|
KISAH-KISAH
ISLAM |
|
|
NABI SULAIMAN DAN SEMUT Sulaiman
bin Daud adalah satu-satunya Nabi yang memperoleh keistimewaan dari Allah SWT
sehingga bisa memahami bahasa binatang. Dia bisa bicara dengan burung Hud Hud
dan juga boleh memahami bahasa semut. Dalam Al-Quran surah An Naml, ayat
18-26 adalah contoh dari sebahagian ayat yang menceritakan akan keistimewaan
Nabi yang sangat kaya raya ini. Dan
dihimpunkan untuk Sulaiman tentaranya dari jin, manusia dan burung, lalu
mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan) sehingga apabila mereka
sampai di lembah semut berkatalah seekor semut, hai
semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak diinjak oleh
Sulaiman dan tentaranya, sedangkan mereka tidak menyadari. Maka
Nabi Sulaiman tersenyum dengan tertawa kerana mendengar perkataan semut itu.
Katanya, Ya Rabbi, limpahkan kepadaku karunia untuk
mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua
orang tuaku; karuniakan padaku hingga boleh mengerjakan amal soleh yang
Engkau ridhai; dan masukkan aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan
hamba-hambaMu yang soleh. (An-Naml: 16-19) Menurut
sejumlah riwayat, pernah suatu hari Nabi Sulaiman as bertanya kepada seekor
semut, Wahai semut! Berapa banyak engkau perolehi rezeki dari
Allah dalam waktu satu tahun? Sebesar
biji gandum, jawabnya. Kemudian,
Nabi Sulaiman memberi semut sebiji gandum lalu memeliharanya dalam sebuah
botol. Setelah genap satu tahun, Sulaiman membuka botol untuk melihat nasib
si semut. Namun, didapatinya si semut hanya memakan sebahagian biji gandum
itu. Mengapa
engkau hanya memakan sebahagian dan tidak menghabiskannya? tanya
Nabi Sulaiman. Dahulu
aku bertawakal dan pasrah diri kepada Allah, jawab si semut. Dengan
tawakal kepada-Nya aku yakin bahawa Dia tidak akan melupakanku. Ketika aku
berpasrah kepadamu, aku tidak yakin apakah engkau akan ingat kepadaku pada
tahun berikutnya sehingga boleh memperoleh sebiji gandum lagi atau engkau
akan lupa kepadaku. Kerana itu, aku harus tinggalkan sebahagian sebagai bekal
tahun berikutnya. Nabi
Sulaiman, walaupun ia sangat kaya raya, namun kekayaannya adalah nisbi dan
terbatas. Yang Maha Kaya secara mutlak hanyalah Allah SWT semata-mata. Nabi
Sulaiman, meskipun sangat baik dan kasih, namun yang Maha Baik dan Maha Kasih
dari seluruh pengasih hanyalah Allah SWT semata. Dalam diri Nabi Sulaiman
tersimpan sifat terbatas dan kenisbian yang tidak dapat dipisahkan; sementara
dalam Zat Allah sifat mutlak dan absolut. Bagaimanapun
kayanya Nabi Sulaiman, dia tetap manusia biasa yang tidak boleh sepenuhnya
dijadikan tempat bergantung. Bagaimana kasihnya Nabi Sulaiman, dia adalah
manusia biasa yang menyimpan kedaifan-kedaifannya tersendiri. Hal itu
diketahui oleh semut Nabi Sulaiman. Kerana itu, dia masih tidak percaya
kepada janji Nabi Sulaiman ke atasnya. Bukan kerana khuatir Nabi Sulaiman
akan ingkar janji, namun khuatir Nabi Sulaiman tidak mampu memenuhinya
lantaran sifat manusiawinya. Tawakal atau berpasrah diri bulat-bulat hanyalah
kepada Allah SWT semata, bukan kepada manusia. |
|
|