|
KISAH-KISAH
ISLAM |
|
|
TERKENA API DI KUBURAN Diceritakan
dari Ibnu Hajar bahawa serombongan orang dari kalangan Tabi'in pergi berziarah
ke rumah Abu Sinan. Baru sebentar mereka di rumah itu, Abu Sinan telah
mengajak mereka untuk berziarah ke rumah jirannya. Sesampainya
di sana, mereka mendapati saudara si mati senantiasa menangis karana terlalu
sedih. Para tetamu telah berusaha menghibur dan membujuknya agar jangan
menangis, tapi tidak berjaya. "Apakah
kamu tidak tahu bahwa kematian itu suatu perkara yang mesti dijalani oleh
setiap orang?" tanya para tetamu. "Itu
aku tahu. Akan tetapi aku sangat sedih kerana memikirkan siksa yang telah
menimpa saudaraku itu." jawabnya. "Apakah
engkau mengetahui perkara yang ghaib?" "Tidak.
Akan tetapi ketika aku menguburkannya dan meratakan tanah di atasnya telah
terjadi sesuatu yang menakutkan. Ketika itu orang-orang telah pulang, tapi
aku masih duduk di atas kuburnya. Tiba-tiba terdengar suara dari dalam kubur
"Ah....ah....Mereka tinggalkan aku seorang diri menanggung siksa. Padahal
aku mengerjakan puasa dan solat". Jeritan itu betul-betul membuatku
menangis kerana kasihan. Aku coba menggali kuburnya semula kerana ingin tahu
apa yang sudah terjadi di dalamnya. Ternyata kuburan itu telah penuh dengan
api dan di leher si mayat ada rantai dari api. Kerana kasihan kepada saudara,
aku cuba untuk melepaskan rantai itu dari lehernya. Apabila aku hulurkan
tangan untuk membukanya, tanganku terbakar." Lelaki
itu menunjukkan tangannya yang masih hitam dan mengelupas kulitnya karana
kesan api dari dalam kubur kepada tetamu. Dia meneruskan ceritanya: "Aku
terus menimbun kubur itu seperti semula dan pulang dengan segera. Bagaimana
kami tidak akan menangis apabila mengingati keadaan itu?" "Apa
yang biasa dilakukan oleh saudaramu ketika di dunia?" tanya teman-teman
Abu Sinan. "Dia
tidak mengeluarkan zakat hartanya." jawabnya. Dengan
jawaban ini, teman-teman Abu Sinan membuat kesimpulan tentang kebenaran ayat
Suci Al-Quran surah Ali Imran yang artinya: "Sekali-kali janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari karunia-Nya menyangka, bahwa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allah-lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Ali Imran, 180) |
|
|