lagi
berita di dalam | rafeah1
| rafeah2 | rafeah3
| rafeah4 | rafeah5
| rafeah6 | rafeah7
| rafeah8 | rafeah9
| rafeah10 |kembali|
Teman artis rasai
kehilangan Rafeah (BERITA
HARIAN 26-7-02)
| KEMATIAN Biduanita
Sepanjang Zaman, Allahyarham Datin Rafeah Buang, awal pagi kelmarin
turut dirasai oleh teman artis khususnya rakan seperjuangan beliau. Bagi
mereka, Rafeah adalah seorang penyanyi yang berhemah dan sentiasa
menunjukkan sikap yang baik bukan saja di pentas tetapi juga dalam
kehidupan seharian. Berikut adalah pandangan yang diluahkan oleh teman
artis itu kepada Persada Seni. |

|
D J Dave:
“Kami memang bersahabat baik sejak dulu lagi. Jadi, berita kematian beliau
benar-benar mengejutkan saya. Saya terkilan kerana tidak dapat memberi
penghormatan terakhir pada beliau kerana baru pulang dari Sabah.
“Kali terakhir saya bertemu arwah ialah dua tahun lalu. Kalau tidak silap,
ketika tu kami sama-sama diundang menjayakan persembahan RTM. Tapi persembahan
bergerak di seluruh Sabah pada pertengahan 80-anlah yang mengeratkan lagi
persahabatan kami.
“Bagi saya Allahyarham sentiasa merendah diri, suka memberikan pertolongan
dan lemah-lembut. Sikapnya perlu dicontohi artis lain.”
l Sharifah Aini:
“Kali terakhir saya melawat arwah ialah selepas balik dari umrah, baru-baru
ni. Masa tu dia nampak OK dan boleh menjamah makanan.
“Sebagai sahabat, saya terasa kehilangannya. Dia antara rakan yang lembut
dan boleh bertolak ansur. Kawan dan peminat cukup menyenangi sikapnya.
“Kalau terserempak di mana-mana mesti kami tidak lepas berbual. Ada saja
cerita yang boleh kami kongsi bersama. Biasanya kami berborak kisah lucu.”
l Ahmad Jais:
“Persahabatan kami bermula sejak bergelar penyanyi pada era 60-an. Ketika
itu, kami kerap diundang menjayakan persembahan pentas bersama-sama.
“Tambahan pula ketika itu lagu duet kami, Juwitaku Sayang meletup di radio.
Banyaklah tawaran persembahan pentas diterima.
“Walaupun tidak aktif menyanyi selepas kahwin, sesekali Rafeah akan memenuhi
permintaan peminat. Kami juga masih saling bertanyakan khabar hinggalah saat
beliau diserang barah. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan mereka yang soleh.”
l Zaienal Abidin Omar (Penasihat Persatuan Karyawan
Malaysia)
“Karyawan ralat kerana Allahyarham sepatutnya menerima Anugerah Seri Wirama
pada AIM 2002, April lalu seperti yang dicadangkan dalam beberapa akhbar
tempatan. Ia sepatutnya berlaku ketika hayat Allahyarham masih ada, sebaliknya
ia tidak diambil kira oleh pihak penganjur.
“Kami juga ingin mencadangkan supaya pihak RTM dapat menerbitkan sebuah
rancangan khas bagi memperingati sumbangan serta bakatnya. Kami juga bercadang
untuk menganjurkan majlis tahlil yang akan berlangsung pada masa terdekat ini.”
l Anita Sarawak:
“Saya mula kenal arwah ketika usia saya 18 tahun, di Singapura. Ketika itu
saya memang minatkan lagu-lagu nyanyian beliau. Hinggalah suatu ketika kami
selalu diundang menyanyi bersama-sama dalam banyak program radio, TV dan
pertunjukan pentas. Ia membuatkan persahabatan kami semakin erat.
“Selama ini saya kagum sikap beliau yang begitu bersopan santun, lembut dan
suka melemparkan senyuman. Apapun, saya amat terharu dengan kekuatan
semangatnya melawan penyakit barah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas
rohnya.”