| ::Waktu Solat:: |
|
::Shoutbox:: |
|
| |
www.geocities.com/skuter_silver
PENAFIAN: Designer laman web ini tidak bertanggungjawab terhadap
apa jua keadaan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat
di dalam laman web ini.
Cadangan @ Komen bolehlah emelkan ke : [email protected]
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
| Adolf Hitler (5 Zulhijjah 1425 H / 16 Januari 2005) |
| Nama Asal Bulan (9 Safar 1426 H / 20 Mac 2005) |
| Tamadun Mana Yang Membunuh 6 Juta Yahudi (24 Muharram 1427 H / 23 Februari 2006) |
| Senarai Barang Yang Mengandungi Lemak Babi (24 Muharram 1427 H / 23 Februari 2006) |
| Salinan Kitab Hindu Diterjemah Ke Bahasa Melayu (24 Muharram 1427 H/23 Februari 2006) |
| Islam dan Logik (25 Muharram 1427 H / 24 Februari 2006) |
| Selsema Burung 'Avian Flu / Influenza' (25 Muharram 1427 H / 24 Februari 2006) |
| Bahasa PHP pengaturcaraan web sumber terbuka ( 29 Safar 1427 H / 30 Mac 2006) |
| Rempuhan Kapal di WTC ( / 16 Mei 2006) |
| Lebih 1200 Masjid Musnah di Palestin ( / 16 Mei 2006) |
| Rejim Tel Aviv Memiliki 300 Bom Nuklear ( / 16 Mei 2006) |
| Empat Sungai Paling Tercemar ( / 16 Mei 2006) |
2. Purata sebatang pensel boleh melakar garisan lurus sepanjang 56 km atau menulis 50,000 perkataan. America menghasilkan dua bilion batang pensel setiap tahun. Jika kesemua pensel itu digunakan utk membuat garisan lurus ia boleh membuat bulatan mengelilingi bumi sebanyak 9 kali
3. Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.
4. Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune.
5. Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak,
6. Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.
7. Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.
8. Kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan
9. Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km
10. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.
11. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.
12. Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.
13. Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan
14. Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi.
15. Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.
16. Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.
17. Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.
18. Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu
19. Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah
20. Terdapat banyak spesies
labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya
yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada
memakan sesama sendiri.
21. Sinaran kosmik daripada bintang-bintang yang berlanggar boleh menghasilkan
bahan berbahaya kepada muka bumi. Saintis mendakwa sinaran itu yang juga dikenali
sebagai radiasi boleh menyebabkan hidupan pupus dan menghasilkan spesis baru
melalui proses mutasi (perubahan genetik).
22. Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.
23. Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan kimia.
24. Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.
25. Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.
26. Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.
27. Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya.
28. Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica.
29. Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter.
30. Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf A.
31. Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir; selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal.
32. Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.
33. Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.
34. Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.
35. Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.
36. Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.
37. Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga.
38. Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000 telur setiap hari.
39. Andai kesemua bungkah air batu- dianggarkan 23 juta kilometer padu - di dunia cair pada satu ketika, kandungan air lautan meningkat 1.7 peratus. Peningkatan yang sedikit ini bagaimanapun menaikkan paras air sehingga 60 meter daripada yang sediada. Jika ini berlaku, sebahagian besar tanah daratan di dunia akan berubah menjadi lautan.
40. Jambatan gantung dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Jepun dikatakan paling panjang di dunia. Berukuran 124 meter panjang dan 4 meter lebar, bahagian tengah bersambung untuk memudahkan ia diangkat apabila kapal lalu di bawahnya. Kos pembinaan adalah lebih murah daripada membuat terowong bawah laut.