Catcha Malaysia
Main Special Saltwater Estuary Freshwater Prawning Species Workshop First Aid Hot Spot
 
Rahsia Sumpit Sumpit
Oleh : Pok Mud's : PANCING

Sumpit-sumpit boleh dijumpai di hampir keseluruhan perairan negara terutama di kuala sungai, anak sungai dan kawasan jeti nelayan tempatan. la memang tidak asing lagi bagi kebanyakan penghuni serta pemancing berdekatan kawasan tersebut. Ikan ini mendapat nama daripada tabiat semulajadi dan kepakaran yang dimiliki untuk memburu mangsa di atas air, satu kelebihan yang jarang dijumpai dan ia juga dianggap ikan yang unik.

Bentuk kepala agak tirus meruncing serta membesar ke arah belakang. Badan menirus dari atas ke bawah. Sekali pandang dari atas, ia kelihatan gemuk dan tidak mempunyai corak di bahagian atas badan. Kombinasi warna dan corak badan dari pandangan sisi adalah kuning bertompok hitam. Ekor sesetengahnya berwarna biru kelabu dan sisik ikan sumpit ini agak besar. Mulut yang mendongak ke atas sesuai untuk kerja-kerja memancutkan air ke udara atau ke arah mangsa.

Rupa bentuk mulutnya seperti kelisa dan arowana serta terdapat lapisan gigi halus di tepi mulut. Terdapat hanya 1 jenis sesumpit yang diketahui wujud dalam keluarga Toxotidae ini. Saiz maksimum yang dilaporkan pernah ditemui mencecah 0.3 meter atau sekaki panjang. Yang biasa ditemui kebanyakannya sebesar tapak tangan dengan berat purata 100 hingga 300 gram.

Habitat Dan Sifat

Ikan yang berkemampuan mengintai mangsa di dunia yang berbeza ini agak pemalu dan suka berselindung di bawah permukaan air di kawasan tertutup seperti di bawah rimbunan pohon, celah tiang jeti, tepi-tepi bot nelayan dan kawasan benteng sungai. Habitat ini juga merupakan kawasan yang mudah baginya mencari makanan yang kebanyakan terdiri dari jenis-jenis serangga seperti lipas (Iipas rumah dan lipas laut), anak-anak ikan dan lain-lain.

Corak dan warna badan yang dimiliki memberikan kelebihan untuk menyamar sambil mendekati mangsa pada jarak yang sesuai sebelum membuat satu sumpitan air ke arah mangsa yang leka. la akan menerkam sebaik saja mangsa jatuh ke air. Tabiat menerkam mangsa dengan pantas diperlukan agar mangsa tidak jatuh ke tangan pemangsa lain terutama anak ikan gerpoh yang gemar mencuri makanan dari sesumpit. Dahulu, fenomena ini biasa dilihat di kampung saya yang sering kelihatan ikan gerpoh mengekori ikan sesumpit tersebut.

Sesuai dengan sifat semulajadinya yang suka memburu makanan di atas dan di permukaan air, sesumpit banyak menghabiskan masa lapang dengan aktiviti meronda kawasan setempat dan jarang terkeluar dari sempadan kawasannya. Waktu malam, ia banyak berkumpul di anak-anak sungai kecil terutama di kuala anak sungai tersebut dan kawasan berharnpiran tiang dan bot.

Peralatan

Spesies yang menggunakan kaedah memburu makanan seperti 'Orang Asli' ini boleh dikatakan kuat melawan dan mempunyai daya juang yang tinggi, tidak padan dengan saiz badannya. Ini adalah antara salah satu spesies yang paling saya suka memancing di waktu sekolah dahulu. la banyak ditemui di tepi jeti bandar Cukai, Kemaman sehingga Kuala Kemaman. Peralatan yang digunakan ketika itu hanyalah joran buluh cina atau ranting pokok tembusu. Paling tidak, joran lidi pucuk nipah.

Tangsi berkekuatan 10 paun dengan harga 20 sen segulung dipadankan dengan mata ikan no. 20 (saiz seperti mata udang no. 8). Memancing sumpit-sumpit tidak memerlukan perambut, sebaiknya mata kail terus saja diikat pada tali utama tanpa sebarang pemberat atau cili. Teknik ini saya masih gunakan sehingga sekarang jika gian sekali-sekala mengail ikan sesumpit seperti rajah teknik memancingnya yang dipaparkan.

Bagaimanapun sekarang ini joran sedemikian jarang lagi digunakan. Banyak joran kecil seperti joran udang dijual di serata kedai pancing. Joran aksi ringan dengan tangsi 5 hingga 10 paun diperlukan untuk memancing sesumpit. Kalau tidak, pakai apa saja yang ada tergantung kat dinding rumah tu! Asal boleh, kira O.K la tu!.

Umpan Dan Teknik

Untuk memancing ikan sesumpit, anda perlu cari lokasi persembunyiannya dahulu. la sukar untuk dipancing tanpa mencari kedudukan ikan sesumpit tersebut. la bijak mendiamkan diri serta menyamar di bawah air. Setelah lokasi dan kehadiran ikan sesumpit dikenal pasti, faktor kedua penting ialah umpan yang sesuai.

Baru-baru ini ketika memancing di Sg. Kemaman, ada seorang lelaki Cina yang begitu terpesona dengan gelagat sumpit bermain di tepian jeti. la begitu beminat untuk mencuba dan bertanyakan teknik memancing sesumpit tersebut. Setelah diajar, masalah umpan timbul kerana sukar untuk mendapatkan makanan kegemaran sesumpit pada waktu siang iaitu lipas laut. Anda perlu cari tempat yang gelap dan kawasan yang berbau hanyir seperti bekas tong ikan kayu lama atau dalam bot nelayan. Atas sampan saya di Klang pun ada lipas ini menumpang. Akhirnya beliau mencuba lalat untuk dijadikan umpan.

Satu mata kail udang bernombor 10 dicangkukkan lalat sehingga memenuhi mata kail tersebut. Hasilnya, sesumpit tidak berminat sama sekali. la tidak begitu berselera dengan lalat! Teknik paling sesuai ialah seperti yang dilakarkan dalam illustrasi 'Teknik Memancing'.

Saya pernah memperolehi berbelas ekor ikan sesumpit dalarn masa setengah jam memancing di Pulau Ketam. la berlaku secara tidak sengaja ketika kami memancing SM di tepi reba pokok kayu yang waktu itu sesumpit begitu berminat merembat umpan hirisan ikan kembong. la menyambar setiap kali umpan dicampak ke kawasan tersebut sehinggalah kami terpaksa menukar teknik memancing SM ke sesumpit. Daya lawan sesumpit boleh tahan juga berbanding dengan saiz yang diperolehi.

Kuali

Ikan sesumpit amat jarang dijual di pasar mahupun di pasar malam dan ianya bukanlah ikan komersial yang bernilai kepada masyarakat tempatan. Secara tak langsung, sesumpit kurang popular di kalangan suri rumah mahupun 'chief cook'. Ikan sesumpit sesuai dijadikan ikan peliharaan sahaja dan berkemampuan hidup dalarn air payau.

Masyarakat kampung atau yang tinggal berdekatan dengan kuala dan sungai air payau menjadikan pancingan ikan sesumpit sebagai salah satu hidangan keluarga. la biasa digoreng atau dimasak kuah asam. la terpulang kepada juadah setempat. Bahagian kepala ikan ini biasanya dibuang ketika disiang. Mungkin juga ramai yang kurang berminat dengan ikan ini kerana ia gemar kepada serangga... seperti kecantikan ikan kelisa. Rasanya sukar digambarkan ketika lapar dan kalau ingin tahu, boleh cuba memancing dan masak sendiri, barulah boleh bercerita macam mana rasanya isi ikan yang gemar menyumpit serangga. Jom Pancing!


 
Hosted by www.Geocities.ws

1