SELAMAT DATANG/WELCOME To MUHAMMAD MOHD TAIB HOMEPAGE


Home  l  Email Me  l  Content  l  Myself  l  My HomePage  l  Photo  l  Kisah2 Islam  l  Cerita2 Tauladan  l  Takzirah  l  Firman2 Pilihan  l  Hadis2 Pilihan  l  Ceramah  l Ilmu2 Pilihan  l  Sedutan Ayat2 AlQuran  l  Quotes  l  Jokes  l  Kamus Mukmin  l  Petua2  l  Info-Sihat  l  Astronomi  l  Artickel  l  Puisi/Sajak  l  Recepi  l  Related Links  l  Lain2  l  Wallpapers  l  Games  l  Slide  l  Lagu2  l Peta Laman


 

HADIS-HADIS PILIHAN

 

 

 

CARA SYAITAN MAKAN

Rasulullah S.A.W. telah memberitahu bahawa syaitan itu makan dengan tangan kirinya. Oleh kerana itu, baginda memerintahkan kepada umatnya agar makan dengan cara yang berbeza dengan mereka [makan dengan tangan kanan].

Rasulullah S.A.W. bersabda ertinya:

"Apabila salah seorang di antara kalian makan, maka hendaklah makan dengan tangan kanannya dan apabila minum, hendaklah minum dengan tangan kanannya. Kerana sesungguhnya syaitan itu makan dengan tangan kirinya dan minum juga dengan tangan kirinya".
[Hadis riwayat Muslim]

Di dalam Musnad Imam Ahmad disebutkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda ertinya:

"Barangsiapa yang makan dengan tangan kirinya, maka syaitan ikut makan bersamanya. Dan barangsiapa yang minum dengan tangan kirinya, syaitan ikut minum bersamanya".
[Hadis riwayat Imam Ahmad]

Rasulullah S.A.W bersabda pula ertinya:

"Apabila seseorang memasuki rumahnya dengan menyebut nama Allah ketika masuk dan ketika akan makan, maka syaitan berkata [kepada temannya]: 'Tidak ada tempat bermalam dan tidak ada makan malam bagi kalian di sini' Apabila seseorang itu tidak menyebut nama Allah ketika memasuki rumahnya, syaitan berkata: 'Kalian punya tempat bermalam'.

Dan jika seseorang itu tidak menyebut nama Allah ketika makan, syaitan berkata: 'Kalian punya tempat bermalam dan punya makan malam'.
[Hadis riwayat Imam Ahmad]

Imam Muslim juga meriwayatkan hadis yang serupa dengan dalil-dalil tersebut dapat dipastikan bahawa syaitan makan dan minum. Sebagaimana orang Islam dilarang memakan daging yang tidak disebutkan nama Allah padanya [ketika menyembelihnya], demikan juga jin Islam. Rasulullah S.A.W. telah menyuruh mereka agar makan tulang yang disebutkan nama Allah atasnya. Mereka tidak dibenarkan memakan tulang yang tidak dibacakan nama Allah atasnya. Yang memakan tulang yang tidak dibacakan bismillah atasnya adalah jin kafir yakni syaitan. Kerana syaitan telah menghalalkan makanan [daging] yang tidak disebutkan nama Allah atasnya. Maka sehubungan dengan itu, sesetengah ulama berpendapat bahawa bangkai itu adalah makanan syaitan.  Kerana ia mati dengan tidak dibacakan dengan nama Allah atasnya.
 

Ibnu Qaiyim berkata berkenaan dengan firman Allah mafhumnya:

"Sesunggunhnya [minuman] khamr, berjudi, berkorban [untuk berhala], mengundi nasib dengan anak panah adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan".
[Al-Quran Surah Al-Maidah ayat 90]

Sesungguhnya minuman yang memabukkan itu adalah minuman syaitan. Jadi orang yang meminumnya telah minum minuman yang menjadi amalan teman-temannya [syaitan], maka ia telah berkongsi perbuatan dengan teman-temannya dalam minuman dengan demikian ia telah berkongsi dosa dan siksanya pula.

________________________________________________________________________

Masya-allah...Begitulah ngerinya sekiranya kehidupan kita ini tidak dimulakan dengan nama Allah pada setiap kali ingin melakukan pekerjaan. Mudah-mudahan, dengan sedikit tazkirah ini dapat menyedarkan kita semua. Sekian, wallahu a'lam.

 
 More…….

 

 

HOME

 

 

Hosted by www.Geocities.ws

1