Home l Email Me l Content l Myself l My HomePage l Photo l Kisah2 Islam l Cerita2 Tauladan l Takzirah l Firman2 Pilihan l Hadis2 Pilihan l Ceramah l Ilmu2 Pilihan l Sedutan Ayat2 AlQuran l Quotes l Jokes l Kamus Mukmin l Petua2 l Info-Sihat l Astronomi l Artickel l Puisi/Sajak l Recepi l Related Links l Lain2 l Wallpapers l Games
l Slide l Lagu2
l Peta Laman
|
HADIS-HADIS
PILIHAN |
|
|
NILAI AMALAN Muslimin sekalian! Saya berpesan kepada kamu dan diri saya sendiri supaya bertakwa
kepada Allah SWT, maka berjayalah orang-orang yang bertakwa. Marilah kita mendengar dan mengambil pengajaran daripada
maksud satu hadis yang diriwayatkan oleh ulamak hadis di dalam hadis yang
panjang; daripada seorang sahabat bernama Abdul Rahman bin Samrah katanya: Suatu hari Rasulullah SAW datang kepada kami lalu bersabda:
malam tadi aku telah bermimpi dengan satu mimpi yang menakjubkan. Aku lihat
seorang lelaki di dalam perjalanannya, tiba-tiba diganggu oleh 'Malikil Maut'
- malaikat yang menguruskan urusan mati - tiba-tiba datang amalan kebaikannya
terhadap ibu bapanya menyelamatkan dia daripada 'Malikil Maut'. Aku melihat seorang yang diganggu oleh satu rombongan syaitan
untuk mengacaunya yang membuatkan dirinya menjadi cemas, tiba-tiba datang
amalan zikirnya - amalan mengingati Allah SWT - lalu menghalau dan
menyelamatkannya daripada syaitan tersebut. Aku juga melihat seorang lelaki yang berada di tengah-tengah
malaikat azab yang datang untuk membawanya ke neraka, tiba-tiba datang amalan
sembahyangnya - yakni sembahyang lima waktu - menyelamatkannya dan membawanya
ke tengah-tengah malaikat rahmat lalu dibawa ke syurga. Aku melihat seorang
yang terjelir-jelir lidahnya kerana dahaga datang ke kolam 'al Khoudh' untuk
meminum airnya, tatapi dia dihalau daripada meminumnya, tiba-tiba datang
amalan puasanya membawa air kepadanya lalu dia meminumnya. Aku lihat nabi-nabi berhimpun bersama pengikutnya
masing-masing. Datang seorang lelaki untuk menyertai sama perhimpunan
tersebut tetapi dihalau daripada menyertainya. Datang amalan mandi junubnya
(mandi hadasnya) lalu membawanya ke dalam majlis tersebut. Aku juga melihat seorang lelaki berada di dalam kegelapan,
kanannya gelap, kirinya gelap, hadapannya gelap dan belakangnya gelap, beliau
tidak tahu arah tujuan, tiba-tiba datang amalan haji dan umrahnya membawanya
ke dalam cahaya yang meneranginya. Aku lihat seorang yang diganggu oleh api neraka, dan panas
bahang bakar neraka menghampirinya, tiba-tiba datang sedekahnya
menyelamatkannya daripada bahang api neraka. Aku lihat seorang yang tidak
ditegur oleh sesiapa, dia cuba menghampiri seseorang tetapi tidak
dipedulikan, tiba-tiba datang amalan 'silatur rahimnya' - amalan
menghubungkan tali persaudaraannya lalu menegurnya dan menghilangkan
kesunyiannya. Aku lihat seorang yang berada di dalam ketakutan menghadapi
malaikat 'zabaniah' - malaikat yang menjaga neraka. Datang kepadanya amalan
menyuruh perkara baik dan mencegah perkara mungkar yang dilakukannya, lalu
menyelamatkannya daripada ketakutan terhadap malaikat zabaniah. Aku lihat seorang yang berjalan dengan lututnya di dalam
kesukaran, di hadapannya 'hijab' - dinding, tidak dibenarnya menghadap Allah
taala, tiba-tiba datang akhlaknya yang baik menghilangkan 'hijab' tersebut,
kemudian dibenarkan bertemu dengan Allah taala. Aku lihat seorang yang diberikan kitab suratan amalannya
melalui tangan kirinya, tidak dibenarnya mengambil dengan tangan kanannya,
tiba-tiba datang 'Khouful Allah' - perasaan takutnya terhadap Allah - yang
ada di dalam dirinya lalu menolongnya mengambil suratan amalannya dengan
tangan kanannya. Aku melihat seorang yang ditimbang amalannya di atas neraca
timbangan. Amalan kebaikannya menjadi ringan dan dia di dalam serba salah. Datang
kesungguhannya melakukan amalan menyebabkan amalan kebaikannya menjadi berat.
Aku melihat seorang terhoyong-hayang hendak jatuh ke dalam neraka, tiba-tiba
datang air matanya kerana menangis takutkan Allah menyelamatkannya daripada
jatuh ke dalam neraka. Aku melihat seorang gementar di atas 'titian sirat' yang
terbentang di atas neraka, dan dia hampir-hampir jatuh ke dalamnya, tiba-tiba
datang 'husnu dzon' - sangka baiknya terhadap Allah - maka hilanglah
gementarnya dan selamat melalui 'titian sirat'. Aku melihat seorang merangkak
dengan terlalu perlahan di atas sirat, tiba-tiba datang selawatnya ke atasku
- ke atas nabi Muhamad SAW - dan menjadikannya kuat untuk berjalan pantas di
atasnya. Dan aku melihat seorang yang telah hampir ke pintu syurga tiba-tiba
pintu syurga ditutup - lalu datang dua kalimah syahadah yang diucapkan dengan
yakin dan percaya menyebabkan pintu syurga dibuka semula dan dia dapat masuk
ke dalamnya. Muslimin sekalian!, Di dalam hadis yang tersebut di atas, menunjukkan kepada kita
bahawa semua amalan soleh yang dilakukan di dunia ada ganjaran yang
dijanjikan oleh Allah taala, dan dapat menyelamatkan daripada huru hara di
hari akhirat. Semua amalannya yang dilakukan itu pula tidak akan memberi
apa-apa guna kepada seseorang sekiranya tidak berakidah dengan akidah islam
yang sebenar dan sekiranya menerima ideologi-ideologi dan fahaman-fahaman
karut yang tidak diajar oleh Islam. Dengan berbekalkan akidah yang mantap dan tidak ada kecacatannya, maka segala amalan kebaikan akan dapat dilihat di akhirat. Sebagaimana juga amalan kejahatan, kecil mana pun jika dilakukan akan dilihat di akhirat kelak. |
|
|