menuhome.gifmenuinterest.gifmenuarkib.gifmenuprofil.gifmenulinks.gifmenugebsuk.gif

:: home > ulasan > Buli

Buli


Tajuk : Buli

Tahun : 2004

Terbitan :
Grand Brilliance Sdn Bhd

Edaran :
Golden Satellite Marketing Sdn Bhd

Buli mengisahkan tentang Nordin (Afdlin Shauki), seorang pereka perisian komputer di syarikat Michaelsoft yg dipertemukan semula dgn Roy (Hans Isaac), orang yg pernah membulinya semasa zaman persekolahan. Kedatangan Roy sebagai tenaga kerja baru Michaelsoft menyebabkan Nordin terus menjadi mangsa buli Roy. Dalam masa yg sama, Nordin dipertemukan dgn Dr Ika (Nasha Aziz), seorang doktor psikiatri, kerana seekor ayam. Seterusnya, Nordin menjadi pesakit Dr Ika yg cuba membantu sebaik mungkin. Apabila Roy mencuri perisian Nordin sehingga Nordin kehilangan kerja, Nordin cuba mencederakan dirinya tetapi kawan serumahnya pula yg tercedera. Akibatnya, Nordin dihantar ke wad psikiatrik. Atas kesedaran dan bimbingan Dr Ika, Nordin akhirnya sedar bahawa dia perlu menghadapi masalahnya. Akhirnya, Nordin berjaya membuktikan bahawa perisian yg dicuri oleh Roy atas hasil kerjanya.

Filem ini bukan filem cinta, tetapi filem yg mengutarakan satu masalah yg serius dlm bentuk komedi. Ia adalah masalah yg boleh dikaitkan dgn kita semua tanpa kita sedari. Cubaan Afdlin Shauki utk menggambarkan seseorang yg menjadi mangsa buli, mempunyai rasa rendah diri yg melampau dan asyik berfantasi utk lari dari masalah yg dihadapi amat baik. Dalam gelak ketawa yg disajikan, ada juga babak-babak yg menyentuh jiwa, terutamanya ketika Nordin begitu tertekan dgn masalah yg dihadapinya dan babak semasa Nordin dan Dr Ika sedang berbual di wad psikiatri. Filem ni juga banyak babak-babak fantasi yg dialami Nordin sebagai menggambarkan Nordin yg memang suka berfantasi.

Buli juga menyediakan sub-plotnya. Dr Ika yg sedang bercinta dgn Jalal (Hattan), seorang pelakon terkenal yg dlm diam main kayu tiga ke atas Dr Ika, dan watak perompak bank lakonan AC Mizal yg bersekongkol dgn Roy utk memecah keselamatan komputer bank. Walau bagaimana pun, saya kurang memahami adegan kegagalan cubaan merompak bank. Saya juga kurang menggemari cara filem ini ditamatkan walaupun jalan cerita yg membawa kpd berjayanya Nordin membuktikan kebenaran adalah amat baik. CGI ada digunakan semasa awal dan akhir, iaitu semasa Nordin menimbang bola sepak, Nordin berlawan dgn Roy di alam maya, dan adegan kemalangan.

Kualiti audio dan video dlm VCD ini memuaskan. Video VCD filem Melayu masih lagi tidak dpt lari dari warna yg tidak konsisten. Ada ketikanya terlalu cerah walaupun dlm babak yg sama. Ini lebih jelas dilihat semasa CGI Nordin berlawan dgn Roy di alam maya. Walaupun adegan ini menggunakan CGI penuh, tetapi videonya terlebih cerah. Mungkin jika dilihat dlm panggung baru nampak elok. Selain itu, sudah menjadi kebiasaan apabila CD dibiarkan bertindih antara satu sama lain dalam bekasnya. Ia boleh menyebabkan CD mudah calar.

Filem pertama hasil kerja Afdlin Shauki amat memuaskan walaupun penamat cerita kurang saya gemari. Ada teknik-teknik dan gaya menarik yg digunakan oleh beliau, menjadinya usaha beliau utk menghasilkan filem komedi dgn mesej yg serius sebagai satu kejayaan. Saya ada membaca komen tentang filem ini yg terdapat kesilapan gambaran tentang dunia sebenar pereka perisian komputer dan doktor tetapi ini hanyalah cacat cela yg kecil. Mungkin setelah menghasilkan dua atau tiga filem lagi, hasil karya beliau akan menjadi lebih baik. Buli, sebuah filem Melayu yg mesti ditonton.

Rating
Filem :
4/5
VCD : 3/5

Ditulis : 26/05/2004
 

<< ulasan

Copyright © 2001-2003 - Nahar ARS - Feedback greatly appreciated.

Hosted by www.Geocities.ws

1