menuhome.gifmenuinterest.gifmenuarkib.gifmenuprofil.gifmenulinks.gifmenugebsuk.gif

:: home > ulasan > Butterfingers - Selamat Tinggal Dunia

Butterfingers - Selamat Tinggal Dunia


 Artis :
Butterfingers

 Album :
Selamat Tinggal Dunia

 Tahun
: 2004

 Terbitan & Edaran : EMI Malaysia Sdn Bhd

 

Lagu

01. Ngilu (hidup makan tidur mati muzik)
02. Daulat Tuanku
03. Cuai
04. Urusan Seri Paduka Baginda
05. Selamat Tinggal Dunia
06. Kabus Ribut
07. Merpati Sejoli
08. Hanyut
09. Taman Tasik Perdana
10. Tentang tentang

 

Ulasan

Butterfingers kembali dengan album bahasa Melayu pertama, Selamat Tinggal Dunia (STD). STD meneruskan perjuangan Butterfingers dalam menjadikan setiap album adalah berlainan dgn album sebelumnya, seperti dari Transcendence ke Malayneum, dan seterusnya STD. STD lebih dari menggunakan lirik berbahasa Melayu, malah ia menonjolkan permainan muzik Butterfingers ke satu tahap yg lain. Lagu-lagunya disulami dgn ekperimen digital yg boleh dilihat dgn jelas pada penamat lagu Cuai dan keseluruhan lagu Urusan Seri Paduka Baginda yg menggunakan gamelan. Selain itu, Emmet selaku vokalis utama juga berusaha keras utk menyessuaikan dirinya dgn lirik berbahasa Melayu dgn gaya tersendiri.

Gaya penyampaian Emmet turut menjadi bualan apabila dikatakan kurang jelas sehingga ada stesen radio tidak mahu menyiarkan lagu-lagu dari album STD. Dari pendengaran, saya tidak mempunyai sebarang masalah dgn keseluruhan album ini. Mungkin sebutan Emmet kurang jelas dlm lagu Kabus Ribut dan Loque pula dlm lagu Tentang tentang, tetapi pada pendapat saya, ia lebih kepada keseluruhan persembahan lagu tersebut yg menjadikannya begitu.

Secara keseluruhan, muzik Butterfingers lebih berentak perlahan berbanding sebelum ini. Mungkin sebagai tanda kematangan muzik mereka, tetapi ini tidak bermakna mereka akan mengekalkan muzik sedemikian. Siapa tahu bagaimana pula album mereka selepas ini. Kehadiran STD sekurang-kurangnya menyerlahkan muzik tersendiri di celah2 kebanyakan band yg mengeluarkan album berbahasa Melayu kini. Sebuah album yg perlu didengari utk yg benar2 mahukan kelainan.

Rating : 4/5

Ditulis : 19/05/2005
 

<< ulasan

Copyright © 2001-2004 - Nahar ARS - Feedback greatly appreciated.

Hosted by www.Geocities.ws

1