TUGASAN 4
Home Up TUGASAN 1 TUGASAN 2 TUGASAN 3 TUGASAN 4 TUGASAN 5 TUGASAN 6 TUGASAN 7

 

SPEKSIFIKASI KEPERLUAN PERISIAN PPBK

Isi Kandungan:
                                       

4.1 Matlamat Pengajaran

4.2 Objektif Pembelajaran

4.3 Kumpulan Sasaran

4.4 Komponen Kemahiran Berfikir

4.5 Komponen Nilai-nilai Murni

4.6 Komponen Kandungan

4.7 Komponen Pedagogi

4.8 Tajuk Perisian

4.9 Strategi Penggunaan Perisian

4.10 Sumber Sokongan Penggunaan

4.11 Antaramuka Pengguna

4.12 Komponen Pengkomputeran

Rujukan

4.1 Matlamat Pengajaran

 Perisian ini dibina bagi memudahkan pelajar memahami dan mendalami tajuk Perkakasan di samping memperbanyakkan bahan bantu mengajar (BBM) dan bahan bantu belajar (BBB).

4.2 Objektif Pembelajaran

a)      Objektif Kognitif

     pelajar dapat memperihalkan dengan jelas sejarah perkembangan komputer bermula dari tiub vakum hingga kini.

     Pelajar dapat menerangkan dengan tepat pengertian perkakasan komputer.

     Pelajar dapat menjelaskan dengan betul perkaitan antara operasi logik dan aritmetik komputer menggunakan nombor perduaan dan perenambelasan

     Pelajar dapat menjelaskan perkaitan di antara bit dan bait.

b)      Objektif Psikomotor

     pelajar dapat memasang komponen-komponen komputer pada papan induk dengan tepat

 c)      Objektif Afektif

     pelajar  berminat dengan tajuk Perkakasan khususnya dan subjek Teknologi Maklumat amnya.

     Pelajar merasa seronok untuk mendalami tajuk Perkakasan.

 

4.3 Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran bagi perisian PPBK ialah pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 sebagai pengguna primer. Pelajar-pelajar ini mengambil Teknologi Maklumat sebagai subjek elektif dalam peperiksaan SPM. Pengguna sekunder boleh terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Teknologi Maklumat, mereka yang berminat untuk mengenali konsep asas sistem.

4.4 Komponen Kemahiran Berfikir

Elemen KBKK adalah :

  1. membuat inferen
  2. menyusun mengikut urutan
  3. menerangkan sebab
  4. membanding dan membeza
  5. menjana idea

4.5 Nilai Murni

         Untuk memastikan perisian yang dibangunkan berunsur nilai tempatan, nilai-nilai murni yang akan diterapkan ke dalam perisian ini ialah

  1. Bekerjasama
  2. Berdikari
  3. Bertanggungjawab

4.6 Komponen Kandungan

 Topik   :           Perkakasan

Subtopik :

  1. Sejarah komputer

    1. Generasi Pertama

    2. Generasi Kedua

    3. Generasi Ketiga

    4. Generasi Keempat

    5. Generasi masakini

  2. Perkakasan

  3. Operasi logik dan aritmetik

  4. Nombor Asas Perduaan dan Perenambelasan

    1. Jadual TAK, DAN dan ATAU

  5. Bit dan Bait

4.7 Komponen Pedagogi

Komponen pedagogi bagi perisan PPBK tajuk Perkakasan ini adalah pendekatan tutorial, latih tubi dan permainan.

4.8  Tajuk Perisian

 “KENALI PERKAKASAN , KUASAI KEMAHIRAN.”

4.9   Strategi Penggunaan Perisian PPBK

Perisian PPBK yang dibangunkan menggunakan pendekatan tutorial dan latihtubi. Bagi mempelbagaikan teknik pengajaran guru pelajar-pelajar boleh belajar menggunakan perisian dan guru sebagai fasilitator, membimbing pelajar jika perlu. Pengajaran dan pembelajaran perisian PPBK adalah berpusatkan pelajar. Penyampaian bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran boleh dikawal oleh komputer atau perisian PPBK atau oleh pelajar sendiri atau kedua-duanya. Pengajaran dan pembelajaran bersifat 'user control' di mana pelajar boleh menentukan isi kandungan pelajaran, turutan penyampaian pelajaran, memaut ke mana-mana isi dan aktiviti mengikut tahap kendiri, terarah kendiri dan mengikut kemampuan kendiri. Pelajar boleh menggunakan perisian ini di luar waktu kelas jika tidak faham.

4.10   Sumber Sokongan Perisian

Berdasarkan metadologi pembangunan perisian PPBK, perisian PPBK ini baru berada dalam tahap analisis sistem. Oleh itu sumber sokongan kepada penggunaan perisian PPBK ialah

  1. Lembaran kerja yang disediakan guru.
  2. Cakera padat (CDROM) dari pasaran yang berkaitan dengan topik perkakasan.
  3. Internet - maklumat dari enjin pencarian.
  4. Perbincangan Maya - perbincangan di antara pelajar-pelajar dan pengguna internet
  5. Perpustakaan - pelajar mendapat maklumat dari buku-buku.

4.11 Antaramuka Pengguna

  1. skrin paparan pengenalan kepada topik perkakasan
  2. skrin paparan menu utama (5 pilihan topik)
  3. skrin paparan untuk keempat-empat topik iaitu sejarah perkembangan komputer, perkakasan komputer, operasi logik dan konsep bit dan bait serta tamat perisian.
  4. skrin paparan operasi logik(2 pilihan) iaitu nombor perenambelasan dan nombor perduaan.
  5. skrin paparan konset bit dan bait(1 pilihan) iaitu perhubungan bit dan bait.

Ciri-ciri Antaramuka Perisian PPBK

Ciri-ciri antaramuka yang terdapat dalam PPBK ini adalah hyperteks, interaktif, multimedia, navigasi, konsistensi, kreatif, penemuan kendiri, capaian mudah, berkualiti dan dapat menghiburkan pengguna.

4.12 Komponen Pengkomputeran

Perisian PPBK ini akan disimpan dalam cakera padat(CDROM) dan berfungsi secara standalone. Ia boleh dikompilkan agar dapat beroperasi dalam sebarang pelantar.

Perkakasan yang diperlukan adalah

  1. Komputer

  2.  Pemprosesan berkelajuan Pentium III 866MHz ke atas

  3. Ingatan capaian rawak sekurang-kurangnya 32MB RAM

  4.  Pemacu CDROM 24X Kelajuan

  5. SVGA Monitor

  6.  Mikrokomputer cakera keras sekurang-kurangnya 10GB

  7. Tetikus dan papan kunci

Perisian yang diperlukan

  1. Sistem Pengoperasian Windows 95/98/2000

  2. Authorware versi 4.0 keatas

  3. Adobe Photoshop

  4. Sound Fodge XP

Rujukan

Tham Yew Meng. 1997. Pengajaran dan pembelajaran     berbantukan komputer. t.tp.:t.pt.

Zoraini Wati Abas. 1993. Komputer Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Penerbit    Fajar Bakti Sdn.Bhd.

 

 

 

 

 

 

 

 

 
Hosted by www.Geocities.ws

1