menuhome.gifmenuinterest.gifmenuarkib.gifmenuprofil.gifmenulinks.gifmenugebsuk.gif

:: home > ulasan > Rock The World IV

Rock The World IV - the official VCD

rtw4vcd.jpg
Tajuk : Rock The World IV - the official VCD

Tahun : 2004

Terbitan :
Fat Boys Records

Edaran :
Universal Music Sdn. Bhd.


Rock The World (RTW) telah dianjurkan buat kali ke-4 pada 20 Disember 2003 di Open Air Car Park KLCC. Konsert yg bermula dari petang hingga lewat malam ini turut mendapat siaran langsung di 8TV. VCD RTW hanya mula dikeluarkan pada siri ke-3 dan hasilnya amat memuaskan. Kini, penganjur turut menghasilkan Audio CD dan kaset, selain VCD bagi RTW4.

Seperti VCD RTW3, VCD RTW4 mempunyai pengacara yg sama bagi memperkenalkan setiap artis berkumpulan yg akan bermain. Bagi RTW4, kumpulan-kumpulan yg bermain ialah False Opus, One Buck Short, Qings n Kueens, Jeopardice, OAG, Subculture, Love Me Butch, LO feat. Vandal, Prana, Singetrackmind, The Official, Pop Shuvit, Estranged, Disagree, Exists dan Butterfingers. Setiap kumpulan dlm VCD ini hanya bermain satu lagu sahaja berbanding semasa konsert sebenar. Ini bagi memuatkan semua kumpulan yg bermain dlm satu VCD. Saya pun berasa tak puas mendengar satu lagu dari mereka, tetapi anggaplah ia seperti album kompilasi.

Memandangkan konsert ini adalah konsert rock, kebanyakan lagu2 yg dipilih dlm VCD ini adalah berentak pantas walaupun mungkin kumpulan2 yg bermain turut bermain lagu berentak perlahan semasa konsert. Setiap kumpulan bermain dgn baik dan ada kepelbagaian muzik yg tersendiri. Turut membantu ialah rakaman utk VCD ini. Tak tahulah kualiti bunyi semasa konsert, tetapi video dan audio bagi VCD ini amat memuaskan. Kalau ada kekurangan pun sedikit. Semasa Butterfingers mula menyanyi, terdengar jelas bunyi telefon bimbit berbunyi. Seseorang di atas pentas yg dekat dgn mikrofonlah tu. Lagi satu, sedikit kecacatan pada video yg tak sampai sesaat. Lain-lain sudah tentulah iklan Pan Global yg menjadi penaja utama RTW4. Seperti VCD RTW3 sebelum ini, iklan ini diletakkan setelah 2 hingga 3 kumpulan bermain. Terasa meluat pula asyik-asyik tengok iklan dlm VCD.

Apa pun, jika anda meminati VCD RTW3, anda juga akan menyukai VCD RTW4. Cuma, kali ini anda ada pilihan lain dlm bentuk Audio CD dan kaset. Saya pula berpuas hati apabila dapat melihat Loque Butterfingers menyanyi.

Rating : 4/5

Ditulis : 22/05/2004
 

<< ulasan

Copyright © 2001-2003 - Nahar ARS - Feedback greatly appreciated.

Hosted by www.Geocities.ws

1