Kavya, Ogos 2003

          

Dalam Cermin Iman

Raja Rajeswari Seetha Raman

    

Dalam cermin iman

aku kuburkan

kitab khurafat

yang kuasai pintu kalbu

 

Dalam cermin iman

aku kupaskan

buah amarah

yang suburi padang minda

 

Dalam cermin iman

aku luruhkan

daun dengki

yang hiasi pohon fikir

 

Dalam cermin iman

aku lucutkan

tali tegar

yang diami kepala yakin

 

Dalam cermin iman

aku tanggalkan

kain takbur

yang selimuti jasad jahil

 

Dalam cermin iman

aku tidurkan

api dendam

yang jajahi sukma hijau

 

Dalam cermin iman

aku temui kekasihku

aku sujud ke Kiblat-Nya

Kaabah- Nya.

   

Dewan Agama dan Falsafah, Julai 2003

Kampungku

Kogilavani

    

kampungku tidak terdapat di peta

kerana ia kecil sahaja

kampungku tidak dikenali ramai

kerana ia masih mundur

kampungku tidak melahirkan jutawan

kerana penduduk miskin belaka

kampungku tetap jadi kebanggaan

kerana aku lahir di sini

Aulong Lama nama diberi

kebanggaanku dulu dan kini

   

NILA, 15 Julai 2003

   

Ibuku

Sharuhasan

   

engkau memberi cahaya hidup

engkau membuka mata hatiku

engkau membawa aku ke dunia

engkau mengajarku selalu

kini masa untuk aku membalas

segala jasamu, ibuku

melalui sajak ini

     

NILA, 15 Julai 2003

Budaya Indah

Gopala Nair

   

Jangan lupa pada budaya

Kerana itu lambang bangsa

Kalau hilang budaya bangsa

Hilang pula identiti kita

 

Pakaian, makanan, budi bicara

Itulah antara budaya kita

Jangan malu mengamalkannya

Walau di mana kita berada

 

Pakailah sari, pakailah vesti

Sebutlah “vanakam”, sebutlah “nandri”

Jika bukan kita amalkan

Siapa pula akan gunakan

 

Budaya kaum India amat kaya

Cuma kita yang sering terlupa

Kita berasa segan, tidak selesa

Sedangkan itu budaya indah

 

Janganlah kita terus leka

Hanyut dengan budaya asing

Amalkanlah budaya sendiri

Pasti kita disanjung nanti

     

NILA, 15 Julai 2003

Bapa Tersayang

S. G. Prabhawathy

   

Zaman kanak-kanakku

penuh gembira

serba lengkap

penuh memori manis

 

Pakaian seragam kau

sungguh mengagumkan

Kau segak

gagah perkasa

menggerunkan setiap anak kecil

yang memandang

 

Appa,

kasihku kepada kau

tidak berbelah bagi

Pengorbanan kau

teguran kau

tak pernah aku persiakan

 

Kini masa telah berlalu

kau semakin dimamah usia

daya ingatan semakin merosot

Namun kau masih

menyayangi, menyanjung

dan menghormati kau

 

Ketabahan kau

menghadapi dugaan

menjadi pedoman

Kua nakhoda yang baik

Melayarkan bantera

keluarga bahagia

 

Appa,

aku doakan

Tuhan panjangkan usia

agar anak-anakku

dapat meramah mesra

mengenal “taatha” tersayang

dengan lebih rapat

 

Appa tersayang,

terima kasih

atas segala jasa

     

NILA, 15 Julai 2003

Ilmu & Hiburan

Subra

   

Pergi ke kolej sebagai hobi

Kerana didesak ibu dan ayah

Bukan sahaja menimba ilmu

Tetapi juga untuk bergembira

Dapat bertemu rakan baru

Untuk berbual dan berbicara

Ilmu bukan sahaja ada di buku

Tapi juga dalam perbincangan

Pelbagai ilmu harus ditimba

Untuk menjadi manusia berguna

Hosted by www.Geocities.ws

1