|
KISAH-KISAH
ISLAM |
|
|
Gara-gara
Seekor Ular
Disebutkan oleh Al-Qadhi Abu Ali At-Tanukhi, dia mengatakan: Dahulu
kala hiduplah seorang lelaki yang terkenal zuhud dan kuat ibadatnya, dialah
Labib Al-Abid. Dia datang ke pintu gerbang negeri Syam dari arah barat kota
Baghdad, sebuah tempat yang menjadi laluan banyak orang. Labib
kemudian berkata kepadaku: Dahulu aku adalah seorang hamba Rom, milik salah
seorang tentara. Dialah yang merawat dan mengajarku cara bermain pedang
sehingga aku pun mahir memainkannya sehingga merasa benar-benar perkasa. Demi
menjalin persaudaraan dan untuk mengawal hartanya, walaupun aku telah dimerdekakan
sepeninggalnya, aku kemudian menikahi isterinya. Aku yakin, Allah SWT. telah
mengetahui bahawa apa yang kuperbuat itu tiada lain sekadar untuk menjaganya.
Aku tinggal bersamanya beberapa tahun. Selama
hidup berumahtangga dengannya, suatu hari kulihat seekor ular menyelinap
dalam bilik kami. Aku lalu memegang ekornya untuk kubunuh, tetapi ular itu
justru berbalik menyerangku dan berhasil menggigit tanganku hingga menjadi
lumpuh. Setelah tanganku yang satu mengalami kelumpuhan, selang beberapa waktu
kemudian tanganku yang lain menyusul lumpuh pula tanpa sebab- sebab yang
jelas. Seterusnya kedua kakiku juga lumpuh, mataku menjadi buta dan terakhir
aku menjadi bisu. Kemalangan ini kualami selama satu tahun. Demikianlah
keadaanku yang sangat buruk, kecuali hanya telingaku yang masih mampu
menangkap segala pembicaraan. Aku tergeletak tiada berdaya: Aku selalu diberi
minum saat aku merasa tidak dahaga, sementara itu dibiarkan kehausan saat aku
kenyang, dan dibiarkan ketika aku merasa lapar. Setelah
berjalan satu tahun, datanglah seorang wanita menjumpai isteriku. Dia
bertanya kepada isteriku, Bagaimana keadaan Abu Ali Labib? Dia
tidak hidup dan tidak juga mati, sehingga hal ini membuatku bimbang dan
hatiku menjadi sangat sedih, jawab isteriku. Mendengar
hal itu, dalam hatiku lalu mengadu kepada Allah dan berdoa. Dalam
keadaan menderita sakit yang seperti ini sedikit pun dalam jiwaku tidak
merasakan sesuatu. Pada
suatu hari, aku merasa seakan-akan menerima pukulan sangat keras yang hampir
membuatku binasa. Hal itu terus berlangsung hingga tengah malam atau mungkin
sudah lewat tengah malam, kemudian sedikit demi sedikit rasa sakitku ini mula
hilang, akhirnya aku dapat tidur. Keesokan
hari ketika terjaga dari tidur, kurasakan tangan ini telah berada di atas
dada, padahal selama ini tergeletak tidak berdaya di atas tempat tidur kerana
mengalami kelumpuhan. Kucuba untuk bergerak dan ternyata berjaya. Melihat hal
ini, aku merasa gembira dan yakin bahawa Allah akan memberikan kesembuhan.
Kucuba menggerakkan tanganku yang lain dan ternyata dapat kugerakkan pula. Aku
juga mencuba memegang salah satu kakiku dan berhasil memegangnya, dan
kukembalikan tanganku pada keadaan semula, hal ini kulakukan pula pada
tanganku yang lain. Selepas itu aku ingin mencuba membalikkan tubuhku dan
ternyata dapat kubalikkan dan bahkan aku mampu duduk lagi. Kemudian, aku
bermaksud untuk berdiri dan ternyata aku juga mampu melakukannya, lalu kucoba
lagi turun dari pembaringan, yang selama ini tubuhku terbaring. Tempat
tidurku itu berada di sebuah bilik yang ada di rumahku. Dalam
kegelapan aku mencoba untuk mencari pintu bilik dengan meraba-raba dinding
bilik, sebab mataku belum dapat melihat dengan terang. Akhirnya aku berhasil
mencapai teras rumah dan di sana aku dapat memandang langit dan
bintang-bintang yang berkedip. Kerana luapan kegembiraan yang tiada terkira
hampir menghentikan detak jantungku, dan segera terlontar dari bibirku rasa
syukur kepada-Nya: Setelah
itu aku pun berteriak memanggil isteriku dan dia segera datang menemuiku
seraya berkata, Abu Ali? Sekarang
inilah aku menjadi Abu Ali yang sebenarnya. Dan kini nyalakanlah lampu, kataku
kepadanya. Isteriku
segera pula menyalakan lampu, dan kemudian kuperintahkan kepadanya untuk
mengambilkan sebuah gunting. Dia
pun datang dengan membawa gunting yang kumaksud, dengan gunting itulah
kupotong kumisku. Isteriku lalu berkata kepadaku, Apa yang
hendak kamu lakukan? Bukankah teman-temanmu telah mencelamu? Selepas
ini, aku tidak akan melayani seorang pun kecuali hanya Tuhanku semata-mata,
jawabku. Seterusnya kugunakan seluruh waktuku untuk menghadap
kepada Allah SWT. dan tekun beribadat. Al-Qadhi Abu Ali meneruskan ceritanya
kembali, bahawa Abu Ali Labib Al Abib adalah seorang yang mustajab doanya. |
|
|