|
|
|
Tiga faktor utama dalam penilaian perisian PPBK sebagaimana yang dinyatakan oleh Alessi S.M. dan Trollip S.R. b) Pilot Test c) Validation
TIGA FAKTOR UTAMA DALAM PENILAIAN PERISIAN PPBK
Quality Review Phase' atau Fasa Ulasan Kualiti merupakan fasa pertama yang menitikberatkan isi pelajaran yang akan diajar. Bahagian ini terdiri daripada 7 bahagian iaitu 'language and grammar', 'surface feature of the displays', 'question and menus', 'other issue of pedagogy', 'invisible function of lesson', 'the subject matter' dan 'off line materials'. Ketujuh-tujuh bahagian ini terbahagi kepada beberapa aspek penilaian yang lebih speksifik. Rujuk rajah di bawah.
Pilot Test atau ujian percubaan adalah proses menguji isi kandungan pelajaran PPBK terhadap sampel-sample tertentu. Sampel ini terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 4 atau 5 sekolah menengah yang mengambil mata pelajaran Teknologi Maklumat. Sampel-sampel ini dapat memberi gambaran sebenar mengenai isi kandungan pelajaran bagi perisian PPBK yang dibangunkan. Pembangun perisian PPBK dapat melihat kekurangan atau kebaikan dalam perisian PPBK melalui pemerhatian atau temubual. Ini adalah kerana sampel merupakan pelajar-pelajar sebenar yang telah belajar mata pelajaran ini. Terdapat 7 langkah-langkah dalam proses ujian percubaan ini. Kesemua langkah amat penting bagi memperoleh makmumat yang berguna.
Validation atau Kesahan merupakan proses terakhir penilaian. Kesahan diadakan dengan tujuan menyemak sejauh mana isi pelajaran ini berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran sebenar. Terdapat dua sebab utama mengapa proses kesahan ini penting. Pertama, Pengajaran dan pembelajaran dalam kehidupan sebenar adalah berbeza dengan keadaan pengajaran dan pembelajaran dalam ujian percubaan. Kedua, walaupun 3-4 sampel-sampel yang digunakan semasa ujian percubaan diambil dari satu populasi tetapi hasil percubaan tidak seratus peratus menggambarkan populasi tersebut. Hasil sebenar ujian berlaku apabila pengujian melibatkan ramai pelajar-pelajar. Kesahan terbahagi kepada dua bahagian iaitu Penilaian Percapaian(Assessment of Achiement) dan Penilaian Sikap(Assessment of Attitude). Matlamat utama bagi kesahan ialah untuk memastikan bahawa dalam minda pelajar-pelajar ada matlamat atau sebab belajar. Pertama. penilaian percapaian mengukur bilangan pelajar yang faham tentang isi pelajaran yang diajar pada hari itu samada sebelum atau selepas belajar dengan menganggap pelajar-pelajar belum terdedah kepada bahan lain bagi topik yang sama. Kedua kaedah biasa digunakan untuk memperoleh keputusan bagi menentukan prestasi pelajar terhadap isi pelajaran sebagai penunjuk setakat mana keberkesanan pengajaran dan pembelajarannya. Sebagai contoh prestasi cemerlang yang diperoleh pelajar membuktikan bahawa mereka mereka telah belajar topik tersebut dengan baik. Penilaian sikap pula, melihat kepada setakat mana pelajar-pelajar suka akan isi pelajaran yang diajar. Jika didapati laporan menyatakan bahawa pelajar-pelajar tidak menyukai isi pelajaran yang diajar maka ini menunjukkan bahawa terdapat kesangsian dalam isi pelajaran dan pembangun perisian PPBK perlu mencari jalan untuk mengatasinya.
|