Cara merebak
1. Penyakit ini boleh merebak melalui sentuhan secara langsung dengan burung
atau ayam yang dijangkiti, terutama najis dan cecair badan, makanan tercemar,
air, peralatan sangkar, kenderaan pengangkut, telur pecah dan pakaian yang
tercemar
2. Selsema burung boleh menjangkiti manusia melalui sentuhan secara langsung
dengan burung liar atau diternak melalui cecair pernafasan, bahan kumuhan
dan permukaan yang tercemar.
Nasihat bagi orang
awam dan pengguna
1. Basuh tangan menggunakan sabun dan air sebelum dan selepas mengendalikan
daging ayam dengan teliti
2. Bersihkan permukaan meja dan peralatan memasak sebelum dan selepas memasak
3. Masak daging ayam / itik / burung dengan sempurna luar dan dalam.
4. Elakan memakan makanan separuh masak seperti telur (mata kerbau, telur
rebus setengah masak, daging stim, nasi ayam dan sebagainya)
5. Elakkan tempat yang mempunyai burung liar terutama burung air
6. Lapurkan dengan segera sebarang kematian atau penyakit luar biasa di kalangan
ternakan ayam / itik / burung
7. Lapurkan dengan segera sebarang kes masalah pernafasan dikalangan mereka
yang pernah terdedah kepada ayam / itik / burung yang sakit.
8. Kawal pergerakkan anda kedalam kawasan ternakan seperti kawasan penyembelihan
dan kawasan memproses daging ayam / itik / burung.