Catcha Malaysia
Main Special Saltwater Estuary Freshwater Prawning Species Workshop First Aid Hot Spot
 
Rahsia Sembilang
Oleh : Pok Mud's : PANCING Jun 1999

Sembilang (Plotosus canius), spesies berwarna gelap (berkulit coklat) yang mempunyai panggilan sama di hampir kebanyakan tempat di negara ini sama ada pemancing atau pemakannya sekali. Bawah perutnya berkulit cerah sedikit. Apabila disebut saja ikan sembilang, anda tidak perlu gusar kerana mereka tidak akan bertanya kembali, "lkan jenis apa tu? Macarn mana rupanya?"

Kelebihan ikan yang satu nama perlu diperluaskan kerana banyak lagi spesies yang sama mempunyai pelbagai nama di kawasan lain. Tentu sukar kalau kita sebut 'ikan N' dan orang lain sebut 'ikan C'. Perbahasan tidak perlu untuk membezakan keli dan sembilang. Namun kelebihan ikan sembilang bukanlah terletak pada misai yang jarang, tetapi ia adalah satu dari spesies yang menjadi pilihan terutama di Pantai Barat Semenanjung dan Singapura.

Sembilang mempunyai kulit yang licin hasil dari keupayaannya mengeluarkan lendir untuk rnelindungi kulit tak bersisiknya dari kering apabila berada di tempat yang kurang air. Ramai pemancing sukar memegangnya terutama ketika ia masih hidup, lagipun spesies ini mampu hidup lama tanpa air. Sesetengahnya masih lagi hidup ketika dibawa pulang, kes seperti ini boleh memeranjatkan penyiangnya. Kepalanya berbentuk seperti kun bercerun dan badannya tirus memanjang dan mengecil bermula dari bahagian sengat di atas hingga ke bahagian ekor. Sirip ekornya bersambung di antara satu sama lain dari atas hingga bawah (Ini antara perbezaan ketara antara sembilang dan keli).

Terdapat 3 jenis sembilang yang biasa ditemui di negara kita iaitu sembilang sungai, sembilang karang dan gemang. Gemang adalah spesies berkepala lebih besar dari sembilang biasa dan berkulit cerah sedikit. la merupakan spesies yang lebih besar dari sembilang biasa. Barisan giginya lebih kasar. Ramai berpendapat sembilang apabila besar dipanggil gemang. Sebenamya gemang cuma tergolong dalam keluarga sembilang. Bagi saya, anda boleh membuat perbandingan di antara sembilang dan gemang dari segi ciri-ciri yang saya sebutkan tadi untuk mendapatkan kepastian yang lebih. Dari kecil, kedua-dua spesies ini sudah mempunyai perbezaan 'rupa' tetapi mempunyai sifat yang lebih kurang sama.

Sembilang karang (Plotosus lineatus) lebih kecil dari sembilang biasa dan gemang. la berkulit gelap, mempunyai jalur cerah di badan dan kulitnya lebih cantik dan menarik dari abang-abangnya. Namun begitu anda jangan terpedaya kerana ia mempunyai sengat yang lebih 'power' dari abangnya walaupun berbadan kecil.

Bersengat

Keluarga sembilang mempunyai 3 duri, satu di sirip atas dan sepasang di kiri dan kanan yang tajam atau lebih dikenali sebagai sengat berbisa yang cukup membuatkan mangsa berperang dengan kesakitan lebih kurang 3 hari. Saya sendiri pernah dua kali merasai denyutan bisanya yang membuatkan kawasan sengatan bengkak selama 4 hari. Sakit... malas nak cerita panjang dan anda jangan mencubanya, kes 'naya' adanya. Lebih-lebih lagi sengatnya tersembunyi di sebalik deretan sirip yang lembut seolah-olah ia tidak mempunyai duri yang keras lagi tajam.

la mempunyai 4 misai di bahagian atas bibir mulutnya yang keras manakala 4 lagi di bawah bibir mulut yang bergigi halus tapi tajam. Misai atau sesungutnya (maxillary barbel) di bahagian paling tepi harnpir mengenai sirip dan sengat di kiri dan kanannya yang kesemuanya 4 pasang. Sesungut digunakan sebagai alat pengesan (deria bau) untuk mengesan kehadiran mangsa dan makanan terutama pada waktu malam dan di air yang keruh.

Habitat Dan Sifat

Sembilang gemar meneroka persisiran muara sungai, alur air dan pantai iaitu kawasan berair cetek untuk mencari makanan. Ini dapat dilihat ketika berlakunya perubahan air surut ke pasang (bunga-bunga pasang) di mana spesies bermisai ini akan berenang menyusuri arus di gigi-gigi air dan anak sungai yang berselut dan berpasir. Pemancing perlu menggunakan kasut atau sebarang alas kaki ketika mengharungi sungai untuk menjala dan melakukan aktiviti lain bagi mengelakkan kemungkinan terpijak sengat ikan ini. Satu lagi, 'bisingkan' kawasan sekitar untuk menakutkan ikan ini supaya ia berada jauh dari kawasan pijakan.

Bagaimanapun ketika air surut, spesies ini gemar kepada kawasan bertunggul kayu atau yang mempunyai reba di dasar muara sungai, di kawasan jeti pemunggahan ikan dan dermaga asalkan mempunyai struktur pelindung. Masa ini, ia dikatakan kurang aktif (makan) atau lebih kepada berehat sementara menanti pergerakan air pasang. Bagi mereka yang biasa menyelam di persisiran pantai, kadang-kala anda boleh jumpa sederet ikan sembilang yang jumlahnya melebihi 30 ekor berselindung di belakang kayu.

Ikan sembilang bergerak secara berkumpulan yang besar dan sesetengahnya dilaporkan sehingga beratus ekor. la juga gemar mendiamkan diri pada air yang agak dalam walaupun sifatnya gemar mencari makanan di air cetek. Sembilang karang pula mudah diperolehi di kawasan batu karang atau kawasan pantai Semenanjung.

Peralatan

Sembilang ialah spesies yang tidak begitu besar dan purata beratnya kurang dari 5 kg. Saiz yang biasa diperolehi pemancing ialah dalam lingkungan 500 gram hingga 2 kg. Namun yang bersaiz hingga sekilogram menjadi tumpuan utama peminatnya kerana saiz ini dikatakan ngam-ngam satu kuali. Joran aksi sederhana dengan kekuatan 15 hingga 20 paun sudah memadai. Mata kail untuk sembilang biasanya besar (kegemaran saya, Gamakatsu no 1/0 atau 2/0), atau yang besar sedikit tidak menjadi masalah kerana sembilang mempunyai mulut lebar dan gemar menelan umpan. Mata kail kecil juga tidak menjadi masalah asalkan ia mampu menahan asakan sembilang yang berbibir kasar serta keras.

Selain peralatan memancing, aksesori tambahan yang penting ialah playar, pemotong (untuk membuang sengat), sauk (kalau pancing dari bot atau sampan) atau apa saja yang dapat membuang sengat serta mata kail di mulut. Jangan cuba mengendalikan spesies ini tanpa membuang sengatnya dahulu walaupun anda mengaku seorang 'pro' sebab selagi ia hidup, spesies tok janggut ini tidak mengenal 'pempro', 'pesuka', 'peho' mahupun 'pegi' (pemancing gila. Terima kasih Zainal Masri). Badannya yang licin serta mampu hidup lama tanpa air menyukarkan pemancing yang kurang arif tentang sembilang. Dinasihatkan juga supaya jangan masukkan jari ke dalam mulut ikan ini ketika ia masih hidup walaupun sudah dibuang sengat kerana barisan gigi halus dan tajam serta cengkaman mulutnya boleh melukakan jari anda dengan mudah. Sekali ngap, sudah cukup untuk kita mempelajari kelebihan ikan ini.

Umpan

Sembilang kurang memilih umpan namun seperti spesies lain, ada di antara umpan yang meniadi kegemaran atau diet utamanya. Perumpun adalah yang terbaik selain udang, sotong, siput, anak ketam, kupang (siput sudu) serta anak ikan. Begitu juga penggunaan telur belangkas yang dikatakan paling mujarab untuk mengurnpan sembilang. Kebanyakan pemancing lama menggunakan telur belangkas yang dibakar dan ditaburkan di kawasan pilihan seperti gigi air atau anak muara sungai bagi mengundang sembilang datang sebelum mata pancing dilontarkan dengan umpan perumpun atau isi siput.

Telur belangkas menjadi wangi selepas dibakar dan sembilang dikatakan mampu menghidu kehadiran telur belangkas yang mempunyai protien serta khasiat yang diperlukan. Bukan saja sembilang malah ikan lain juga gemar kepada telur belangkas yang biasa bertelur di gigi air dan kawasan berpasir. Sembilang juga menyarnbar umpan hidup seperti anak belanak, selangat dan bebolos jika ia terjumpa.

Teknik

Cara terbaik memburu sembilang ialah di sekitar kawasan yang menjadi kegemaran spesies bermisai lapan ini seperti yang ditulis di atas. Jika memancing dari pantai, anda perlu mencari kawasan berkuala sedikit atau pantai yang mempunyai anak sungai atau alur air. Labuhkan umpan pilihan terutama perumpun atau isi siput sungai di kawasan sekitar di 'pintu masuk' kuala terutama masa pertukaran arus terjadi sama ada bergerak surut atau mengolak pasang. Sembilang yang lapar akan meninjau kawasan terbabit untuk memburu mangsa sarna ada ketika ia masuk ke dalam atau keluar dari anak sungai tersebut.

Jika memancing dari jeti pula, labuhkan umpan di sekitar tiang jeti atau tempat yang mempunyai reba. Jika arus bergerak laju, sembilang akan bersembunyi di belakang tiang jeti atau reba. Sentiasa tukar tiang jeti atau reba apabila tiada kesan ragutan di kawasan pilihan. Sembilang adalah spesies yang berkumpulan, jika dapat seekor anda boleh tunggu lagi di tempat yang sama sehingga anda pasti kumpulannya sudah beredar ke kawasan lain.

Daya melawan sembilang boleh tahan juga kerana ia kuat menhenjut joran berkali-kali dalam usaha melarikan diri. Dengan joran keciI dan lembut, anda boleh alami sendiri henjutan ini yang membuatkan kita seronok dan lupa ia akan makan diri jika silap mengendalikannya ketika cuba menaikkannya ke atas. Paling tidak, sengat terpacak ke betis 'member'.

Memancing dari atas sampan mempunyai kelebihan yang tinggi dari pancingan pantai kerana pemancing boleh menyusuri anak-anak sungai ketika air pasang untuk memburu sembilang. Sebelum memburu sembilang di kawasan anak muara sungai, sediakan pelindung agas terlebih dahulu supaya anda tidak 'gatal telinga'. Untuk pemancing baru, jika ada kawan yang mengajak memancing sembilang di sungai sediakan dahulu pelindung diri kalau tidak mahu terseksa badan. Bagi yang tidak berkulit manja, kesannya mungkin berkudis di kawasan gigitan serangga kecil ini.

Jika memancing di anak muara sungai, pilihlah kawasan reba pokok bakau kerana sembilang gemar bermain di kawasan terbabit. Sedia membalas dengan cepat dan elakkan ikan melarikan tangsi anda ke arah reba jika tidak mahu kehilangannya. Sembilang bijak menyelinap ke bawah reba dengan kepantasan yang tidak dijangka, apabila tali pancing sudah tersangkut di bawah, ia enggan keluar sehinggalah pemancing 'fed-up'.

Kuali

Tanyalah orang yang 'hantu sembilang', apa masakan yang paling sedap untuknya. Masyarakat Jawa gemar sembilang yang digoreng berlada seekor tanpa dipotong dua dan saiz sekitar sekilogram menjadi tumpuan utarna masakan ini. Pakcik saya yang dahulunya tidak gemar makan sembilang, sekali kena masakan tumis sembilang orang Muar, ummmp.. barulah beliau percaya yang rasanya enak sekali jika kena cara masak dan kenapa ia begitu menjadi pilihan kebanyakan orang. Sebelum ini beliau suka sedekahkan kepada jiran jika memperolehi sembilang.

Harga sembilang di pasaran sekitar RM10 sekilogram, kalau mahukan yang murah dan segar lebih baik pancing sendiri. Selagi muara sungai kita tidak dicemari, hutan kayu bakau dijaga dan diseliakan dengan sempurna dan kawalan terhadap pencurian kayu bakau diperketatkan, sembilang mampu menjamin keturunannya di masa hadapan. Bila ia banyak, harga tentu tak naik macam ayam sekarang ini.


 
Hosted by www.Geocities.ws

1