Home l Email Me l Content l Myself l My HomePage l Photo l Kisah2 Islam l Cerita2 Tauladan l Takzirah l Firman2 Pilihan l Hadis2 Pilihan l Ceramah l Ilmu2 Pilihan l Sedutan Ayat2 AlQuran l Quotes l Jokes l Kamus Mukmin l Petua2 l Info-Sihat l Astronomi l Artickel l Puisi/Sajak l Recepi l Related Links l Lain2 l Wallpapers l Games
l Slide l Lagu2
l Peta Laman
|
CERITA |
|
|
Di
sebuah kampung tinggal seorang lelaki tua yg sudah bertahun-tahun kematian
isteri. Dengan arwah isterinya itu dulu dia dikurniakan tiga orang anak lelaki.
Semuanya sudah remaja. Anak
pertama bernama Anis, kedua bernama Harben dan ketiga bernama Amsal. Akan
ketiga-tiga ini yang paling disayangi ialah Harben. Sayangnya dengan Harben
langsung tidak diberinya keluar rumah. Si polan ini sayang juga dengan Anis.
Kadang-kadang dibawanya juga keluar rumah, ke pekan, ke penambang (jetty) dan
ke sekitar kampung. Almaklum anak yang ketiga iaitu Amsal kadang-kadang
langsung tak diendahnya..jadi merayau-rayau lah si anak ini ke Hendak
dijadikan cerita, suatu hari yang mendung raja yang memerintah kampung itu
dari pulau seberang telah memanggil si polan ini pergi mengadap. Susah hati
lah si polan ini sebab badannya sudah tua, terpaksa pulak mengayuh selat nak
ke pulau tersebut. Lagi
pula musykil hatinya 'Apa yang dimahukan si Raja itu.' Maka dipanggilnya si
Harben."Harben,tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja
memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?" Apa yang dijawab Harben?
"Minta maaf lah ayah. Masalahnya Harben tak pernah keluar rumah jadi
macamana Harben nak hantar ayah ke sana sebab Harben tak tahu jalan. Kalau
mahu, Harben hantar sampai depan pintu saja lah, ye ayah?" Mendengar
jawapan si Harben sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya
tidak boleh diharap. "Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih. Dipanggilnya
pula si Anis. "Anis, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja
memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?"Apa yang dijawab Anis?
"Minta maaf lah ayah. Masalahnya Anis tak pernah keluar dari kampung ni
jadi macamana Anis nak hantar ayah ke sana sebab Anis tak tahu jalan. Kalau
mahu, Anis hantar sampai hujung kampung sajalah,ye ayah?" Mendengar
jawapan si Anis itu sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya
ini pun tidak boleh diharap juga."Baiklah kalau begitu" jawabnya
sedih. Dipanggilnya
pula si Amsal. "Hei Amsal, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku
Raja memerintahkan ayah mengadap.." Lalu Amsal menjawab,"Baiklah
ayah" tanpa sebarang alasan. Menyesallah dihatinya kerana tidak
menyayangi anaknya Amsal akan tetapi dia sanggup melakukan apa saja untuk
ayahnya. Lalu pergilah si polan mengadap Raja. Harben
menghantar di pintu pagar rumah, Anis menghantar sampai ke penambang dan si
Amsal mengikut ayahnya mengayuh kolek. Sedang mengayuh itu, tidak semena-mena
ribut melanda dan hujan lebat pun turun. Terkial-kiallah mereka mengayuh dan
disebabkan sipolan yang dah tua dan si Amsal yang kurus kering karamlah mereka
berdua terkubur di lautan. Sekian
adanya. APA
PENGAJARAN CERITA INI. Adapun
anak-anak si polan ini ialah sebenarnya kehidupan lelaki tua ini. Harben
ialah HARTA-BENDA, Anis ialah ANAK-ISTERI, dan Amsal ialah AMAL-SOLEH.
Lazimnya manusia sayang kepada Harben dan Anis tapi tidak pada Amsal. Di mana
bila manusia itu mati iaitu pulang kerahmatullah (mengadap Raja) yang dapat
dibawanya hanyalah Amsal. Harben tinggal di pintu pagar dan Anis tinggal di
penambang (di tepi kubur). Oleh
itu dalam kita mengejar cita-cita di dunia ni jgn lah lupa dgn akhirat dan
rukun Islam yg lima hadith mengatakan "KHAIRUL
UMUURI AU SA TUHA".(MAKNANYA: SEBAIK-BAIK PERBUATAN IALAH YG
PERTENGAHAN). Sama-samalah
kita berusaha mendapat kesenangan di dunia dan di akhirat. Wassalam. |
|
|