lagi berita di dalam | rafeah1 | rafeah2 | rafeah3 | rafeah4 | rafeah5 | rafeah6 | rafeah7 | rafeah8 | rafeah9 | rafeah10 |kembali |
| KENANGAN AZIZ SATAR BERSAMA RAFEAH | ![]() |
![]() |
Seniman Aziz Satar ketika dihubungi mengakui
terkejut dengan berita kematian Rafeah, yang diketahuinya kira-kira jam 2.30
petang semalam (24-7-02) ketika berada di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Bangi.
" Dia adalah rakan lama saya. Kami kenal
sejak di Singapura lagi. Bila saya buat persembahan, dia juga ada untuk menyanyi.
Saya memang amat terasa kehilangannya. Sebagai kawan, saya suka, hormat dan
sayang padanya. Dia penyanyi berdisplin tinggi.
" Kenangan paling manis dengan dia ialah
ketika kami berada dalam keretapi. Saya adalah orang pertama yang
memperkenalkannya kepada Tengku Asmawi. Masa itu, kami berada dalam keretapi
untuk pulang ke Singapura selepas selesai satu persembahan di Bukit Ibam, Pahang.
Dalam keretapi, ada Tengku Asmawi dan dia memberitahu saya untuk berjumpa Rafeah.
Saya beritahu dia (Rafeah) bahawa ada orang hendak berkenalan.
"
Selang dua atau tiga minggu selepas peristiwa itu, Rafeah ada hubungi saya dan
meminta saya datang ke rumah, katanya rombongan Tengku Asmawi hendak masuk
meminang!" kata Aziz.