Catcha Malaysia
Main Special Saltwater Estuary Freshwater Prawning Species Workshop First Aid Hot Spot
 
Rahsia TENGAS
Oleh : Aznir Malek : PANCING

Bayangkan ketika anda sedang memandu sepanjang jalan di kawasan berbukit-bukau, tingkap dibuka supaya kedinginan bayu pergunungan dapat menerjah masuk. Sedang berpusing-pusing memandu sampai ke sebuah selekoh tajam, anda melewati sebuah jambatan besi lama, peninggalan setia tenaga buruh tempatan sejak zaman jajahan. Di bawahnya, kelihatan berbalam-balam air sungai yang jernih sejuk melimpah turun ke batu-batuan pejal lalu berolak ke dalam lubuk yang gelap. Memang sikap seseorang pemancing pantang jumpa air, lantas anda memperlahankan kelajuan kenderaan anda sambil menjenguk ke bawah, kagum tetapi boleh terfikir, "Ada ke ikan besar kat sini?". Sungainya kelihatan tidak begitu dalam, jadi anda fikir buat apalah bersusah-payah menuruni cerun yang licin semata-mata mahu memancing ikan dalam sungai sekecil itu, Tanpa berfikir panjang, anda terus meluncur ke Bukit Fraser bertujuan melihat burung-burung hutan serta bercuti bersama keluarga.

Tanggapan anda tadi ternyata salah sama sekali, sebenarnya di bawah sana, di sebalik batu-batuan pejal merupakan syurga ikan tengas kejor, ikan yang palmg bertenaga di kawasan sungai-sungai tanah tinggi.

Penghuni Sungai Pergunungan

Tengas merupakan penghuni utama di sungai-sungai banjaran pergunungan. Hidupnya memerlukan air yang sejuk, kepekatan oksigen yang tinggi malah menggemari sungai berjeram. Baginya, menyusur sambil diam setempat dalam arus deras bukanlah perkara sukar. Tabiat ini menjadikannya sangat bertenaga seperti larian Michael Johnson dan lompatan Bubka. Saya pernah menyaksikan loncatan seekor tengas sepanjang 8 inci melepasi air terjun setinggi 10 kaki dengan sekali lompat sahaia!

Saya telah banyak mencungkil rahsia tengas dari rakan sejawat, Harun dari Kuala Kubu Baru, yang digelar 'memerang' oleh penduduk tempatan kerana keberaniannya menyelam untuk memburu tengas di Ulu Selangor. Daripada ceritanya, barulah saya mengetahui, tengas yang besar tidak akan muncul ketika siang hari.

Tetapi apabila matahari terbenam, barulah makhluk ini keluar daripada tempat persembunyiannya di bawah batu-batu besar dan menyusuri kawasan cetek mencari makanan. Harun sememangnya pakar dan amat memahami tabiat tengas kerana telah berpengalaman selama 20 tahun, menjelajah dan menyelam di seluruh pelusuk lubuk dan gua bawah air di Sg. Pertak dan cawangan Sg. Selangor.

Sebenarnya terdapat dua jenis tengas yang dipanggil oleh orang Melayu. Yang paling kecil, Acrossocheilus deauratus yang turut dinamakan ikan daun atau ikan batu. Biasanya ia membesar sehingga ke saiz tapak tangan sahaja, berwarna perak kehijauan, dan boleh dilihat bergerak berkumpulan dalam air tenang dan berpasir dalam anak-anak sungai. Tengas yang sebenar iaitu kejor biasanya bersembunyi dan mendiami lubuk dalam atau jeram yang deras.

Apabila memancing tengas, kita perlu banyak 'mengendap' iaitu bergerak senyap, perlahan dan menyamarkan diri dengan persekitaran. Bagi saya, kaedah mengendap ini lebih penting berbanding pemilihan umpan. Tengas hidup dalam persekitaran yang terdapat makanan mengalir laju mengikut air, jadi spesies ini tidak begitu memilih makanan. Namun walau apapun umpan terbaik yang digunakan, tengas tidak akan menyentuhnya sekiranya ia dapat melihat anda. Jadi, anda perlu berpakaian hijau, berselindung di sebalik batu atau pokok ataupun duduk di bawah bayangan sekiranya mahu mengendap tengas. Berkenaan dengan umpan pula, tengas menggemari pelbagai umpan termasuklah pelet, biskut (campur sedikit kunyit sebagai pewarna) dan juga roti canai! Belalang, cengkerik, cacing dan lundi pasir juga merupakan kegemarannya lebih-lebih lagi dalam air keruh. Umpan utama yang biasa digunakan oleh rakan-rakan saya ialah sejenis serangga yang dipanggil belalang togel, iaitu belalang hijau dengan perut yang bulat gemuk dan kaki belakang yang panjang. Tengas memang pantang nampak belalang ini, pasti disambarnya. Walau bagaimanapun, umpan terbaik apabila air keruh ialah perut ayam.

Peralatan Memancing Tengas

Jika anda ingin memancing tengas pada siang hari dan menjangkakan mampu mendapat ikan kecil katakan lebih daripada setengah kg, peralatan ringan dengan ketahanan 2 hingga 6 paun sudah memadai. Saya suka menggunakan joran halus sepanjang 12 kaki buatan British. Joran ini sungguh kuat dan sesuai untuk memancing ikan besar malah ikan kecil pun dapat memberi kuasa perlawanan yang menarik.

Kekili mendatar jenis kecil dengan sistem tegangan yang licin paling sesuai. Joran yang panjang mungkin menyukarkan bagi yang kurang berpengalaman tetapi banyak kelebihan di sebaliknya. Perairan tengas biasanya kecil dan sempit, oleh itu umpan perlu dilontarkan dengan cara menghayun (bukan melontar) atau hanya menjatuhkan terus ke dalam olak di belakang batu. Jadi joran yang panjang dapat menjalankan tugas ini dengan baik sekali.

Pengawalan hanyutan umpan dan tarikan ikan juga menjadi lebih mudah. Joran jenis ini sukar didapati di negara kita, walau bagaimanapun joran sepaniang 9 kaki juga boleh digunakan kerana ia sudah cukup lembut untuk mengawal tali halus. Gunakan tali perambut sepanjang 20 hingga 25 cm yang diikat pada cili dan batu ladung yang cukup kecil supaya hanyutan umpan kelihatan lebih semulajadi. Untuk ikan kecil, gunakan mata kail bersaiz 16 hingga 10 (skala Mustad). Saiz yang kasar sesuai untuk umpan belalang dan cengkerik.

Kebiasaannya, tengas kecil suka bermain di kawasan sempadan antara air deras dan olak tenang. Cara yang saya suka gunakan ialah dengan melontar umpan ke arah arus deras sambil tali dilepaskan beberapa ela ke hilir, kemudian karau. Umpan akan hanyut ke olak tenang dan biasanya ragutan berlaku apabila umpan melewati sempadan yang disebutkan. Anda tidak perlu merembat joran dengan kuat kerana tengas sangat rakus menyambar umpan. Kejutan yang lembut sudah memadai.

Pengalaman pertama mengail tengas kejor begitu menakjubkan saya. Dengan menggunakan tali halus 3 paun, saya melontar umpan di sebalik batu besar. Seekor tengas merampas umpan lalu memecut laju ke hulu melepasi tiga jeram! Mujur sangkutan mata kail sangat teguh sehingga saya berjaya mendaratkannya tetapi yang memeranjatkan, ikan tersebut cuma sepanjang 8 inci! Oleh itu, sekiranya anda ingin memburu spesies ini lebih-lebih lagi pada waktu malam, sebaik-baiknya gunakan tali yang kasar iaitu 8 hingga 12 paun. Kaedah batu ladung hidup diperlukan, begitu juga dengan saiznya supaya sepadan dengan tali. Dengan ini, lontaran lebih mudah dilakukan dan penyampaian umpan kelihatan seperti semulajadi.

Lubuk Terbaik

Daerah kesukaan tengas pada malarn hari ialah pada bahagian ekor lubuk. Ikan ini lebih berani pada waktu malam kerana perairan yang agak tenang di bahagian tersebut menjadi medan perburuannya. Anda perlu membiasakan diri dengan kawasan sebegini sebelum mengail kembali pada waktu malam lainlah sekiranya anda lebih gemar memancing pokok setiap kali lontaran! Memancing pada waktu malam di dalam hutan serta sungai berbatu amat membahayakan, jadi pastikan anda sentiasa berteman.

Gewang

Peluang memperdaya tengas menggunakan gewang kini semakin tipis serupa dengan kes kelah kerana sungai yang mempunyai tengas yang benar-benar liar semakin berkurangan. Mungkin hanya terdapat di Ulu Endau dan Ulu Kelantan dan sesetengah tempat lain yang dilaporkan boleh menggunakan gewang untuk memikat tengas besar.

Jika anda cukup bernasib baik untuk ke sana, cubalah gunakan gewang kecil seperti gewang pemutar ataupun sesudu berwarna keperakan dengan aksi perlahan jenis Abu Island dan Atom. Selain itu, pancing layang turut sesuai untuk memancing tengas, tetapi perhatian perlu lebih terhadap pokok-pokok hutan yang merimbun di belakang semasa melayang umpan.

Jadi, setakat mana tengas boleh membesar? Saiz yang ada kini kebanyakannya kecil, lebih kurang I kg. Tetapi ini sudah cukup baik jlka menggunakan peralatan pancing yang ringan. Kami pemah melihat tengas sepanjang 3 kaki semasa ekspedisi Ulu Endau dua tahun lepas. Saya menganggarkan beratnya sekitar 5 kg. Walau apapun, saiz terbesar pernah diceritakan oleh Harun, beliau pernah mendapat seekor tengas gergasi di bawah sebuah batu besar di Sg. Pertak, Kuala Kubu Baru pada tahun 60an. Dia terpaksa timbul untuk menambil nafas sebelum menyelam semula untuk memangku naik ikan tersebut.

Apabila diikat pada pemegang motor klasiknya, ekor ikan masih mencecah jalan! Dia menganggarkan berat ikan tersebut lebih daripada 10 kati (7 kg). Kalau macam tu punya besarlah, tentunya hebat sekiranya dapat bertarung dengan pancingan 10 paun!


 
Hosted by www.Geocities.ws

1