|
|
|
3.0 Pengenalan 3.1 Tujuan 3.4 Aspek -aspek Dalam Penilaian 3.5 Borang Penilaian
3.0 Pengenalan Industri komputer pada masa kini berkembang pesat. Kaedah pengajaran-pengajaran tradisional turut mengalami anjakan paradigma. Kewujudan perisian-perisian PPBK dalam membantu pengajaran dan pembelajaran semakin banyak. Perisian-perisian PPBK yang terdapat di pasaran berbeza-beza dari segi kualiti. persembahan dan isi kandungannya. Kebanyakan perisian-perisian ini disediakan oleh luar negara dan tidak memenuhi kurikulum pelajaran di Malaysia. Oleh itu adalah wajar bagi pihak ibu bapa, guru, pentadbir, kementerian pendidikan membuat penilaian terlebih dahulu terhadap perisian-perisian PPBK yang hendak diterima pakai. Dalam penilaian PPBK, seperti digariskan oleh Alessi S.M. dan Trollip S.R. (1995) terdapat tiga faktor utama yang perlu dititikberatkan dalam penilaian iaitu fasa ulasan kualiti(Quality Review Phase), ujian percubaan(pilot test) dan kesahan (validation). Rujuk carta.
3.1 Tujuan Menentukan kualiti perisian dari segi pedagogi dan reka bentuk.Menentukan kesesuaian
perisian dengan kurikulum pendidikan di Malaysia. Boleh diterima pakai dalam jangka
hayat yang berterusan. Membaiki kesilapan samada dari segi isi kandungan atau
teknikal. Memurnikan aktiviti/latihan tambahan. Menghasilkan perisian yang kos
efektif dan stabil. Memastikan keupayaan bahan PPBK dapat mempertingkatkan tahap
pembelajaran bagi sesuatu topik dan memastikan perisian PPBK tidak membosankan
pengguna serta boleh digunakan berulang kali. Terdapat empat jenis penilaian iaitu penilaian formatif, sumatif, iluminatif dan integratif. Penilaian Formatif membantu memperbaiki rekabentuk perisian PPBK. Penilaian formatif dijalankan ke atas sesuatu perisian sedang dibangunkan, setiap ujian yang dilaksanakan bertujuan untuk memperbaiki kelemahan perisian PPBK yang dibangunkan. Perisian ini masih boleh diuji selagi sumber masih diperbaiki. Ini merupakan cara penilaian mudah untuk membantu pembangun perisian menguji perisiannya kepada pengguna. Kaedah 'open ended' iaitu kesimpulan terakhir digunakan untuk melapor masalah yang timbul dan mencadangkan cara bagi mengatasinya. Dalam perancangan membangunkan perisian, seseorang pembangun perisian yang berpengalaman akan menggunakan penilaian formatif terhadap perisian yang dibangunkan. Pengujian dan maklum balas dari pengguna merupakan sumber utama bagi menghasilkan kualiti perisian yang baik. Pengujian terhadap perisian PPBK hendaklah dijalankan mengikut masa yang ditetapkan agar segala kelemahan dapat diatasi sehingga tempoh pembangunan perisian tamat. Dalam penilaian formatif, pengguna yang merupakan pelajar-pelajar dalam situasi pengajaran dan pembelajaran sebenar amat membantu dalam menentukan kualiti perisian PPBK ini. Antara kaedah yang difgunakan dalam porses penilaian formatif ialah pemerhatian, penilaian kandungan, soal selidik, temubual, 'automatic tracking', 'anecdotal response' dan 'talk aloud'. Data penilaian formatif mengenai PPBK yang dibangunkan boleh diperoleh dari kaedah-kaedah penyelidikan. Menurut Flagg B.N. (1990), kaedah primer iaitu temubual, pemerhatian dan analisa rekod boleh dilaksanakan bagi mengumpul data. Penilaian sumatif dilakukan selepas proses pengujian. Penilaian sumatif bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas daripada pengguna. Penilaian sumatif membantu pengguna memilih perisian PPBK yang hendak digunakan. Maklum balas yang diperoleh akan digunakan untuk memurnikan perisian PPBK tersebut agar tercapai matlamatnya. Jika perlu, perubahan atau peningkatan akan dilakukan. Dalam penilaian sumatif 'blue print' untuk projek pembangunan pakej seterusnya dapat disediakan. Penilaian iluminatif menunjukkan aspek antropologi ketika penggunaannya. Penilaian iluminatif menampilkan ide dasar kepada penyelidik untuk menjiwai perasaan, merasai cara berfikir dalam keadaan diri pengguna seperti pelajar dan guru dan bukan seorang penyelidik. Oleh itu perisian PPBK yang dibangunkan dapat memenuhi keperluan pengguna dan bukan kehendak pembangun perisian. Penilaian ini menggunakan kaedah 'open ended' bagi membolehkan penyelidik mengesan isu utama yang ingin dibangkitkan dan dapat mengelakkan salahtafsiran maklum balas Penilaian integratif melihat hakikat penggunaan perisian PPBK di dalam pengajaran dan pembelajaran sebenar. 3.3 Kaedah Penilaian PENDEKATAN SENARAISEMAK Machell & Saunders (1991 telah memperkenalkan pendekatan berstruktur untuk
PENDEKATAN EKSPERIMEN Tinjauan literatur lepas bagi kaedah eksperimen, membuat perbandingan antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Jurnal-jurnal pendidikan mempunyai banyak contoh dalam pendekatan kaedah eksperimen untuk membuat penilaian bagi tujuan kajian. Pendekatan ini mempunyai dua ciri utama. Ciri pertama selalunya kaedah ini mahal dari segi masa dan usaha penyelidik . Kaedah eksperimen yang mudah biasanya memakan masa selama satu hingga dua tahun untuk dikaji. Itupun belum mengambilkira input guru dan rakan penyelidik. Hal ini menyebabkan idea baru tidak dapat dibuktikan. Ciri kedua pula kaedah eksperimen terdedah kepada kritikan bahawa kesudahan kajian bergantung kepada banyak faktor
Flagg. B.N. 1990. Formatif Evaluation for Education Technologies: Hillsdale. Lawrence Erlbaum. S. M. Alessi & S.R. Trollip . 1995. Computer based instruction method and development: Eaglewood Cliffs: Prentice Hall, Inc. Wan Salihin Wong Abdullah. t.th. Pengenalan multimedia pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia Sloane, H. N. et al. 1989. Evaluating educational software: A guide for teachers. New Jersey: Prentice Hall Inc. (atas talian) http://staff.psy.gla.ac.uk/~steve/Eval.HE.html#Formative (20 Jun 2001) S.W Draper, M.I.Brown, F.P.Henderson, E.McAteer. (tanpa tarikh). Integrative evaluation: An emerging role for classroom studies of CAL.(atas talian) http://www.psy.gla.ac.uk/~steve (12 Jun 2001) S.W. Draper. 1996. Observing, Measuring, or evaluating courseware. (atas talian) http://www/psy.gla.ac.uk (12 Jun 2001) H. Hubbard. 1992. A methodological framework for CALL courseware development. (atas talian) http://owlnet.rice.edu/ling417/index.htm ( 19 Jun 2001) |