin jet.

Pertukaran Athlon XP 1700+ ke 2400+ mmg terasa. Bilalah aku dpt menikmati kelajuan sebegini di rumah. Audigy LS pula versi khas Asia yg harganya murah sedikit dari pek biasa. Mmg terasa perbezaan bunyi berbanding dari onboard sound yg wajib ada di kebanyakan motherboard sekarang. Yg penting, dengar betul2 sebab ada org yg tak terasa bezanya. Antaramuka perisian utk Audigy pun lebih memudahkan.

Pertama kali aku melihat keberkesanan penyejuk CPU yg dikatakan mampu mengurangkan suhu CPU berbanding penyejuk CPU biasa. Suhu turun sebanyak 10 darjah Celsius kepada lebih sedikit dari suhu tubuh manusia. Jadi, apa lagi yg boleh dinaiktaraf? Graphic card dan speaker, mungkin.

Pemasaran hebat Puteri Gunung Ledang

Filem Malaysia mana yg berani dipasarkan dlm bentuk iklan warna semuka penuh dalam akhbar harian? Filem Hollywood pun tak pernah begini. Itulah yg aku lihat sejak dari bulan lepas. Hari ini pun ada. Artikel2 ttg filem ini pun mula keluar dari bulan ini. Ada cerita ttg kisah cintanya, tentang kudanya yg sudahpun arwah, dan kisah pembikinannya. Tayangan Ogos 2004, dgn belanja RM 15 juta, satu rekod dlm industri perfileman Malaysia. Aku sudah pasti mesti menonton Puteri Gunung Ledang.

- Puteri Gunung Ledang

Ke mana RM harus dibelanjakan

Aku sedar RM yg ada tak akan kekal selama2nya. Aku cuba membeli apa yg aku mampu beli. Kini, CD album pun kurang terasa gerak hati utk membeli. Bukan kerana lagu yg diputarkan di radio tak menarik hati. Lebih kpd RM. Aku perlu menyalurkan RM kpd benda lain. Ada benda lain yg aku wajib beli seperti majalah dan bahan pembelajaran aku. Masa depan aku selepas diploma pun nak kena pakai duit sekarang.

Aku pun membaca keputusan kerajaan membatalkan usaha mengawal harga CD dan VCD. Kecewa juga. Hakikatnya, CD dan VCD dikategorikan sebagai barang mewah menurut pelajaran ekonomi. Jadi, aku pun kenalah memilih apabila RM kurang. Apa pun, penjimatan ini bukanlah bermakna aku kering kontang. Aku juga berkeinginan utk membeli benda2 lain yg asyik berlegar di fikiran. Buku2 itu, mungkinkah ada jodoh buat kita?

- Ke mana selepas diploma? -

04/07/2004

Berapa helai yg anda baca?

Rakyat Malaysia membaca 2 helai setahun. Benarkah begitu? Hasil kajian sebelum ini menyatakan demikian. Menarik sekiranya kajian terbaru dpt dilaksanakan utk melihat sejauh mana kemajuan rakyat Malaysia dlm hal membaca.

Benarkah rakyat Malaysia membaca 2 helai setahun? Cuba lihat diri anda dan juga diri org di sekeliling anda. Dlm kehidupan seharian kita selalu membaca. Apabila perkataan baca digunakan, ia sering dikaitkan dgn buku. Saya suka baca buku. Itulah perkataan yg diajar kpd murid tadika. Sebenarnya membaca tidak terhad setakat buku malah banyak lagi yg boleh dibaca seperti suratkhabar, majalah, surat cinta, surat saman, borang cukai pendapatan, label bungkusan makanan, tanda harga, sarikata rancangan TV dan macam2 lagi. Jika dikumpulkan kesemua yg kita telah baca dalam setahun, sudah tentu melebihi 2 helai setahun jika helai menjadi ukuran.

Walau bagaimana pun, jika rakyat Malaysia hanya membaca 2 helai buku setahun, ia mungkin ada logiknya. Rakyat Malaysia lebih suka membaca selain buku. Mereka ada bermacam2 alasan utk tidak membaca buku. Tetapi benarkah begitu? Bagaimana hendak menerangkan para pelajar dari tadika hinggalah ke peringkat pendidikan tinggi yg sedang menimba ilmu. Bukankah mereka membaca buku dgn kadar teramat tinggi berbanding 2 helai setahun? Fikirkan.

Ini tidak termasuk mereka yg bekerja. Mereka juga terpaksa membaca buku rujukan mereka atau buku yg membantu memotivasikan mereka dlm bidang mereka sekali-sekala. Ini sesuai dgn perubahan iklim pekerjaan yg memerlukan pekerja sentiasa memperlengkapkan diri dgn ilmu di dada. Bukankah mereka juga turut membaca buku dgn kadar lebih tinggi berbanding 2 helai setahun? Fikirkan.

Mungkin rakyat di kawasan pedalaman sahaja yg kurang membaca buku. Maklumlah, kedudukan seseorg di pedalaman dipersalahkan ke atas kekurangan mereka berbanding dgn org bandar. Tetapi, jgn lupa. Anak2 di pedalaman juga belajar dan terpaksa membaca buku pelajaran. Mungkin ibu bapa mereka yg kurang membaca buku. Ini pun harus difikirkan.

Lihat pula suasana di pesta buku dan kedai buku, dan statistik jualan buku2 tertentu di Malaysia. Bukankah ada org yg membeli buku. Buku tersebut bukanlah hiasan seperti pinggan mangkuk di dlm almari kerana ia bukanlah secantik pinggan mangkuk walaupun harganya sama macam pinggan mangkuk, tetapi semestinya buku dibeli utk bacaan. Aku mmg ingin tahu statistik jualan buku di Malaysia ni. Mungkin ada petunjuk tentang keadaan sebenar pembacaan buku rakyat Malaysia.

Jika dilihat kpd jualan suratkhabar dan majalah, statistiknya amat tinggi. Cuma, kebanyakan majalah2 yg mencatatkan jualan tinggi adalah berunsurkan hiburan. Majalah MASSA pun dah gulung tikar baru2 ini. Menjadikan isu bahawa rakyat Malaysia tidak minat membeli majalah atau buku yg memberi ilmu kpd mereka.

Cakap ttg org mmg pandai, tapi diri sendiri tu macam mana? Aku pelajar IPTA. Mestilah aku beli dan baca buku pelajaran aku. Dahlah mahal, tebal lagi. Beli mahal2 bukan utk pameran tapi dibaca sehinggalah tak pakai lagi. Buku2 lain je yg aku lemah nak beli. Maklumlah, duit lebih ke lain. Bukannya duit lebih tu aku tak guna utk membaca tetapi aku banyak beli majalah kereta. Aku beli bukan kerana gambarnya tetapi segala maklumat yg ada aku akan baca keseluruhannya. Aku adalah seorg pembaca.

Ada beberapa buku ttg kereta yg aku amat berminat nak beli tetapi wang menjadi masalah. Mungkin suatu hari nanti aku akan dapat membelinya. Buat masa ini, aku berminat membaca sebuah buku ttg penjagaan kucing yg dibawa balik oleh kakakku dari Ireland. Tajuknya The Cat Owner's Question and Answer Book oleh Bradley Viner.

Jika anda sudah membaca sampai di sini, tahniah buat anda kerana anda telah membaca.

- Tepuk, tepuk, tepuk kpd diri sendiri. -

<< arkib

Copyright © 2001-2004 - Nahar ARS - Feedback greatly appreciated.

Hosted by www.Geocities.ws

1