* * * * * * * * * * * * * * * * * * *
LEBIH 1200 MASJID TELAH DIMUSNAHKAN DI PALESTIN
Tue | Apr 18, 06 | 01:39:49 PM Oleh Ibnu Ismail

Mungkin ramai tidak mengetahui bahawa sejak menjajah bumi Palestin pada tahun 1948, tentera Yahudi telah meroboh lebih daripada 1,200 buah masjid dan musolla milik umat Islam. Bahkan Al Quds Press melaporkan bahawa 18 buah masjid ditukar menjadi biara (kuil) Yahudi, 16 buah lagi dijadikan kandang lembu, restoren, pejabat kerajaan Zionis dan sebagainya. Masjid Qaisaria, Masjid Asqalan dan Masjid Ain Haudh telah ditukar menjadi kedai arak. Masjid Ain Zaitun dan Masjid Al Bassah pula dijadikan kandang lembu dan kambing.

Lebih dahsyat daripada itu, sebuah masjid di Safad iaitu Masjid Al Ahmar dijadikan tempat melakonkan aksi lucah bagi penerbit-penerbit filem porno Israel. Beberapa hari lalu pula, Setiausaha Agong Liga Arab, Dr Amru Musa mendakwa memperoleh pita rakaman projek yang telah siap dibina di bawah Masjidil Aqsa yang terdiri daripada biara Yahudi dan muzium. Ini menguatkan dakwaan yang mengatakan bahawa Yahudi bercita-cita untuk merobohkan Masjidil Aqsa dan menggantikannya dengan biara Yahudi yang dikenali sebagai Haikal Sulaiman.

Hosted by www.Geocities.ws

1