Logo baru Kavya 2003

 ISSN: 1675-4042 — Keluaran 19 — Ogos 2003

Notis I - Kavyan tidak bernaung di bawah mana-mana pertubuhan lain. Kavyan juga bukan sebahagian daripada mana-mana pertubuhan lain. Sila berhubung terus dengan pihak Kavyan untuk sebarang urusan.

Notis II - Kavyan tidak memberi kuasa kepada mana-mana pihak untuk membuat sebarang kenyataan mengenai Kavyan. Sila abaikan segala kenyataan yang pernah atau akan dibuat oleh mana-mana pihak (individu.kumpulan) kecuali oleh Jawatankuasa sah dalam Kavyan.

Sila Klik Untuk Maklumat

Kavyan dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Selangor menganjurkan acara "Baca Cerpen Kavyan" iaitu acara membaca naskhah cerpen berterusan 96 jam sebagai usaha mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records. Terima kasih kepada orang ramai (dan ramai orang!) yang sudi menjadi peserta. Terima kasih kepada semua pihak (walaupun tidak ramai) yang sudi menghulur bantuan dan sumbangan. Dapatkan maklumat terkini di laman www.bacacerpen.cjb.net atau klik sahaja pada logo di atas.

Tahniah kepada Saroja Theavy Balakrishnan kerana meraih hadiah pertama Peraduan Menulis Cerpen Pelbagai Kaum II. Tahniah juga kepada M. Mahendran yang menerima hadiah penghargaan. Bagi mereka yang menyertai tetapi tidak menang, jangan putus asa. Tingkatkan mutu penulisan. Dan yang lebih penting: teruskan menulis.

Click HERE for details

Tarikh tutup penyertaan pada 31 Disember 2003. Dapatkan syarat lengkap sayembara di laman www.sayembara.cjb.net atau klik pada sepanduk di atas.

   

Festival Sastera Perpaduan Malaysia (FSPM) akan berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah pada 22-25 Ogos 2003 sempena Perayaan Bulan Kemerdekaan. Festival ini mengandungi beberapa komponen: Sayembara Deklamasi Puisi Bulan Kemerdekaan, Simposium Penulis Pelbagai Kaum V, Wacana Pemikiran Patriotisme, Persembahan Genre Sastera Kebangsaan Pelbagai Kaum, dan Bicara Komsas.

Tahun ini, Kavyan telah diberi kepercayaan oleh Gapena untuk mencalonkan empat peserta kaum India. Daripada 15 nama yang dicalonkan, penganjur menilai dan memilih enam peserta. Ini merupakan kejayaan dan penghormatan besar; pucuk diundang ulam mendatang!

Wakil Kavyan ke FSPM terdiri daripada (urutan abjad) Raja Rajeswari Seetha Raman, Saroja Theavy Balakrishnan, S. G. Prabhawathy, Srivali,  Uthaya Sankar SB dan V. Vijayaletchumy. (Nota: Srivali  menarik diri atas alasan peribadi.) Dan tentu sekali FSPM tidak lengkap tanpa Dr Krishanan Maniam yang juga merupakan Penasihat Kavyan.

Maklumat mengenai FSPM 2002 boleh dibaca di SINI

Jika ada sebarang pertanyaan atau persoalan berkaitan pemilihan wakil Kavyan ke FSPM, sila berhubung terus dengan Presiden Kavyan.

Terima Kasih Daun Keladi

Risalah Online ArahKiri menyiarkan promosi acara "Baca Cerpen Kavyan" secara beterusan.

Kalau Boleh Nak Lagi

Love Matters

friends in deed

Mrinalini Nair Baskaran

They remember our birthday and try to get something we have always wanted as a gift. When they see us feeling down, they immediately offer to share our problems and to comfort us. [Find out who they are]

Sila ambil perhatian bahawa hanya bahan yang diterima pada atau sebelum 25 Julai 2003 dimuatkan dalam Kavya keluaran Ogos 2003. Mana-mana bahan yang diterima selepas tarikh 25 Julai 2003 hanya dapat dipertimbangkan untuk dimuatkan dalam Kavya keluaran September 2003. Sila baca SYARAT PENGIRIMAN BAHAN di www.syarat.cjb.net untuk maklumat lanjut.

Basically  Fiction

To Be His Lover

By Bissme S

 

It is said that we can never be lovers. But I was determined to change this. I was obsessed to be his lover. I really believed I was destined to love him and no one else. I have tried to love other men, but all the relationships failed to work out. The more I dissect my failed relationships, the more clearer the picture becomes - at any circumstances and at any prices, I had to be his lover. [Read on]

Inginkan tulisan saudara dimuatkan dalam surat berita Kavya? Sila kirim melalui e-mel. Tetapi sebelum itu, sila baca maklumat lanjut, syarat dan panduan di laman www.syarat.cjb.net

Mesyuarat Bersama Jawatankuasa Kavyan dan Urus Setia Baca Cerpen Kavyan telah diadakan pada 12 Julai 2003 di Galeri Shah Alam. Agenda adalah berkaitan aktiviti semasa Kavyan. [Baca laporan mesyuarat]

Foto: Uthaya Sankar SB

Syarikat Maharanee di Jalan Tengku Kelana, Klang, Selangor akan menawarkan harga istimewa untuk semua barangan khusus untuk para pembaca Kavya. Tawaran istimewa ini sah dari 1 September hingga 31 Oktober 2003. Maklumat terperinci boleh dibaca dalam Kavya keluaran September 2003.

Persatuan Animasi Kaum India

Pelajar kaum India yang mempunyai pengetahuan membuat animasi dijemput menyertai Persatuan Animasi Kaum India yang bakal ditubuhkan. Pengarah Urusan Gold Sri, Encik Madavan berkata, beliau bercadang menubuhkan persatuan itu khusus untuk memberi peluang kepada remaja dan belia kaum India mempraktikkan apa yang mereka pelajari di kolej.

"Ramai pelajar kaum India belajar IT dan animasi serta grafik di kolej swasta tetapi tidak berpeluang menggunakan pengetahuan mereka secara profesional," kata Encik Madavan. 

"Akhirnya mereka memilih bidang pekerjaan lain kerana memikirkan soal gaji dan pendapatan. Ibu bapa juga kurang memberi galakan. Semua ini adalah suatu kerugian," tambah beliau. "Persatuan ini pula membuka peluang kepada mereka membuktikan kemampuan sebenar."

Gold Sri akan menyediakan segala kemudahan yang perlu untuk para ahli membuat kerja-kerja animasi. Peruntukan kewangan juga tidak menjadi masalah.

Untuk maklumat terperinci mengenai persatuan ini, remaja kaum India yang berminat digalakkan supaya bertemu Encik Madavan di Gold Sri yang beralamat di 22A Jalan Yeo Guan Hue off Jalan Tengku Kelana, 41000 Klang, Selangor (berhampiran Pusat Perubatan Sri Kota). Telefon: 019-2712347 atau 03-33748146. Laman web: www.goldsri.com 

Untuk menjadi ahli e-Kavyan, saudara hanya perlu mengirim e-mel kosong ke alamat [email protected] dan tunggu e-mel yang meminta pengesahan untuk menjadi ahli. Balas e-mel berkenaan dan saudara sudah menjadi ahli e-Kavyan. Saudara juga boleh mendaftar sebagai ahli di laman web.

Pisang Emas Dibawa Berlayar

Masak Sebiji Di Atas Peti

Terima kasih kepada saudara kerana telah sudi menyebar luaskan maklumat mengenai Sayembara Menulis Cerpen Kavyan-Ashwin Trading dan Baca Cerpen Kavyan kepada rakan-rakan dan kenalan.

Hutang Emas Boleh Dibayar

Hutang Budi Dibawa Mati

Warkah dari Chennai

Daripada Retna Devi Balan

        

Kalau disebut bulan Aadi, fikiran pertama yang melintas di hati adalah tradisi memisahkan pasangan yang baru berkahwin. Bukan sahaja yang baru berkahwin, kalau belum setahun penuh berkahwin, pasti pengantin perempuan akan dibawa pulang ke rumah emak. Retna Devi Balan mengirim warkah dari Chennai untuk menceritakan mengenai sambutan bulan Aadi dalam budaya India. [Baca warkah sepenuhnya]

opinion

Sudah menjadi satu trend di kalangan pelajar untuk mencari kerja sambilan. Kalau dulu mahasiswa universiti dan pelajar kolej yang membuat kerja sambilan, kini pelajar sekolah menengah juga mengamalkannya. Mereka membuat kerja part-time bukan sahaja semasa cuti sekolah. Kalau mereka belajar sesi pagi, mereka bekerja pada sebelah petang dan malam. Apakah komen remaja sendiri berhubung isu ini? [Baca pandangan mereka]

Jangan ketinggalan mengetahui aktiviti dan perkembangan terbaru berkaitan Kavyan serta pelbagai maklumat untuk manfaat bersama. Daftarlah di www.ekavyan.cjb.net 

Living in a Distant Universe Shalini Nayar

Loneliness Lesle Denver

A Creative Process Shalini Nayar

Who Is She? Logeswaran

CLICK HERE TO READ THE POEMS

Terima Kasih Daun Keladi

Terima kasih kepada semua pihak yang tidak lupa menjemput wakil dari Kavyan ke segala majlis dan acara yang dianjurkan. Tindakan pihak saudara membuktikan bahawa Kavyan diiktiraf akan kewibawaannya mewakili sasterawan kaum India di Malaysia.

Kalau Boleh Hendak Lagi

Kajian Kreatif

Dr. Krishanan Maniam dari Jabatan Pengajian India, Universiti Malaya telah membentangkan kertas kerja bertajuk “Penulisan Kreatif Bahasa Malaysia dan Penulis Kaum India Malaysia” pada Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu Kedua anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Peking dan Dewan Bahasa dan Pustaka di Beijing, China pada 8-15 Oktober 2002. Mulai keluaran Januari 2003, Kavya menyiarkan teks beliau dalam beberapa bahagian. [Klik di sini untuk membacanya]

Dendam Leela

Nyanaambigai

“Jangan cakap apa-apa tentang ayah saya. Saya tak nak dengar sebarang berita berkaitan dengannya,” kata Leela dengan suara menyampah. “I hate him! Dialah penyebab kematian ibu saya.”

[Baca lagi]

Sasterawan Kaum India: Melukut atau Menyengat?

Hampir sepuluh tahun lalu, jumlah penulis kaum India yang aktif menulis karya sastera Bahasa Malaysia boleh dibilang dengan jari sebelah tangan. Bagaimana pula keadaannya kini? Baca rencana sastera bertajuk "Sastera Kaum India: Melukut atau Menyengat?" oleh Uthaya Sankar SB dalam majalah Minda keluaran Ogos 2003.

Nandri!

Ashwin Trading, 264A-266A Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur kerana menjadi penaja Sayembara Menulis Cerpen Kavyan-Ashwin Trading. Komitmen pihak tuan menyemarakkan semangat Kavyan.

Dalam Cermin Iman Raja Rajeswari Seetha Raman

KLIK DI SINI UNTUK MEMBACA PUISI DI ATAS

VignesView

Most of us are not good listeners as we always pretend to listen, get frustrated, don't pay enough attention, don’t focus or even dream when our friends are talking to us. But the situation is totally contrasting now, says Vigneswaran Kannan. [Read his view]

Demi Mantera Sanjivini

Dikisahkan dalam Mahabharata bahawa pada suatu ketika, berlaku persengketaan antara golongan dewa yang menghuni kayangan dan golongan asura atau raksasa yang menghuni bumi. Golongan dewa beranggapan mereka lebih berkuasa dan lebih istimewa berbanding golongan asura yang dianggap berkedudukan lebih rendah. Apakah pengajaran daripada kisah ini? Baca kisah sepenuhnya

Kampungku Kogilavani

Ibuku Sharuhasan

Bapa Tersayang S. G. Prabhawathy

Budaya Indah Gopala Nair

Ilmu & Hiburan Subra

KLIK DI SINI UNTUK MEMBACA PUISI DI ATAS

Perjuangan Berterusan - 4

Masa terus berlalu. Anak-anak Chellam semakin membesar. Walaupun mereka hidup susah, semangat mereka sangat kental. Anak-anak Chellam tidak pernah menganggap diri mereka ada kekurangan berbanding rakan-rakan yang berasal daripada keluarga yang kaya. Sebaliknya, kemiskinan keluarga menjadi motivasi kepada anak-anak Chellam untuk belajar lebih bersungguh-sungguh.

Baca kisah benar Chellam dan anak-anaknya di >>> sini

Apakah pandangan, komen, saranan dan kritikan saudara terhadap surat berita Kavya? Sudikanlah mengisi Buku Tetamu >>>

Kavya & Kavyan Guestbook
Baca Komen
Tulis Komen

Surat berita Kavya diusahakan oleh Kavyan mulai September 1999 untuk diedarkan kepada para ahli secara percuma. Mulai Julai 2002, surat berita ini mula dimuatkan di laman web. Kavya bertujuan menyebar luaskan maklumat mengenai karyawan, sasterawan dan seniman di kalangan kaum India di Malaysia; tanpa bernaung di bawah mana-mana parti politik atau pertubuhan lain. Orang ramai digalakkan mengirim bahan yang sesuai untuk dimuatkan dalam surat berita ini. BACA PANDUAN LENGKAP di www.syarat.cjb.net © Karya: Para Penulis. Editor: Uthaya Sankar SB Tel: 013-3913278 E-mel: [email protected]  Barcode - Kavya ISSN: 1675 - 4042

Kembali ke Laman Utama Kavya 2003

Hosted by www.Geocities.ws

1