mudik1.gif

menuhome.gifmenuinterest.gifmenuarkib.gifmenuprofil.gifmenulinks.gifmenugebsuk.gif

 

:: home > arkib > Mei 2004

26/05/2004

Hidup jangan jadi mangsa - Ulasan VCD Buli

Buli mengisahkan tentang Nordin (Afdlin Shauki), seorang pereka perisian komputer di syarikat Michaelsoft yg dipertemukan semula dgn Roy (Hans Isaac), orang yg pernah membulinya semasa zaman persekolahan. Kedatangan Roy sebagai tenaga kerja baru Michaelsoft menyebabkan Nordin terus menjadi mangsa buli Roy. Dalam masa yg sama, Nordin dipertemukan dgn Dr Ika (Nasha Aziz), seorang doktor psikiatri, kerana seekor ayam. Seterusnya, Nordin menjadi pesakit Dr Ika yg cuba membantu sebaik mungkin. Apabila Roy mencuri perisian Nordin sehingga Nordin kehilangan kerja, Nordin cuba mencederakan dirinya tetapi kawan serumahnya pula yg tercedera. Akibatnya, Nordin dihantar ke wad psikiatrik. Atas kesedaran dan bimbingan Dr Ika, Nordin akhirnya sedar bahawa dia perlu menghadapi masalahnya. Akhirnya, Nordin berjaya membuktikan bahawa perisian yg dicuri oleh Roy atas hasil kerjanya.

Filem ini bukan filem cinta, tetapi filem yg mengutarakan satu masalah yg serius dlm bentuk komedi. Ia adalah masalah yg boleh dikaitkan dgn kita semua tanpa kita sedari. Cubaan Afdlin Shauki utk menggambarkan seseorang yg menjadi mangsa buli, mempunyai rasa rendah diri yg melampau dan asyik berfantasi utk lari dari masalah yg dihadapi amat baik. Dalam gelak ketawa yg disajikan, ada juga babak-babak yg menyentuh jiwa, terutamanya ketika Nordin begitu tertekan dgn masalah yg dihadapinya dan babak semasa Nordin dan Dr Ika sedang berbual di wad psikiatri. Filem ni juga banyak babak-babak fantasi yg dialami Nordin sebagai menggambarkan Nordin yg memang suka berfantasi.

Buli juga menyediakan sub-plotnya. Dr Ika yg sedang bercinta dgn Jalal (Hattan), seorang pelakon terkenal yg dlm diam main kayu tiga ke atas Dr Ika, dan watak perompak bank lakonan AC Mizal yg bersekongkol dgn Roy utk memecah keselamatan komputer bank. Walau bagaimana pun, saya kurang memahami adegan kegagalan cubaan merompak bank. Saya juga kurang menggemari cara filem ini ditamatkan walaupun jalan cerita yg membawa kpd berjayanya Nordin membuktikan kebenaran adalah amat baik. CGI ada digunakan semasa awal dan akhir, iaitu semasa Nordin menimbang bola sepak, Nordin berlawan dgn Roy di alam maya, dan adegan kemalangan.

Kualiti audio dan video dlm VCD ini memuaskan. Video VCD filem Melayu masih lagi tidak dpt lari dari warna yg tidak konsisten. Ada ketikanya terlalu cerah walaupun dlm babak yg sama. Ini lebih jelas dilihat semasa CGI Nordin berlawan dgn Roy di alam maya. Walaupun adegan ini menggunakan CGI penuh, tetapi videonya terlebih cerah. Mungkin jika dilihat dlm panggung baru nampak elok. Selain itu, sudah menjadi kebiasaan apabila CD dibiarkan bertindih antara satu sama lain dalam bekasnya. Ia boleh menyebabkan CD mudah calar.

Filem pertama hasil kerja Afdlin Shauki amat memuaskan walaupun penamat cerita kurang saya gemari. Ada teknik-teknik dan gaya menarik yg digunakan oleh beliau, menjadinya usaha beliau utk menghasilkan filem komedi dgn mesej yg serius sebagai satu kejayaan. Saya ada membaca komen tentang filem ini yg terdapat kesilapan gambaran tentang dunia sebenar pereka perisian komputer dan doktor tetapi ini hanyalah cacat cela yg kecil. Mungkin setelah menghasilkan dua atau tiga filem lagi, hasil karya beliau akan menjadi lebih baik. Buli, sebuah filem Melayu yg mesti ditonton.

- VCD - Buli

22/05/2004

Ulasan VCD - Rock The World IV - the official VCD

Rock The World (RTW) telah dianjurkan buat kali ke-4 pada 20 Disember 2003 di Open Air Car Park KLCC. Konsert yg bermula dari petang hingga lewat malam ini turut mendapat siaran langsung di 8TV. VCD RTW hanya mula dikeluarkan pada siri ke-3 dan hasilnya amat memuaskan. Kini, penganjur turut menghasilkan Audio CD dan kaset, selain VCD bagi RTW4.

Seperti VCD RTW3, VCD RTW4 mempunyai pengacara yg sama bagi memperkenalkan setiap artis berkumpulan yg akan bermain. Bagi RTW4, kumpulan-kumpulan yg bermain ialah False Opus, One Buck Short, Qings n Kueens, Jeopardice, OAG, Subculture, Love Me Butch, LO feat. Vandal, Prana, Singetrackmind, The Official, Pop Shuvit, Estranged, Disagree, Exists dan Butterfingers. Setiap kumpulan dlm VCD ini hanya bermain satu lagu sahaja berbanding semasa konsert sebenar. Ini bagi memuatkan semua kumpulan yg bermain dlm satu VCD. Saya pun berasa tak puas mendengar satu lagu dari mereka, tetapi anggaplah ia seperti album kompilasi.

Memandangkan konsert ini adalah konsert rock, kebanyakan lagu2 yg dipilih dlm VCD ini adalah berentak pantas walaupun mungkin kumpulan2 yg bermain turut bermain lagu berentak perlahan semasa konsert. Setiap kumpulan bermain dgn baik dan ada kepelbagaian muzik yg tersendiri. Turut membantu ialah rakaman utk VCD ini. Tak tahulah kualiti bunyi semasa konsert, tetapi video dan audio bagi VCD ini amat memuaskan. Kalau ada kekurangan pun sedikit. Semasa Butterfingers mula menyanyi, terdengar jelas bunyi telefon bimbit berbunyi. Seseorang di atas pentas yg dekat dgn mikrofonlah tu. Lagi satu, sedikit kecacatan pada video yg tak sampai sesaat. Lain-lain sudah tentulah iklan Pan Global yg menjadi penaja utama RTW4. Seperti VCD RTW3 sebelum ini, iklan ini diletakkan setelah 2 hingga 3 kumpulan bermain. Terasa meluat pula asyik-asyik tengok iklan dlm VCD.

Apa pun, jika anda meminati VCD RTW3, anda juga akan menyukai VCD RTW4. Cuma, kali ini anda ada pilihan lain dlm bentuk Audio CD dan kaset. Saya pula berpuas hati apabila dapat melihat Loque Butterfingers menyanyi.

- VCD - Rock The World IV - the official VCD

Initial D Fourth Stage

Ketika mengunjungi Speedy Video baru2 ini, aku terlihat ada dijual VCD Initial D Fourth Stage. Kerana khuatir ditipu, maklumlah nama Initial D digunakan secara meluas ke atas filem Jepun yg tiada kaitan dgn anime Initial D, aku menyiasat kewujudan Fourth Stage. Setelah mencari di Internet, barulah aku terjumpa kebenaran. Memang benar Initial D Fourth Stage baru sahaja ditayangkan di Jepun. Ada 14 episod yg akan ditayangkan secara berkala. Sekarang baru keluar 2 episod dan akan habis apabila 2 episod terakhir ditayangkan pada 2005. Fourth Stage bermula di mana Third Stage berakhir. Mana boleh aku lupakan Initial D, anime kegemaranku. Suatu hari nanti, aku akan melengkapkan DVD anime Initial D. Sekarang tak mampu lagi. Lagi satu, VCD yg baru keluar tu aku tak dpt pastikan sama ada ia adalah 2 episod pertama atau pengenalan bagi Fourth Stage.

Maklumat lanjut, kunjungi :
- Initial D World
- around the world

- Drift, jgn tak drift -

14/05/2004

Laporan kunjungan ke Hari Terbuka R&D Proton pada 8 Mei 2004

Hari Terbuka R&D Proton memberi peluang kpd rakyat Malaysia utk menyaksikan sendiri keupayaan Proton dlm menghasilkan kereta sendiri. Kini, Proton sudah mengubah dirinya drpd pengeluar semata2 kpd peserta industri yg sebenar2nya. Ini bermakna menghasilkan keluaran sendiri menggunakan kepakaran sendiri. Walau bagaimana pun, ranjau yg perlu ditempuh amat sukar. Ini ditambah lagi dgn rungutan pembeli kereta Proton tentang kualiti keluarannya dan juga perkhidmatan kpd pelanggannya. Bukan sedikit rungutan yg boleh didengar, sama ada melalui mulut atau melalui tulisan yg meluas menerusi dunia tanpa sempadan.

Oleh itu, tahun 2004 menjadi tahun di mana Proton cuba memenangi kembali para pelanggannya melalui pelbagai aktiviti. Proton Gen-2 menjadi titik mula dgn adanya karnival di pelbagai tempat dan majlis penyerahan kpd pembeli2 awal. Artikel tentang keupayaan Proton membangunkan kereta sendiri dihebahkan melalui artikel di sisipan New Sunday Times, iaitu Cars, Bikes & Trucks setiap Ahad. Hari Terbuka R&D Proton ini adalah antara langkah seterusnya.

Pengunjung yg sampai ke bangunan utama R&D disajikan dgn pelbagai maklumat tentang keupayaan R&D Proton secara umum. Ada model2 dan gambar2 lukisan rekaan Proton yg agak menarik di sini. Terdpt juga Proton Gen-2 dan Lotus Elise menyambut kedatangan pengunjung. Di sebelah kanan, terdpt bilik tayangan di mana video tentang Proton dan sesi soal jawab diadakan. Saya mendpt tahu ada jurutera Proton telah dihentam semasa sesi ini.

Seterusnya, pengunjung dihala ke Clay Modelling Studio di mana model tanah liat berskala 1:1 dibuat. Semasa menuju ke sana, terdpt gambar2 lukisan rekaan Proton. Antaranya saya melihat model yg depannya macam Hyundai Getz dan model yg akhirnya menjadi Gen-2. Sampai di studio, terdpt mesin yg mengikir tanah liat utk menghasilkan model tanah liat. Terdpt juga model tanah liat yg lain. Salah satunya ada rekaan seperti Audi. Selain itu, terdpt demo lukisan model menggunakan komputer dan model tanah liat berskala 1:1 bahagian dalaman kereta. Pengunjung disajikan dgn lukisan kejuruteraan sebenar dan juga model tanah liat bahagian dalaman kereta yg lebih sporty. Saya tertarik dgn rekaan papan pemuka (dashboard) bagi model tanah liat tersebut.

Pengunjung kemudian menuju ke pameran keluaran Proton dari Proton Saga hinggalah ke Proton Gen-2. Selain itu, terdpt casis Lotus Elise, kereta Satria Cabriolet, Satria Rally dan Waja yg dilengkapi dgn penyelidikan Active Rear Steering. Agak menarik video yg memaparkan Waja tersebut di mana roda belakang Waja juga turut berpusing ke kiri dan kanan seperti roda hadapan.

Setelah itu, pengunjung ke luar bangunan dan disajikan dgn Gen-2 yg telah digunakan utk ujian perlanggaran. Sebuah dilanggar secara hadapan dan belakang dan sebuah lagi dilanggar secara sisi. Semuanya perlu bagi melepasi piawaian antarabangsa. Warna kereta tersebut adalah kuning yg akan diperhatikan dgn banyak lagi di makmal lain. Ini kerana warna kuning senang dilihat utk ujian.

Kemudian, pengunjung menuju ke CMSS Lab (Component, Material, Strength & Safety). Di sini terdpt pelbagai makmal dan mesin yg digunakan utk menguji prototaip kereta Proton dan bahagian2 tertentu seperti papan pemuka, enjin, lampu, tingkap, cermin, pintu dll. Bintang utama sudah tentu Gen-2 berwarna kuning. Di makmal inilah saya melihat banyak kereta prototaip Proton ditutup dgn kain utk disembunyikan identitinya dari pengunjung. Walaupun begitu, saya berjaya mengecam model2 tersebut sebagai SRM dan TRM melalui rim dan bentuk kereta. Sebagai pengetahuan, semasa jurutera Proton menguji prototaip2 ini di serata dunia, ada kemungkinan gambar2 mereka akan diambil oleh org2 tertentu yg terserempak dgn mereka dan menyiarkannya di majalah atau Internet. Oleh itu, sudah mejadi amalan utk mengelakkan prototaip ini dr diambil gambarnya. Nanti org atasan marah. Selain itu, semasa Gen-2 yg diuji pintu depannya yg dibuka dan ditutup oleh mesin khas, didpti bunyi buka tutupnya lebih sedap berbanding Gen-2 yg dikeluarkan. Musykil, kan.

Setelah itu, pengunjung ke Prototype Shop, tempat prototaip kereta Proton dan komponen2nya dihasilkan. Di sinilah saya pertama kali melihat Gen-2 gear automatik. Menarik juga rekaan gear automatiknya. Selain itu, terdpt mesin2 yg digunakan, prototaip Arena yg berlampu belakang Wira, Satria Cabriolet, Satria Rally, prototaip usang Proton Saga, Perdana limo dan Ssangyong Chairman limo yg dihasilkan oleh Prototype Shop Proton. Mmg cantik hasil usaha mereka ke atas Chairman tersebut.

Selain itu, terdpt bahagian di mana mereka menguji enjin, Noise Lab, Emission Lab dan makmal yg saya lupa namanya. Maaflah, tak bawa buku nota. Makmal ini digunakan utk membuat simulasi sebenar kereta Proton dibawa di atas jalan raya. Di sini, Proton boleh menguji kereta yg dibawa dgn jarak yg jauh tanpa meninggalkan kilang.

Seterusnya, trek ujian Proton. Terdpt pelbagai acara di situ seperti Street Shoot-Out dan Drift. Di sinilah saya melihat kereta Mini lama melakukan aksinya dan diikuti oleh Putra dan Satria GTi yg dipunyai oleh R3 (RaceRallyResearch), salah satu bahagian baru Proton. Tunggu akan kehadiran R3 nanti. Saya sekurang2nya dpt menjejakkan kaki ke trek ini walaupun melepas dibawa oleh jurutera Proton dlm Gen-2 mengelilingi trek ini dgn had laju tinggi.

Mungkin ramai yg tidak sedar kewujudan sebuah tempat letak kereta berdekatan trek yg dipenuhi dgn model2 Proton, prototaip Gen-2 yg dipenuhi pelekat hitam dan model2 kereta lain yg menjadi bahan penyelidikan Proton. Mmg tertarik utk saya melihatnya walaupun dari jauh. Alangkah baik jika prototaip2 Gen-2 tersebut didedahkan kpd umum semasa hari tersebut sebagai bahan pameran.

Aktiviti2 lain turut berjalan seperti jualan merchandise, jualan kereta dan basikal Proton, makan2 utk pengunjung, pertandingan mewarna utk kanak2, gerai pameran utk pelbagai kelab berkaitan dll. Semuanya bukan sahaja utk memeriahkan tetapi utk menarik minat pengunjung kpd Proton.

Saya amat berpuas hati dgn kunjungan saya ke bahagian R&D Proton. Ia membuka mata pengunjung kpd keupayaan sebenar Proton. Walau bagaimana pun, Proton tidak mempunyai terowong angin (wind tunnel) dan kemudahan ujian perlanggaran yg perlu dilakukan di tempat lain. Selain itu, dgn kenyataan dari Proton tentang usaha utk mengeluarkan 20 model baru menjelang akhir dekad, saya dapati kebanyakan mesin ujian hanya ada 1. Jumlah mesin yg terhad ini mungkin menghalang Proton dari memperbanyakkan usaha R&D mereka. Kalau ada kemudahan sendiri yg mungkin dpt menampung ialah di Hethel, UK. Tempat di mana Lotus, 100% milik Proton, mempunyai bahagian khidmat kejuruteraan mereka iaitu Lotus Engineering.

Cadangan saya yg lain ialah mengeluarkan video yg disiarkan semasa hari tersebut, terutamanya pembikinan Gen-2, R&D Proton dan tentang Lotus, dlm bentuk VCD dan disertakan secara percuma dgn majalah kereta yg sudi. Ia sebagai promosi dan bahan pendidikan berguna bagi peminat kereta dan seluruh rakyat Malaysia. Akhir sekali, saya berharap agar hari terbuka ini akan diteruskan pada tahun2 seterusnya dgn tambahan bahan2 pameran yg lebih baik. Jika tahun ini sebagai pengenalan keupayaan Proton membangunkan kereta sendiri, mungkin selepas ini dipaparkan kajian kes sebenar dari mula sampai akhir. Selepas ini kan ada SRM dan TRM sebagai model. Tidak lupa juga khabar angin tentang Waja yg dipertingkatkan.

Nota : Maaflah kalau ada terkurang, maklumlah tak bawa buku nota. Kamera lagilah. Banyak notis tak boleh ambil gambar dlm bangunan tu.

Nampak muka aku dlm Buletin 1:30?

Bukan muka aku tapi muka Shuk yg bersama2 dgn aku melawat Hari Terbuka R&D Proton. Kebetulan semasa masuk balik ke pintu utama bangunan R&D Proton, TV3 sedang bersedia membuat lintas langsung utk Buletin 1:30. Jadi, kemungkinan besar sesiapa yg menonton waktu itu dpt melihat mukanya. Kalau tak nampak juga, sia2lah usahanya.

- Taip saja pendapat anda -

11/05/2004

Aku, dia, mereka dan spaghetti

Setelah lama tidak bersiar2 di Lembah Kelang bersama rakan2, akhirnya aku berkesempatan jua. Agenda utama ialah Hari Terbuka R&D Proton. Agenda tambahan ialah menziarahi keluarga Cik Easy. Disaji dgn spaghetti. Dah lama tak makan spaghetti. Maklumlah, org kampung tak biasa makan dan buat spaghetti.

Agenda biasa, sudah tentu majalah dan VCD/DVD. Setelah membelek2 majalah2 kereta bulan ini, nampaknya laporan pandu uji Gen-2 mereka hanya akan keluar bulan hadapan. Juga tak lupa tempat beradu ditaja oleh Shuk.

Dah keluar, tetapi ...

Album terbaru Raihan sudah berada di pasaran, tetapi memikirkan secara serius utk menangguhkan pembelian bagi menunggu kepulangan raja.

Buli

Pilihan tepat utk membeli VCD Buli. Memang bagus hasil karya Afdlin Shauki ni dan kekurangan pun tak banyak. Moga2 filem beliau yg seterusnya akan menampakkan hasil yg lebih baik.

01/05/2004

Mesti beli - Laporan pandu uji Proton Gen-2

carsmy22.jpg

cars.my isu 22 adalah antara majalah yg mesti dibeli utk membaca laporan pandu uji Proton Gen-2. Selain itu, terdapat artikel tentang pereka bentuk luaran dan dalaman Gen-2. Laporan juga sudah keluar dalam sisipan NST, Cars, Bikes & Trucks minggu lepas. Tunggu kehadiran majalah lain dlm bulan ini seperti Autocar ASEAN, torque, Asian Auto dll.

Lambat - Salah Pos Malaysia?

Langganan Autocar ASEAN April 2004 sampai lambat. Itu pun setelah aku e-mel kpd pihak berkenaan. Terima kasih atas tindakan mereka utk menghantar semula majalah tersebut.

Adakah salah Pos Malaysia menyebabkan kelewatan berlaku? Ada kemungkinan apabila bukan sahaja majalah tetapi surat2 yg lain pun dikhuatiri tidak sampai. Surat2 ni bukan surat cinta tapi surat penting macam bil dan penyata. Buat masa ini, dikhuatiri giliran posmen baru telah gagal dlm tugasnya menghantar surat sampai ke rumah. Ini kerana Sabtu lepas posmen yg biasa dtg telah dtg menghantar majalah tersebut, bil Celcom mak dan keputusan peperiksaan semester lepas. Selepas itu pula dilaporkan surat2 beralamatkan kg ini telah dihantar ke kedai saja. Jika keadaan ini berterusan, laporan mesti dibuat kpd pihak berkenaan.

Tiada Internet - Memang salah TMNet

Dari Khamis hingga Isnin lepas aku tak dpt masuk Internet. Mmg salah TMNet kerana ada masalah di Pahang selama masa tersebut tetapi tiada iklan disiarkan. Walau bagaimana pun, bantuan teknikal TMNet melalui telefon agak membantu.

Hidup tanpa Internet mmg menyeksakan.

- Cari bahasa rojak dlm tulisan di atas -

<< arkib

Copyright © 2001-2004 - Nahar ARS - Feedback greatly appreciated.

Hosted by www.Geocities.ws

1