Catcha Malaysia
Main Special Saltwater Estuary Freshwater Prawning Species Workshop First Aid Hot Spot
 
Rahsia Belitung
Oleh : Pok Mud's : PANCING

Sekarang ini ramai yang dah kenal belitong atau nama Inggerisnya ialah Dorado, Lemadang (Indon), Mahi-Mahi (Hawaii, Dolphin (Florida) yang diberi liputan meluas dan sering terpampang di dada majalah dan akhbar. Belitong jantan mempunyai kepala yang agak membonjol sedikit jika dibandingkan dengan spesies betina. Sirip dorsal belitong jantan agak rapat di bahagian kepala yang membonggol dari spesies betina.

Spesies ini mempunyai kombinasi warna badan yang cantik terutama apabila di dalam air. Warna biru metalik untuk tompokkan bintiknya dengan warna hijau menawan badan bertukar kekuningan dari tengah badan sehingga bahagian perut. Warna sirip dorsal pula gelap seperti kehitaman. Warnanya pudar dengan cepat apabila dinaikkan ke atas bot. Semakin besar spesies, semakin cantik kombinasi warna badannya. Sekalipun badan kelihatan leper, belitong berkeupayaan membuka luas mulutnya kira-kira 3/4 dari lebar bahagian kepala.

Barisan gigi yang tajam dan halus mampu mencengkam mangsa dengan mudah (sekali 'ngap') dan tidak boleh terlepas lagi. Matang pada usia 5 buIan selepas dilahirkan. la dilaporkan mampu membesar sehingga 126 cm untuk si jantan dan I12 cm untuk betina dengan lingkungan berat sehingga 40 kg! Rekod secara rasnii tangkapan terberat untuk belitong ialah 39.6 kg atau 87 paun pada tahun 1976 di Costa Rica. Di negara kita saiz purata belitong yang dipancing sekitar 50 hingga 100 cm dengan purata berat di antara 2 hingga 18 kg. Yang terbesar pernah saya pancing hanya sekitar 6 kg.

Habitat Dan Sifat

Ikan belitong bersifat gemar membuat lompatan ke udara sebaik saja merasakan tali tangsi berada di mulutnya dan ketika mula-mula melarikan umpan. Dilaporkan ia mampu meloncat ke udara sehingga 20 kaki. Jurukamera yang berpengalaman sahaja yang mampu merakamkan aksinya ketika di udara kerana ia berlaku hanya seketika. Sesuai dengan sifat yang suka memburu kawanan ikan-ikan pelagik, ia mudah ditemui di kawasan unjang (FAD) yang biasanya ada kawanan anak ikan bermain. Belitong bukanlah satu spesies yang gemar mendiami satu-satu tempat, ia biasanya bergerak secara bekumpulan dari satu kawasan ke satu kawasan yang terdapatnya kumpulan ikan pelagik yang mengikuti pergerakan arus.

Ikan-ikan pelagik pula gemar bermain di kawasan unjang yang kebanyakannya dibuat oleh nelayan pukat cerut. Apabila kegiatan menangkap ikan dilakukan oleh nelayan pukat cerut ini, sekelip rnata ikan-ikan pelagik ini hilang ke atas bot dan yang terlepas lari cuma sedikit. Akibatnya anda perlu tunggu seminggu dua sebelum kehadiran kawanan ikan pelagik baru mampu menarik ikan-ikan yang lebih besar untuk datang berkunjung. Jika kawasan perairan negara dipenuhi dengan unjang buatan, nescaya jumlah spesies ikan yang cantik ini akan bertambah. Ikan ini aktif pada waktu dinihari dan jarang dipancing pada masa gelap. Di Pantai Timur terutama gugusan pulau di Terengganu, Pahang dan Johor, musim yang paling banyak belitong ialah di antara bulan Mac hingga Julai. Paling baik sebaik saja musim tengkujuh berakhir kerana kawanan ikan ini dikatakan akan lebih rapat ke pantai.

Peralatan

Anda gemarkan aksi dan kepuasan sukan memancing? Jika ya, paling elok dan sedap bermain dengan belitong ialah menggunakan peralatan aksi ringan dengan tangsi berkekuatan di antara 10 hingga 16 paun. Joran aksi ringan dan jenis parabolic terutama jenis grafit untuk tindakbalas cepat paling sesuai digunakan lebih-lebih lagi ketika henjutan si belitong yang cuba melepaskan diri. Kekili dipadankan ikut suka anda asalkan berpadanan dengan joran dan saiz tali yang disyorkan.

Kerana tak percaya, ada juga yang 'taruk' tali 50 paun untuk kekili yang hanya disyorkan maksimum tangsi 12 paun oleh pengilang! Kata orang, pakai kapcai tapi letak spoket motor 500 cc. Manakala untuk mata kail, purata saiz yang disyorkan ialah no 2/0 hingga 4/0 sama ada jenis umpan hidup atau jenis lurus panjang kerana belitong agak rakus menyambar umpan.

Catatan rekod menunjukkan ikan ini boleh ditewaskan dengan tangsi yang halus dan bergantung kepada kepakaran individu tersebut bermain, gabungan 'skill', kesabaran untuk mendaratkan ikan, mengendalikan peralatan dan seterusnya nasib agar tangsi tidak putus di pertengahan jaIan. Yang penting ialah bagaimana tangsi halus digunakan ketika mula menyentap

Rekod IGFA menunjukkan ada pemancing yang menggunakan tangsi 2 paun dan berjaya dengan tangkapan 15 kg ke atas, saya rasa ia patut diberi perhatian dan kita perlu mempelajari teknik darinya bagaimana tangsi sekuat dan serapuh tali benang boleh menarik spesies 20 kali lebih kuat. Kalau ada di negara kita, pemancing itu memang 'terror'!

Bagaimanapun, perambut yang digunakan adalah lingkungan 20 hingga 50 paun jenis tangsi atau dawai. Satu perkara lagi, jarang ada pemancing di negara kita menggunakan tangsi 2 hingga 6 paun ketika turun di laut termasuklah saya sendiri!

Teknik Dan Umpan

Sesuai dengan diet utama, spesies yang berwarna cantik ini memburu ikan pelagik, jadi umpan terbaik adalah di kalangan ikan-ikan pelagik terutama yang masih hidup. Spesies pelagik yang biasa ditemui di unjang termasuklah selayang, selar, kembong, pelaling, selar kuning, tamban sisik, tarnban biru dan juga spesies kecil seperti ikan bilis. Kehadiran ikan belitong mudah dikesan oleh kebanyakan pemancing kerana tabiatnya yang gemar meloncat ke udara. Jika kena pada masanya, sebarang umpan hidup mahupun mati tidak menjadi masalah. Nescaya belitong akan menyambar umpan tersebut sebaik saja ia dilemparkan.

Saya lebih senang menggunakan perambut tangsi (monofilament) berkekuatan 30 hingga 50 paun sepanjang sedepa ke atas berbanding menggunakan perambut dawai. Kalau menggunakan perambut tangsi (biasa), umpan kelihatan lebih hidup terutama ikan mati apabila dibuai arus. Belaian arus merangsang pemangsa datang menyiasat dan seterusnya meragut ikan 'hidup' itu. Jika menggunakan perambut biasa, lakukan pemeriksaan setiap kali anda mendaratkan ikan terutama berdekatan dengan ikatan mata kail supaya ia bebas dari kesan-kesan calar atau genting. Potong saja bahagian calar jika perlu. Kaedah menunda dan balingan gewang juga mendatangkan kesan positif jika kena masanya.

Kuali

Belitong mempunyai isi yang agak liat berbanding pemburu ikan pelagik yang lain. Rasanya agak tawar sedikit. Oleh kerana lapisan kulit luar yang tebal dan liat, kebanyakan penggemar belitong mengambil isinya sebagai hidangan. Di Hawaii, spesies ini menjadi pilihan pengusaha hotel sebagai hidangan istimewa. la dimasak secara 'grill' atau goreng dengan mentega, lada hitam dan sedikit garam. Masyarakat Cina suka masakan stim atau digoreng setelah isinya dipotong nipis-nipis dan dicelup dengan telur.

Di negara kita, ia dijual sebagai ikan basah dengan permintaan yang kurang berbanding tempat-tempat lain. Paling diminati oleh kebanyal penggemar spesies ini ialah ianya dikeringkan dan 'dikeraskan' sebagai bahan hiasan pada ruang tamu atau kedai pancing. la cuma untuk golongan yang berkemampuan sahaja. Amalkan TAGAL untuk si kecil agar kita dapat terus merasai aksinya di masa akan datang.


 
Hosted by www.Geocities.ws

1