Home l Email Me l Content l Myself l My HomePage l Photo l Kisah2 Islam l Cerita2 Tauladan l Takzirah l Firman2 Pilihan l Hadis2 Pilihan l Ceramah l Ilmu2 Pilihan l Sedutan Ayat2 AlQuran l Quotes l Jokes l Kamus Mukmin l Petua2 l Info-Sihat l Astronomi l Artickel l Puisi/Sajak l Recepi l Related Links l Lain2 l Wallpapers l Games
l Slide l Lagu2
l Peta Laman
|
HADIS-HADIS
PILIHAN |
|
|
PERBUALAN ANTARA RASULULLAH S.A.W DENGAN IBLIS
Telah
diceritakan bahawa Allah S.W.T telah menyuruh iblis datang kepada Nabi
Muhammad s.a.w agar menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya.
Pada suatu hari Iblis pun datang kepada baginda dengan menyerupai orang tua
yang baik lagi bersih, sedang ditangannya memegang tongkat. Bertanya
Rasulullah s.a.w, "Siapakah kamu ini ?" Baginda
Rasulullah s.a.w lalu bertanya, "Hai iblis, berapa banyakkah musuhmu dari
kalangan umat-umatku ?" 1.
Engkau sendiri hai Muhammad. 2.
Imam dan pemimpin yang adil. 3.
Orang kaya yang merendah diri. 4.
Pedagang yang jujur dan amanah. 5.
Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk. 6.
Orang Mukmin yang memberi nasihat. 7.
Orang yang Mukmin yang berkasih-sayang. 8.
Orang yang tetap dan cepat bertaubat. 9.
Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram. 10.
Orang Mukmin yang selalu dalam keadaan suci. 11.
Orang Mukmin yang banyak bersedekah dan berderma. 12.
Orang Mukmin yang baik budi dan akhlaknya. 13.
Orang Mukmin yang bermanfaat kepada orang. 14.
Orang yang hafal al-Qur'an serta selalu membacanya. 15.
Orang yang berdiri melakukan solat di waktu malam sedang orang-orang lain
semuanya tidur. Kemudian
Rasulullah s.a.w bertanya lagi, "Berapa banyakkah temanmu di kalangan
umatku ?" 1.
Hakim yang tidak adil. 2.
Orang kaya yang sombong. 3.
Pedagang yang khianat. 4.
Orang pemabuk/peminum arak. 5.
Orang yang memutuskan tali persaudaraan. 6.
Pemilik harta riba'. 7.
Pemakan harta anak yatim. 8.
Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat/sering meninggalkan solat. 9.
Orang yang enggan memberikan zakat/kedekut. 10.
Orang yang selalu berangan-angan dan khayal dengan tidak ada faedah. Mereka semua itu
adalah sahabat-sahabatku yang setia." |
|
|