Catcha Malaysia
Main Special Saltwater Estuary Freshwater Prawning Species Workshop First Aid Hot Spot
 
Rahsia Bayan
Oleh : Pok Mud's : PANCING

Walaupun ia berasal dari dua famili yang berbeza iaitu , dari jenis Wrasse (Bechok) dan Parrotfish (Kakak tua), ikan ini lebih dikenali sebagai Bayan oleh kebanyakan pemancing dan nelayan tempatan untuk mewakili kedua-dua famili spesies yang mempunyai pelbagai bentuk, warna dan saiz ini. Taburannya amat ketara dan boleh dijumpai di hampir kesemua kawasan perairan negara terutama persisiran pantai yang berpulau. Ikan ini lebih popular dengan panggilan Ketarap di Johor.

Kedua-dua spesies ini adalah dari jenis hidupan marin yang gemar bertumpu pada kawasan batu karang (coral reefs) sama ada di air cetek hingga yang lebih dalam. Jarang ditemui berlegar di kawasan berpasir yang jauh dari kawasan batu karang. Bayan adalah spesies yang tidak ganas dan tidak merbahaya kepada manusia. Sesetengah dari keluarga ini dianggap jinak oleh kebanyaan penyelam.

Bayan Bechok (Wrasse)

Spesies bayan ini menjadikan seorang rakyat Malaysia telah berjaya mencipta rekod International Game Fishing Associasion (IGFA) pada April 1997. Vincent Yeo berjaya memancing spesies Maori Wrasse atau lebih dikenali dengan panggilan Napoleon yang berbadan hijau seberat 19.8 kg di kepulauan Seychelles.

Bayan wrasse ini mempunyai warna badan yang cantik dengan pelbagai bentuk dan saiz. Badan lebih memanjang dan tidak begitu gempal berbanding bayan Parrotfish. Mulut sederhana besar dengan bibir yang tebal dan agak keras seperti bibir orang negro. Bergigi kapak dan besar di barisan hadapan serta gigi-gigi kecil di bahagian dalam yang berlapis. Gigi kapak kebanyakannya menonjol keluar sedikit. Sirip belakang atau ridip jenis ini agak memanjang manakala sirip ekor pelbagai bentuk dan corak warna.

Sejumlah 20 spesies bayan boleh di temui di perairan negara kita yang rata-ratanya gemarkan kawasan berbatu karang serta kawasan berpasir yang berhampiran, antara yang paling popular di kalangan pemancing ialah Bayan Hijau atau Choerodon schoenleinii. la juga boleh ditemui di pesisir pantai yang mempunyai tompokan batu karang kecil untuk mencari makanan. Spesies bayan yang lebih kecil dikenali sebagai Labroides dan spesies yang besar dikenali sebagai Cheilinus yang dikatakan boleh memanjang sehingga 4.5 meter (14 kaki) dan boleh membesar sehingga beratus-ratus kilogram. la mudah dikenali kerana ia digolongkan sebagai ikan tropika oleh pengkaji hidupan marin (ikan tropika ialah ikan yang berwarna-warni).

Bayan Kakak Tua (Parrotfish)

Bayan jenis keluarga kakak tua ini mempunyai kombinasi warna yang lebih cantik dari sepupunya Wrasse. la dikatakan memiliki dua fasa (peringkat) warna, yang jelas ketika hayatnya iaitu fasa permulaan dan fasa akhir. Pada fasa permulaan, ikan bayan jenis ini matang untuk kedua-dua jantina (hampir keseluruhan betina) manakala apabila mencapai pada fasa akhir yang betina akan bertukar menjadi jantan.

Kombinasi warna yang terdapat pada badannya dirujuk untuk menentukan jenis serta fasa. Warna juga berubah mengikut pembesaran dan perubahan pada jantina. Ikan bayan yang paling popular di kalangannya ialah (Bolbometopon muricatum) atau 'Bumphead Parrotfish' yang mempunyai bonggol di atas bahagian kepala yang boleh membesar sehingga hampir 100 kg. la dipercayai yang terbesar di kalangan keluarga bayan.

Jenis kepala benjol ini mempunyai gigi kapak yang tajam dan. mampu memutuskan tali dengan mudah. la menggunakan kelebihan benjol di kepala untuk memecahkan cengkerang dan karang sebelum menggunakan gigi yang kuat untuk proses seterusnya. Dikatakan banyak terdapat di Pulau Terumbu Layang-Layang dan Sipadan di Sabah dan tidak merbahaya kepada penyelam. Malah penyelam biasanya senang dikelilingi spesies ini.

Peralatan Dan Teknik

Tidak semua spesies ini menyambar tali pancing terutama yang bersaiz kecil. Kalau yang terlalu besar pemancing pula yang tidak mampu bertahan dengan kekuatan gigi kapak yang dimiliki olehnya. Sama ada perarnbut atau mata kail yang tewas di pertengahan jalan. Memancing ikan bayan mempunyai kaedah tersendiri dan ia amat sukar untuk diperolehi sekiranya teknik yang betul tidak diamalkan. Yang terbaik umpan jangan dilabuhkan terus ke dasar kerana ia pasti tersangkut di celah-celah karang mahupun ketika umpan dilarikan.

Peralatan seperti joran aksi menengah hingga sederhana disyorkan dengan kekuatan tali mengikut pilihan pemancing. Kalau mahu aksi yang lebih, tali berkekuatan 30 paun adalah 'standard' seorang 'Peho' (pemancing hobi), bukan pengail yang mengunakan tangsi kasar sehingga 200 paun. Perambut terbaik adalah perambut dawai yang kuat dan tidak mudah putus. Mata pancing juga perlu kuat dan mempunyai ketajaman dan ketahanan dari patah. Mata juga janganlah terlalu besar kerana rata-rata spesies bayan ini mempunyai mulut yang kecil dan tabiat makan secara mengutis.

Bayan adalah spesies yang tidak rakus seperti pemangsa yang lain apabila melihat makanan. Namun di terumbu Layang-Layang di Sabah yang dikatakan banyak terdapat spesies bayan kakaktua yang besar, kebanyakan pemancing menggunakan dawai.brek basikal sebagai perambut dengan koyan tangsi berkekuatan lebih dari 200 paun. Itupun kadang kala ramai juga yang tewas dengan bayan yang mempunyai kelebihan gigi kapak yang besar dan sedikit menonjol keluar di kawasan terumbu karang berair dalam.

Masa

Bayan adalah spesies yang suka tidur di waktu malam dan ia pasif pada waktu tersebut. Kalau anda seorang penyelam dan biasa menyelam di waktu malam di kawasan berbatu, mungkin anda pernah ternampak si bayan yang tidur lena sambil menyorok di celah-celah batu. Bayan kembali aktif mencari makanan sebaik saja fajar mula menyinsing dan sebelum mencari tempat beradu apabila ufuk barat memancar warna merah di waktu petang.

Seperti yang dijelaskan di atas, masa terbaik untuk memburu bayan atau ketarap ialah menjelang subuh sehingga waktu petang. Di waktu tengahari kebanyakan bayan hanya berlegar atau bermain di kawasan berbatu dan dikatakan tidak berminat dengan umpan. Awal pagi, bayan aktif mencari makanan setelah menghabiskan waktu malam dengan berehat dan tidur. Sekiranya pemancing tahu kawasan pilihan bayan nescaya ia tidak akan pulang dengan tangan kosong.

Umpan

Umpan terbaik adalah ketam yang sebesar tiga jari untuk seekor atau yang dipotong sama ada dua atau empat bahagian untuk ketam yang lebih besar. Jenis ketam yang terbaik adalah ketam hijau iaitu sejenis ketam yang biasa terdapat di batu-batu di pantai. Ketam jenis ini tidak besar dan amat sesuai untuk umpan hidup. Menangkap ketam jenis ini pula memerlukan kecekapan kerana ia amat takut kepada kedatangan manusia dan mudah menyorok di celah-celah batu.

Selain itu ketam renjong, ketam ragi atau ketam harimau boleh menjadi pilihan altematif sekiranya sukar untuk menyediakan ketam pilihan bayan ini. Perhatikan ilustrasi kaedah mencangkukkan umpan ketam ini. Umpan hendaklah diampai atau digantung di atas kawasan berbatu kira-kira satu meter atau lebih dari dasar dan jangan dilabuhkan sama sekali di dasar untuk mengelakkan pancing anda tersangkut sebelum hasil diperolehi.

Merembat bayan haruslah kuat agar mata pancing mudah tersusuk pada bahagian mulut yang keras dengan bibir seperti bibir negro yang tebal itu. Selain itu, umpan seperti hirisan sotong, cengkerang, siput dan kepah / kupang / teritip dan sebagainya boleh digunakan juga untuk memancing bayan. Menggunakan hidupan yang mempunyai cengkerang yang keras tidak menjadi masalah untuk memancing bayan, sesuai dengan barisan gigi kapak yang dimilikinya.

Citarasa

Bayan yang mempunyai kombinasi warna hijau muda, merah adalah bayan yang mempunyai rasa yang sedap dan paling popular di kalangan penggemarnya. Bayan jenis ini adalah berbadan gempal dan bersaiz sederhana. Bayan hijau adalah yang paling sedap di kalangan bayan yang terdapat di negara kita selain yang memiliki warna perang kekuningan juga tidak ketinggalan dijual di pasar. la biasanya dimasak dengan kaedah kukus. Namun menggulai dan goreng berlada juga enak dimakan, ditambah pula bersantai di atas bot yang sedang bergoyang.

Kebiasaannya spesies yang biasa dijual di pasar adalah yang mempunyai permintaan tinggi. Sebaliknya yang mempunyai pelbagai warna badan jarang dilihat di pasar kerana ia bersaiz kecil dan ramai tidak gemar memakannya kerana kombinasi warnanya lebih bersifat ikan peliharaan.






Bayan Perang (Scarus ghobban) dan Bayan Merah dari Pulau Sembilan


 
Hosted by www.Geocities.ws

1