mudik1.gif

menuhome.gifmenuinterest.gifmenuarkib.gifmenuprofil.gifmenulinks.gifmenugebsuk.gif

 

:: home > arkib > Ogos-September 2004

30/09/2004

Bagaimana utk tidak menukar nombor telefon bimbit

Maaf buat semua rakan2ku, tapi aku sudah kehilangan nombor telefon bimbit kalian. Semuanya kerana penaja talian telefon bimbitku mengambil keputusan menukar nombor kerana tidak mahu lagi membayar caj bulanan. Penaja lupa utk memberitahuku secepat mungkin agar nombor2 rakanku dpt diselamatkan. Apakan daya, bila aku dpt tau penukaran bakal berlaku, aku sudah kekalutan. Lebih2 lagi bila aku bakal menghadapai peperiksaan akhir yg bakal menentukan status aku sbg graduan diploma. Apa pun, aku akan cuba berusaha mendptkan kembali nombor2 kalian.

Search, Exists, Def-Gab-C & M Nasir

Akhirnya Search menjadi tajuk utama ROTTW Oktober 2004. Temuramah yg dijlnkan turut bertanya ttg album Empire Garden. Baca, jgn tak baca.

Exists melancarkan album barunya, Paragon. Maklumat dan pra-dengar di www.exists.com.my.

Kulit album baru Def-Gab-C sudah pun disiarkan di ROTTW Oktober 2004 sempena peraduan album ROTTW.

M Nasir pula dilaporkan dlm NST minggu lepas ttg kemungkinan album barunya bakal siap akhir tahun ini dan muziknya nanti lebih kpd rock.

Oh, ya. Ada sesiapa perasan album2 lama Sweet Charity dipasarkan semula?

13/09/2004

Atas dan bawah

Bila seseorang berada di atas, kemungkinan besar dia tak tahu apa yg berlaku di bawah. Fikir2kanlah.

Kancil duduknya di hutan

Baru je baikpulih, dah kena lenjan. Begitulah hidup Kancil, menjadi pengangkutan utk apa2 yg patut demi kem kepimpinan yg dijalankan di dlm hutan. Jalan ke kem tidak bertar. Jika hujan, Kancil pun tak lepas. Rezeki Allah, hujan pun renyai2 je, jadi Kancil pun sedia berkhidmat.

05/09/2004

Kancil demam panas

Suhunya mencecah paras bahaya. Sudah diganti radiator dan gasket. RM400. Tak tahu sudah elok ke belum.

- Ucapan untuk org sibuk -

12/08/2004

Cadangan melengkap setiap pelajar IPTA dgn komputer riba. Perlaksanaannya bagaimana?

Maka terkeluarlah dari mulut memanda Menteri Pengajian Tinggi akan perihal melengkapkan setiap pelajar IPTA dgn komputer riba. Cadangan beliau mmg bagus, tetapi bagaimanakah perlaksanaannya jika perihal ini menjadi kenyataan?

Umum mengetahui bahawa negara kita terkenal dgn cadangan2 bernas yg dikemukakan oleh para bijak pandai yg akhirnya gagal semasa perlaksanaan. Lihat saja undang2 negara. Undang2 mmg bagus tetapi tidak penguatkuasaan lemah. Lihat saja skim pembelian komputer menggunakan wang KWSP suatu masa dulu. Akhirnya tersungkur kerana penyelewangan. Apa pula peluang utk melaksanakan cadangan yg bagus utk para pelajar ini?

Antara cara yg dikemukakan ialah membayar secara ansuran atau ditolak saja dari PTPTN. Macamlah PTPTN cukup utk membeli sebuah komputer riba. Nak beli komputer tak boleh riba pun sakit. Biasalah kalau para pelajar mengambil kesempatan berkongsi dgn rakan sebilik yg sudi membeli. Tapi, beli telefon bimbit kamera dan top-up boleh pulak. Ish, ish, ish ... Kalau bagi pinjam je, mesti jahanam masa pulang balik. Biasalah, harta pinjam.

Komputer ribanya pulak, jenis macam mana? Berapa harganya? Ada kualiti ke? Kalau takde kualiti, buang duit je kalau asyik jahanam. Timbul pula pilihan sama ada pelajar sendiri yg pergi membeli, atau membiarkan sykt tertentu mengaut untung? Kalau beli pun, berapa pulak had nilai komputer riba yg dibenarkan? Ini semuanya perlu difikirkan. Biarlah pihak Kementerian Pengajian Tinggi mengkaji dgn teliti hal ini. Aku pening kepala buat apa.

Anda keliru?

Duron, Athlon XP, Sempron, Athlon 64, Celeron, Celeron D, Pentium 4. Makin banyak model CPU memasuki pasaran yg bakal menggantikan model lama, tetapi model2 baru ini menambahkan kekeliruan ketika membeli CPU. Fikirkan, Intel Pentium 4 saja ada model A, C, E, EE dan model 3 nombor. AMD Sempron pula ada yg pakai Socket 462, ada yg pakai Socket 754. Jangan salah beli pulak. Macam beli graphics card, dah macam2 model sampai keliru nak beli. Lebih2 lagi ada Doom 3 ni, mesti nak pilih yg terbaik, kan.

- Dah main Doom 3? -

<< arkib

Copyright © 2001-2004 - Nahar ARS - Feedback greatly appreciated.

Hosted by www.Geocities.ws

1