Catcha Malaysia
Main Special Saltwater Estuary Freshwater Prawning Species Workshop First Aid Hot Spot


Send Me Your Comment, Suggestion, Etc : Click Here

Etika Memancing

Membawa balik ikan yang diperlukan sahaja
Tidak membuang sampah merata-rata
Sentiasa meningkatkan ilmu memancing dan pengendalian bot
Mematuhi peraturan memancing dan pengendalian bot
Menghormati hak-hak pemancing lain
Menghormati peraturan padang pancing persendirian
Menyebarkan pengetahuan
Menyokong usaha-usaha pemuliharaan alam sekitar
Tidak melepaskan ikan dan tumbuhan keperairan awam
Berusaha membangunkan sukan memancing


                     Fishing Directory  | Weather Reports
Saltwater Species

Bayan
Nama Saintifik : Pelbagai nama bergantung kepada species
Diet : Ketam, karangan, siput, sotong, udang dan anak ikan.
Habitat : Kawasan batu karang dan berpasir serta pesisir pantai yang berbatu.
Taburan : Hampir seluruh Asia Pasifik.
Belitung
Nama Saintifik : Coryphaena hippurus
Diet : ikan pelagik (kembong, selayang, tamban, selar,bilis, udang dan sotong.
Habitat : Belitung banyak terdapat di laut lepas dan perairan pantai terbuka yang jernih pada kedalaman 60 hingga 200m dengan suhu 22 hingga 31 darjah celsius terutamanya berdekatan dengan unjang (FAD). Sering berpindah randah.
Taburan : Terdapat di kawasan antara Pulau Redang dan Merang di Setiu Terengganu. Tukun Perak, Tuas dan Langkawi di Kedah.
Gerut-gerut
Nama Saintifik : Pomadasys argenteus, P. commersonni, P. maculatus
Diet : Perumpun, udang, anak ikan, ketam kecil, sotong dan cabuk.
Habitat : Kawasan persisiran pantai, pulau dan muara-muara sungai.
Taburan : Kebanyakkan pantai Semenanjung.
Haruan Tasik
Nama Saintifik : Rachycentron canadum
Diet : Anak ikan, sotong, udang dan ketam serta hidupan marin kecil yang lain.
Habitat : Kawasan batu karang, muara sungai dan pantai terbuka.
Taburan : Terdapat di seluruh Semenanjung terutama di kawasan pantai, unjang dan kawasan ikan pelagik.
Pari
Nama Saintifik : Pelbagai nama bergantung kepada species dan famili
Diet : Sotong cumit, sotong kurita, udang, anak ikan, perumpun dan belanak.
Habitat : Kawasan persisiran pantai dan sungai berpasir yang tidak tercemar, kawasan batu karang dan laut lepas.
Taburan : Seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Sembilang
Nama Saintifik : Plotosus sp.
Diet : Udang, anak ketam, perumpun, anak ikan.
Habitat : Anak sungai, sekitar kuala sungai, persisiran pantai dan sungai yang berselut serta berbakau.
Taburan : Seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Sumpit-sumpit
Nama Saintifik : Toxotes Jaculator
Diet : Kebanyakkannya serangga, anak ikan dan rumpai air.
Habitat : Kawasan muara, anak sungai dari kawasan berair masin hingga ke kawasan berair payau.
Taburan : Hampir keseluruhan kawasan kuala dan muara sungai.
Talang
Nama Saintifik : Scomberoides commersonnia- nus, S. lysan, S. tala
Diet : Anak ikan terutama bilis, udang, sotong dan ikan-ikan jenis pelagik.
Habitat : Kawasan persisiran pantai yang bersih dan berbatu karang, pulau di pesisir pantai serta kuala kuala sungai.
Taburan : Terdapat di hampir seluruh perairan pantai yang berpasir dan jernih.
Tebal Pipi
Nama Saintifik : Pomadasys kaakan
Diet : Sotong cumit, sotong kurita, udang, ank ikan, ketam kecil dan perumpun.
Habitat : Persisiran pantai, pulau dan muara sungai hingga kedalaman 60 meter.
Taburan : Kebanyakkan pantai barat Semenanjung.

Freshwater Species

Belida
Nama Saintifik : Notopterus chitala
Diet : Udang dan ikan-ikan kecil.
Habitat : Spesies besar biasanya dijumpai di sungai-sungai besar dan tasik-tasik. Terdapat juga di lombong-lombong. Spesies kecil boleh didapati di tali-tali air dan paya-paya yang bersambung dengan sungai.
Taburan : Sg. Perak dan cawangannya, terutama Sg. Cenderoh, Bersia dan Kenering, Sg. Kelantan, Sg. Golok (Sempadan Kelantan dan Thailand), Sg. Endau, Paya Bungor, Tasik Bera.
Kalui
Nama Saintifik : Osphronemus goramy
Diet : Makanan utama terdiri dari tumbuhan, kadang kala turut memakan serangga dan siput.
Habitat : Kalui sebenarnya ialah spesies impot dan ianya boleh didapati di kolam-kolam, tasik dan kawasan-kawasan sungai yang teduh.
Taburan : P. Pinang, Melaka, Sg. Perak, Tasik Temenggor, Bersia, Cenderoh Kenering dan Tasik Bukit Merah di Perak, Tasik Cini di Pahang, Sg. Muda di Kedah, Tasik Kenyir di Terengganu dan Sg. Endau di Johor.
Kelah
Nama Saintifik : Tor tambroides
Diet : Omnivor. Kelah kecil gemar memakan buah-buahan hutan seperti buah ara, jambu air, neram dan perah. Juga menggemari pelbagai jenis serangga seperti belalang. Kelah besar biasanya memburu ikan-ikan kecil dan haiwan krustacea.
Habitat : Menyukai air sungai yang deras dan bersih serta gemar bersembunyi di dalam lubuk-lubuk berair hitam yang dipenuhi batu-batu pejal dan daun-daun mati di dasarnya.
Taburan : Terdapat dikebanyakan hulu-hulu sungai yang besar di pendalaman seperti Sg. Tembeling, Sg. Lebir, Sg. Terengganu, Sg. Tanum, Sg. Endau, Sg. Selangor, Sg. Muda dan Sg. Perak.
Lampam Jawa
Nama Saintifik : Puntius gonionotus atau Puntius javanicus
Diet : Kangkung, dedak dan sayur-sayuran.
Habitat : Spesies diimpot, oleh itu biasa dijumpai di lombong dan kolam. Boleh ditemui di sungai berhampiran dan terusan.
Taburan : Bergantung kepada pemeliharaan dan pelepasan.
Lampam Sungai
Nama Saintifik : Puntius schwanenfeldii
Diet : Alga dan serangga.
Habitat : Hidup di sungai, tasik dan anak-anak sungai. Mendiami bahagian pertengahan sungai.
Taburan : Selangor, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang.
Patin
Nama Saintifik : Pangasius sp.
Diet : Omnivor, Buah-buahan, cacing, lundi serangga, bangkai reput, ikan-ikan kecil dan udang sungai.
Habitat : Mendiami lubuk yang dalam di sungai-sungai besar.
Taburan : Sg. Perak, Sg. Pahang, Sg. Tembeling, Sg. Jelai, Sg. Lebir, Tasik Cenderoh, bekas-bekas lombong.
Temoleh
Nama Saintifik : Probarbus jullieni
Diet : Moluska bercengkerang, krustacea dan tumbuhan air.
Habitat : Oleh kerana saiznya yang besar, ia lebih banyak mendiami sungai-sungai yang lebar, panjang dan dalam.
Taburan : Hanya terdapat di Sg. Perak (termasuk Tasik Cenderoh) dan Sg. Pahang.
Tengas
Nama Saintifik : Acrossocheilus hexagonolepis
Diet : Omnivor, buah-buahan hutan, serangga dan krustasea.
Habitat : Menggemari anak-anak sungai pergunungan dan hulu sungai. Memerlukan air berkepekatan oksigen tinggi. Selalu bermain dalam jeram sungai berarus deras untuk mencari makanan.
Taburan : Langkawi, Kedah, Perak, Pahang, Selangor, P. Pinang, N. Sembilan, Terengganu dan Kelantan.
Udang Galah
Nama Saintifik : Macrobachium Rosenbergi
Diet : Tidak memilih makanan. Kegemarannya ialah cacing, perumpun, udang kecil, daging ikan dan lain-lain.
Habitat : Mendiami di sepanjang sungai-sungai utama di seluruh Malaysia, dari kawasan berair payau berhampiran muara hinggalah ke hulu-hulu sungai yang berair agak deras.
Taburan : Pantai Barat Semenanjung : Sungai Muda di Kedah, Sungai Perak, Sungai Bernam, Sungai Tinggi, Sungai Selangor, Sungai Linggi, Sungai Muar, Pantai Timur : Sungai Johor, Sungai Sedili, Sungai Endau, Sungai Rompin, Sungai Mercong, Sungai Pahang dan sebagainya termasuklah sungai-sungai di Sabah dan Sarawak.
 
Hosted by www.Geocities.ws

1