|
Harga Sebuah Kemaafan
Suatu hari Anas bin Malik r.a serta ramai para sahabat yang lain duduk disisi
Rasulullah, tiba-tiba mereka melihat Rasulullah tersenyum.Anas merasa hairan
apabila Rasulullah s.a.w tiba-tiba tersenyum gembira sehingga kelihatan
gigi,lalu Anas bertanya : “Apakah yang menyebabkan Rasulullah tersenyum
gembira?”
“Yang menyebabkan aku tersenyum kerana ada dua orang dikalangan umatku di
akhirat,keduanya merangkak di hadapan Allah SWT kerana minta diselesaikan kes
yang melibatkan antara keduanya. Seorang darinya merayu kepada Allah SWT:
Wahai Tuhan, tolong balaslah terhadap orang ini,sesungguhnya dia sangat zalim
dan telah menzalimi aku
semasa didunia dahulu,dengan berbagai perbuatan zalim.
Lalu Allah SWT memerintahkan orang yang zalim itu membayar gantirugi,sebagai
jalan penyelesaian untuk kes mereka berdua.Tetapi orang yang zalim itu tidak
dapat berbuat demikian,kerana tiada suatu pun yang boleh untuk membayar
kepada orang yang menuntut itu.
Orang yang berbuat zalim itu berkata: Dengan apakah aku hendak
membayarnya,sedangkan tiada suatu pun kebaikan yang tinggal padaku,kesemuanya
telah habis dituntut oleh orang lain.
Ketika itu orang yang kena zalim itu minta agar orang yang zalim itu
mengambil kejahatan dan dosa yang ada pada dirinya.
Pada ketika itu Rasulullah menitiskan air mata,Nabi menangis mengingati
peristiwa mahkamah Allah yang sedang mendengar kes pengaduan kedua-dua
umatnya yang sangat menyayat hati.
Lelaki yang melakukan kezaliman itu ingin membayar tuntutan tersebut, tetapi
tidak terdaya kerana sudah tidak ada apa-apa yang tinggal untuk dirinya.Jelas
Nabi kepada Anas. Lalu Rasulullah pun bersabda : “Sesungguhnya itulah suatu
hari yang sangat dahsyat,sehingga sampai ke suatu peringkat manusia mencari
orang lain untuk
memikul dosanya.”
Didunia manusia dengan sombong sanggup memikul dosa orang lain,meskipun
sebenarnya manusia tidak akan mampu memikul walaupun hanya dosa mereka
sendiri.
Ketika seorang dari dua orang yang berbalah di Mahsyar menuntut agar dosa
mereka dipikul oleh orang yang menzaliminya,maka ketika itu Allah SWT
memperlihatkan sebuah mahligai tersergam indah didalam jannah.
“Tidakkah kamu melihat mahligai itu?” Ujar Tuhan kepada manusia yang sedang
menuntut keadilan dari Tuhan terhadap taulannya.
“ Ya,saya nampak sebuah mahligai yang diperbuat dari emas dalam sebuah taman
dari perak,untuk siapakah itu wahai Tuhan? Mungkinkah untuk nabi-nabi atau
syuhada atau mungkin juga untuk golongan siddiqin?” ujar orang itu.
“Mahligai itu untuk siapa saja asalkan mereka sanggup membayar harganya.”
Jelas Tuhan.
“Jika demikian adalah mustahil saya dapat memilikinya kerana saya tidak punya
apa-apa di sini untuk membayar harga mahligai emas itu.”ujar manusia itu.
“ Justeru kamu masih berpeluang memilikinya,kerana kamu masih memiliki barang
bernilai yang dapat membayar harga mahligai itu.”
“Bagaimana caranya?” tanya orang itu kepada Tuhan penuh kehairanan.
“Iaitu sekiranya kamu sedia memafkan rakan kamu dan tidak menuntutnya agar
dia memikul dosamu.”Tuhan menjelaskannya.
Dengan melompat kegembiraan orang itu berkata: “Wahai Tuhanku, kalau begitu
aku segera memaafkan dia,terhadap apa-apa jua kezaliman yang telah dilakukan
terhadap saya.”ujar manusia itu dengan perasaan penuh gembira yang tidak
terhingga.
Lalu Allah SWT memerintahkan malaikat agar membawa orang itu kedalam mahligai
yang terbina disebuah jannah yang terbina dari perak, kemudian Tuhan
mengizinkan orang itu membawa bersama taulannya memasuki syurga itu.
------------------------------------------------------------------------
Demikianlah sebuah kisah yang diceritakan oleh Rasulullah SAW kepada Anas bin
Malik suatu peristiwa diakhirat melibatkan dua orang umatnya yang berusaha
untuk menyelamatkan diri dihari tiada pertolongan kecuali
pertolongan Allah SWT.Suatu kemaafan dapat menyelamatkan dirinya juga
rakannya dari sengsara Mahsyar.
Oleh itu,kita haruslah bersifat pemaaf terhadap sesama manusia kerana sifat
pemaaf itu akan mendatangkan kebajikan kepada diri sendiri dan orang yang
dimaafkan.Memaafkan orang lain dari kesalahan yang dilakukan terhadapnya
dirinya bererti menolong saudaranya dari beban dosa, sifat itu menjadi
saluran rahmat Allah terhadap dirinya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang
bermaksud ,
“Sesungguhnya Allah Ta’ala tidak menyayangi kecuali kepada hamba-Nya yang
penyayang, tidak mengampun kecuali terhadap hamba-Nya yang pengampun dan
tidak menerima taubat kecuali terhadap hamba-Nya yang sanggup memaafkan
kesalahan saudaranya."
Walau bagaimanapun,kemaafan pada seseorang biarlah kena pada tempatnya,
bukanlah sehingga hilang maruah dan harga diri masih lagi bersifat
pemaaf kerana sifat pemaaf seperti itu tidak wajar.
More…….
|
|