|
Home l Email Me l Content l Myself l My HomePage l Photo l Kisah2 Islam l Cerita2 Tauladan l Takzirah l Firman2 Pilihan l Hadis2 Pilihan l Ceramah l Ilmu2 Pilihan l Sedutan Ayat2
AlQuran l Quotes l Jokes l Kamus Mukmin l Petua2 l Info-Sihat l Astronomi l Artickel l Puisi/Sajak l Recepi l Related Links l Lain2 l Wallpapers l Games l Slide l Lagu2 l Peta Laman |
|
KISAH-KISAH
ISLAM |
|
|
YUSUF BIN AL-HUSAIN AR-RAZI Seorang
gadis Arab yang hartawan dan rupawan telah jatuh cinta dengan Yusuf bin Al-Husain.
Suatu malam gadis itu dengan diam-diam pergi ke tempat Yusuf. Oleh kerana
Yusuf tidak mahu bertemu dengan gadis itu, maka Yusuf pun lari dari situ.
Apabila beliau tidur malam itu, beliau telah bermimpi bertemu dengan Nabi
Yusuf sedang duduk di atas kerusi yang indah dan dikelilingi oleh para
malaikat. Setelah melihat Yusuf bin Al-Husain, Nabi Yusuf pun berdiri dan
memeluk beliau dan mempelawa beliau duduk disampingnya. Nabi Yusuf
berkata, "Allah telah memberi salam Nya kepadamu. Allah juga telah
memberitahuku demikian: 'Yusuf, bila Ratu Zaliha datang kepadamu dengan niat
yang jahat, kamu berdoa kepadaKu supaya dilindungi niat yang jahatnya
itu. Tetapi
kau lihatlah Yusuf Al-Husain ini, kerana takutkan kemurkaan Ku dia lari dari
gadis yang hendak menemuinya itu. Dia patut di puji. Pergilah berjumpa
dengannya.' Oleh itu, sayapun pergi berjumpa denganmu. Saya sampaikan padamu
salam sejahtera Tuhan dan nama kamu akan direkodkan dalam senarai hamba-hamba
Tuhan yang sejati. Sekarang pergilah kamu berjumpa dengan Dzun'n-Nun Al-Misri
agar kamu di syafaatinya dan akan menyampaikan kepada kamu nama Allah yang
teragung Yusuf
pun pergi ke tempat Dzun'n-Nun dan berkhidmat kepadanya selama setahun,
Apabila Dzun'n-Nun bertanya kepadanya apa yang ia mahu, Yusuf hanya berkata
tidak ada apa-apa selain daripada ingin berkhidmat setahun lagi, Dzun'n-Nun
membenarkan. Setelah cukup temponnya, Dzun'n-Nun menyuruh Yusuf membuat satu
permintaan lagi, Yusuf berkata bahawa beliau ingin diijazahkan dengan nama
Allah oleh Dzun'n-Nun. Dzun'n-Nun tidak berkata apa-apa Yusuf terus
berkhidmat kepada Dzun'n-Nun. Suatu hari Dzun'n-Nun menyuruh Yusuf membawa
sebuah mangkuk yang telah dibungkus dengan kain untuk diberi kepada orang
sufi di seberang sungai sana. Bungkusan itu tidak boleh dibuka. Yusuf menurut
saja dan terus pergi. Kata Dzun'n-Nun, sufi di Sedang
menyeberangi sungai itu, Yusuf dengan bunyi di dalam bungkusan itu. Kerana
pelik mendengar bunyi itu, Yusuf pun buka bungkusan itu. Dengan serta-merta
keluarlah seekor tikus dari dalam mangkuk itu dan jatuh ke dalam sungai
(Sungai Nil) dan dihanyutkan oleh air. Apabila
sampai ke seberang sungai maka mangkuk itupun diberikan kepada sufi tersebut
dan beliau memohon supaya diijazahkan. Sufi itu menjawab, "Kamu tidak
boleh memelihara seekor tikusyang diamanahkan kepada kamu. Bagaimanakah kamu
boleh memelihara rahsia nama Allah yang teragung? Kamu telah gagal dalam
ujian ini." Yusuf
dukacita dan terus pulang berjumpa dengan Dzun'n-Nun dan menceritakan hal itu
semuanya. Dzun'n-Nun berkata, "Saya telah memohon kepada Allah semasa
kamu tinggal bersama ku tiga tahun di sini untuk mengijazahkan kamu tidak
kurang dari tujuh puluh kali. Tetapi tidak dibenarkan. Kamu sendiri tahu yang
kamu telah gagaldalam ujian. Oleh itu, pulanglah ke negerimu. Tidak
lama lagi kamu akan diberi ijazah di sana. Yusuf
memohon supaya diajar lagi. Dzun'n-Nun berkata, "Lupakanlah semua yang
telah kamu pelajari itu. Agar hijab itu boleh disingkap. Selanjutnya,
lupakanlah saya ini dan jangan sebut nama saya pada sesiapa sebagai
gurumu." Yusuf berkata, "Saya tidak layak menurut kedua-dua arahan
tuan itu." Kemudian Dzun'n-Nun berkata, "Oleh itu, mulalah mengajar
orang ramai dengan syarahan-syarahan, tetapi ingatlah bahawa kamu jangan
sekali-kali mendirikan (mengisbatkan) dirimu (ego)." Yusuf bersetuju
menerima nasihat itu. Tetapi sedikit benar orang yang mendengar syarahannya.
Satu hari, langsung tidak ada orang yang mendengar syarahannya. Tidak
lama kemudian datanglah seorang perempuan tua kepada beliau dan berkata,
"kamu telah berjanji kepada Dzun'n-Nun untuk memberi syarahan tiap-tiap
hari dan jangan mengisbatkan dirimu (jangan meletakan dirimu antara Tuhan
dengan manusia). Sekarang kamu berdiam diri saja. Bukankah ini telah
mungkir janji?. Barulah Yusuf mengetahui kesalahannya. Semenjak itu beliau
terus memberi syarahannya tiap-tiap hari selama lima puluh tahun. Tidak
peduli samada orang hadir atau tidak. Satu
hari, dalam mimpi, Ibrahim Al-Khawas dan seorang sufi murid Yusuf telah
mendengar suara berkata menyuruh pergi bertemu Yusuf bin Husain dan
memberitahunya bahawa beliau telah terkeluar dari majlis ketuhanan. Apabila
jaga dari tidur murid itu enggan menyampaikan perintah suara itu kepada
Yusuf. Besoknya murid itu bermimpi serupa itu juga. Ia enggan juga
memberitahu Yusuf. Kali yang ke tiga suara itu berkata, "Jika kamu
tidak menurut perintah ini, kamu akan dihukum dngan berat." Akhirnya
dengan terpaksa murid itu pergi berjumpa Yusuf. Murid itu tegak tanpa
berkata-kata di hadapan gurunya itu. Yusuf melihatkan keadaan itu, berkata,
"Bacalah syair yang indah kepadaku." Murid itu menurut. Mendengar
itu, Yusuf menangis mengalir air matanya. Beliau berkata , "Orang
memanggilku kafir. Hingga sekarang bacaan Quran tidak menghancurkan hatiku.
Tetapi dengan syairmu itu, aku menangis. Oleh itu benarlah Allah mengatakan
aku telah terkeluar dari majlis ketuhanan.." Setelah mendengar kata
Yusuf, maka murid itupun lari ke dalam hutan dan bertemu kepada Khidr yang
berkata kepada murid itu, "Pedang Allah telah mencederakan Yusuf dan
syurgalah tempatnya. Seseorang itu hendaklah mencapai perasaan cinta seperti
cinta beliau dan mencapai peringkat seperti peringkat beliau. Orang yang hati
nya tertumpu kepada Allah tidak akan lagi melihat kekayaan dunia." Yusuf
berkata, "Allah sendiri meminta kepada hamba-hambaNya supaya menumpukan
perhatian kepadaNya sahaja. Dia sendiri meminta hambaNya menumpukan dirinya
kepadaNya sahaja. Begitulah Allah sangat berharapkan agar manusia kembali
kepada Nya." Seorang
saudagar dari Nisabur telah meminjamkan wang kepada seorang yang tinggal jauh
dari tempatnya. Beliau hendak pergi bertemu kepada orang yang berhutang itu
untuk memungut hutangnya. Saudagar ini ada seorang hamba perempuan yang
cantik. Beliau ingin meninggalkan perempuan ini kepada seseorang yang
boleh dipercayai semasa peninggalan ia pergi itu. Akhirnya ditinggalkannya
hamba itu dengan seorang sufi yang salih bernama 'Uthman Hariri. Dengan
bersusah-payah saudagar ini meminta sufi ini menerima permintaannya.
Akhirnya diterima juga oleh 'Uthman Hariri. atu
hari, dengan tidak sengaja terpandang oleh 'Uthman akan perempuan itu.
Nafsu jantinanya pun melonjak keluar. Tetapi dikontrolkannya dirinya.
Beliaupun pergi berjumpa gurunya dan meminta guru itu memberi nasihat
bagaimana hendak mengkontrol hatinya itu. Gurunya itupun menyuruh beliau
pergi berjumpa Yusuf bin Al-Husain dan menerima nasihatnya, apabila 'Uthman
pergi ke tempat Yusuf, orang ramai berkata kepadanya bahawa Yusuf itu seorang
kafir dan tukang bidaah. Beliaupun kembali pulang. Setelah gurunya mengetahui
itu, disuruhnya juga 'Uthman pergi berjumpa Yusuf. Kali ini terkejut 'Uthman
apabila sampai ke tempat Yusuf kerana dilihatnya Yusuf bersama seorang
pemuda yang lawa dengan setempayan arak dan sebuah mangkuk berada di hadapan
mereka. Meskipun Yusuf ini bersikap sebagai wali Allah tetapi itulah
yang dilakukannya. 'Uthman tidak mengerti sikap Yusuf itu. Apabila Yusuf
berkata-kata tentang tasauf (keruhanian), perkataanya sangat berkesan dan berpengaruh,
hingga 'Uthman sendiri pengsan dalam dzauk (mabuk Allah). pabila
sedar semula, 'Uthman bertanya kepada Yusuf kenapa beliau pada lahirnya
bersikap menyalahi kehendak agama. Yusuf menjawab, "Pemuda ini anakku
sedang mengaji Quran denganku. Tempayan ini berisi air untuk diminum dimasa
panas ini. Berkenaan soalan kenapa aku bersikap seperti ini ialah kerana aku
tidak mahu sebarang saudagar menyimpankan hamba perempuannya yang cantik
semasa ia pergi kemana-mana." 'Uthman terkejut mendengar kata-kata Yusuf
itu. 'Uthman bertanya apa yang patut ia buat sekarang dalam hal
tersebut. Yusuf berkata, "Siapa yang cinta kepada Allah, ia tidak
berkawan dengan dunia." Yusuf
Mengajar. Beliau
Berkata Sekian
. Wassalam |
|
|