|
|
|
2.0 Pengenalan 2.1 Latar Belakang
2.2 Aspek Penilaian
2.5 Peluang : Persoalan Kajian 2.6 Matlamat Kajian
2.8 Penutup
2.0 PENGENALAN Cabaran keenam daripada sembilan cabaran dalam Wawasan 2020, iaitu cabaran untuk melahirkan sebuah masyarakat saintifik, progresif, innovatif dan berpandangan jauh kemudiannya menjadi penyambung kepada peradaban teknologi dan bukan sebagai pengguna teknologi. Berturutan dengan itu maka mata pelajaran Teknologi Maklumat telah diperkenalkan di sekolah menengah di Malaysia pada tahun 1999, dan pelajar-pelajar "pilot " dari Sek. Men. Keb. Gombak Setia, Selangor yang mengambil mata pelajaran ini sebagai satu mata pelajaran SPM tahun 2000. Sukatan mata pelajaran Teknologi Maklumat meliputi 6 bab.Kami memilih bab 1 iaitu Sistem Komputer yang meliputi :
Topik yang ditekankan ialah Perkakasan. 2.1 LATAR BELAKANG Matlamat dan Objektif mempelajari tajuk ini ialah mengetahui dan memahami sejarah perkembangan komputer bermula dari teknologi tiub vakum hingga kini, mengetahui makna perkakasan komputer, menerangkan antara perkaitan nombor asas perduaaan dan perenambelasan dengan operasi logik dan aritmetik dan mengetahui serta memahami konsep bit dan bait. Kandungan Sukatan Pelajaran Teknologi Maklumat boleh
dibahagikan kepada beberapa bidang ilmu iaitu pengetahuan dan kefahaman tentang
Perkakasan, kemahiran berkomunikasi kemahiran mengendalikan sistem
komputer dan nilai. Pendekatan / kaedah P&P Sekarang Di bawah topik Perkakasan, biasanya kaedah yang digunakan ialah penerangan guru menggunakan teknik syarahan. Pelajar diberikan tugasan secara individu atau kumpulan. Pelajar mencari bahan pengajaran dan pembelajaran di internet Bahan Bantu mengajar (BBM) Sekarang Penggunaan BBM dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang bersesuaian banyak membantu pelajar memahami sesuatu tajuk, mendalami isi pengajaran dan juga menarik minat pelajar untuk terus mengikuti P&P. Pemaparan slaid Powerpoint pada skrin menggunakan projektor (LCD Panel) bagi tujuan menyampaikan isi pengajaran akan memudahkan pelajar memahami tajuk yang disampaikan. Beberapa contoh komponen utama perkakasan dipamerkan kepada pelajar bagi memastikan pelajar benar-benar mengetahui komponen tersebut dan memahami fungsinya. Nota yang disediakan di atas kertas dan diedarkan pada awal proses P&P juga boleh membantu pelajar memahami topik yang akan diajar guru. 2.2 Aspek Penilaian Aspek penilaian sangat penting dalam proses P&P. Penilaian boleh diadakan sebelum proses pengajaran dan pembelajaran, semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan selepas proses pengajaran. Di antara cara-cara yang digunakan ialah :
Kurikulum yang sedia ada merangkumi skop perkakasan yang sesuai dengan tahap pelajar-pelajar yang mengambil mata pelajaran teknologi maklumat bagi tingkatan 4 dan 5. Tiga aspek yang diberi penekanan dalam sukatan pelajaran teknologi maklumat ialah pengetahuan dan kefahaman tentang perkakasan, kemahiran berkomunikasi dan penerapan nilai. Di antara nilai yang diterapkan adalah bekerjasama, bertanggungjawab, menghargai dan bersistem. Topik perkakasan ini sesuai disampaikan menggunakan kaedah syarahan kerana topik ini melibatkan penerangan. Ada sub-sub topik di mana pelajar diberi tugasan secara individu atau berkumpulan. Bagi setiap tugasan tersebut pelajar dikehendaki mendapatkan bahan rujukan dari buku dan internet. Guru memaparkan maklumat di dalam slaid-slaid Microsoft Power Point dengan menggunakan projektor LCD Panel. Penggunaan LCD dalam pengajaran dapat menarik perhatian pelajar serta mengurangkan kaedah chalk and talk. Guru mempamerkan bahan konkrit seperti RAM, BIOS, Expansion Slot, Kad dan jumper bagi topik komponen asas sistem komputer. Pelajar-pelajar diberi nota edaran oleh guru di awal pengajaran bagi membantu pelajar memahami topik dan pelajar tidak perlu membuang masa menyalin nota. Nota edaran ini juga dapat membantu guru menghabiskan sukatan pelajaran dalam masa yang ditetapkan. Penilaian yang digunakan ialah penilaian berterusan seperti soalan kuiz, ujian objektif, tugasan ringkas dan aktiviti amali. Penilaian berasaskan elemen subjek pula meliputi tugasan individu yang berbentuk lisan, potfolio, esei terhad, esei terbuka, perbincangan, temubual, soaljawab, ujian amali dan BCI. Guru akan mencatat penilaian di rekod pembelajaran individu. Penilaian berasaskan proses dan hasil mengambilkira proses yang terlibat semasa pelajar menghasilkan sesuatu projek. Guru akan membuat penilaian dari mula sehingga tamat tempoh projek yang diberikan. Sukatan pelajaran bagi topik perkakasan melibatkan banyak pembacaan tapi kurang menekankan aspek kemahiran. Pelajar perlu banyak membaca untuk memantapkan kefahaman. Kaedah syarahan yang digunakan lebih berpusatkan kepada guru. Ianya bukan pembelajaran aktif kerana pelajar tidak terlibat. Ini menyebabkan pelajar kurang memberi perhatian dan cepat rasa bosan. Guru sekadar menggunakan slaid-slaid Microsoft Power Point dalam pengajaran. Tiada penggunaan perisian khusus bagi topik perkakasan kerana sukar untuk mendapatkan perisian khusus di pasaran. Guru perlu membuat banyak penilaian berasaskan elemen. Penilaian ini mengambil masa yang lama untuk setiap individu. 2.5 PELUANG
2.6 Matlamat Kajian Tujuan kami ialah untuk membangunkan satu perisian PPBK bagi tajuk Perkakasan dalam mata pelajaran Teknologi Maklumat. Dengan pembinaan perisian ini diharapkasn P&P akan menjadi lebih menyeronokkan.
2.8 PENUTUP Disebabkan mata pelajaran Teknologi Maklumat baru diperkenalkan maka bahan kursus seperti perisian kursus (courseware) lebih mengutamakan mata pelajaran bestari iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Guru-guru kurang kepakaran dalam membangunkan perisian PPBK ..........................................................1998. Sukatan Pelajaran Teknologi Maklumat : Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Pusat Perkembangan Kurikulum ......................................................... 1999. Huraian Sukatan Pelajaran Teknologi Maklumat : Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Pusat Perkembangan Kurikulum Abu Hassan Adam. 1991. Menghala wawasan 2020. Kuala Lumpur : Arena Ilmu Sdn. Bhd. Nuraihan Mat Daud. 1992. Computers and language teaching introduction. Suara Pendidik.15 Rujukan Internet: http://www.inaltus.com/Management/Strategy/ms-swot_analysis.asp |