Welcome!!!

:: Home  ::  Profile  ::  E-Album  ::  Link  ::  Guestbook  ::
Main Menu
· Home
· Profile
· E-Album
· Link
· Guestbook
 
Information Technology
· Tutorial
· Computer
· Motivation
· MSC
· Virus
· Glosari
 
Ukhwah
· Ibu Utama
· Insaf
· Muzakarah
· Qursi
· Hari
· Hadis
· Tazkirah
 
Fun

· Ring Tones
· Cord & Guitar Tab
· Lyrics
· Wrestling
· Jokes & Horror

· My Top Ten List
· What Da???

 
Hadis Nabi SAW
Sabda Rasulullah saw maksudnya:"Siapa yang menjurusi satu jalan untuk mencari ilmu padanya nescaya Allah akan mempermudahkan padanya jalan ke syurga." (Muslim:4/2074 no:2699)
 
Real Counter
 
 
Intro

 
Tazkirah

 

Taraf Keikhlasan Kita 

ADAKAH AKU IKHLAS? 
Kita semua maklum bahawa keikhlasan itu menjadi pra-syarat untuk apa-apa 
amalan kita diterima oleh Allah swt. Kerana kita inginkan amalan kitalah 
yang bakal menjelma sebagai makhluk yang indah bila kita di dalam alam 
barzakh nanti, kita berharap agar amalan kitalah yang dapat membela kita 
pada hari pembalasan kelak. 
Sudah tentu, niat pada permulaan kita membuat sesuatu, hinggalah ke akhirnya 
perlulah hanya kerana Allah semata-mata. Tidak kira amalan itu menyentuh 
perkara peribadi mahupun dalam kehidupan berdakwah. Namun, ibarat kita 
hendak mengenal samada kita sudah terkena penyakit 'chicken pox' dsbnya, ada 
tanda-tanda yang dapat menolong kita memastikan adakah benar kita ini 
ikhlas. 
Antaranya :- 
1. Kita takutkan sanjungan dan pujian manusia. 
2. Kita tidak berasa hati apabila usaha dikritik oleh manusia. 
3. Kita tidak berasa bangga bila dipuji. 
4. Kita sentiasa menganggap diri cuai dalam ibadah akibat sikap taajub akan diri sendiri. 
5. Tidak malas, lembab dan ketinggalan dalam kesusahan. 
6. Tidak jemu dalam berusaha mengajak orang kepada Islam. 
7. Tidak menjauhkan diri dari jemaah walau dicaci manusia. 
8. Di dalam organisasi/jemaah, tidak teringin menjadi ketua tetapi tetap bekerja dan menyumbang. 
9. Menjadi pemimpin atau pengikut, mana satu tidak menjadi hal. 
10. Tidak marah malah gembira, bila muncul seorang yang baru menjadi ketua 
(namun bukan bermaksud tanggungjawabnya sendiri berkurang, kerana amanah 
bukan dari manusia tetapi dari Allah) 

Begitulah antara perkara-perkara yang perlu kita perhatikan. Ini hanyalah 
panduan sahaja sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan amalan diri kita 
sendiri bersih dari sifat ria', taajub, takabbur dan seumpamanya. Pekerjaan 
yang zahirnya baik, tetapi jika diselimuti oleh segala sifat yang batil 
tersebut, maka sia-sialah di sisi Allah swt. Hatta mereka yang berperang di 
saff hadapan dan mati di medan peperangan. Walau bagaimanapun, atas 
kelemahan manusia, tidak layak sebenarnya untuk menilai atau menghukum orang 
lain ikhlas ataupun tidak. 

Dalam satu kata-kata ulamak, ada ulamak yang mengatakan untuk membayangkan 
ikhlasnya seseorang itu seperti seekor semut yang hitam yang berjalan diatas batu yang hitam pada waktu malam ( yg pekat legam ). Betapa besarnya hati manusia itu, apa bila merasakan hatinya itu ikhlas terhadap Allah ta'ala. 

Perlu diingatkan juga, dalam satu hadith nabi.. telah berkata " 3 golongan yang 
tidak diterima allah ta'ala untuk masuk ke syurga, kemudian ditanya kepada nabi 
apakah golongan itu, maka nabi menjawab 1. Orang-orang kaya menginfaqkan ( 
sedekah ) sebahagian hartanya di jalan allah, tetapi tidak ikhlas. 2. 
Orang-orang yang berjihad di jalan allah, mahupun perang atau sebagainya. 3. 
Orang-orang alim ulamak yang menyampaikan ilmu itu tetapi tidak ikhlas kerana 
Allah ta'ala" 
Jadi sahabat dan sohabiat yang dirahamtilah Allah sekalian dapat kita renungkan 
betapa besar ikhlas tu perlu wujud pada hati masing. Syaitan sentiasa merasuk 
diri anda supaya mengkianati Allah ta'ala. oleh itu sentiasalah menyucikan jiwa 
anda dari perasaan hasad dan dengki serta riak yang membinasakan diri kita di 
akhirat kelak. 

Kita hanya boleh melihat yang zahir sahaja. Allah swt yang Maha Mengetahui 
dan hanya Allah swt sahajalah yang berhak membalas segala amalan. Samada 
amalan yang baik atau sebaliknya. 

Sama-samalah kita berdoa: 

Wahai Tuhan kami! 
Perbaikilah hati kami, 
hapuskanlah cacat cela kami, 
pimpinlah kami ke arah kebaikan, 
hiasilah kami dengan taqwa, 
kurniakanlah kepada kami 
taat setia kepadaMu 
sepanjang hidup kami. 
Tuhan kami! Jadilah kami ikhlas kepadaMu, 
syukur kepadaMu, 
bertawakkal kepadaMu, 
taubat kepadaMu, 
khusyuk kepadaMu. 
Wahai Tuhan kami! 
Sesungguhnya kami mohon kepadaMu 
ketetapan di dalam urusan ini 
keazaman di dalam hidayah 
tolonglah kami mengingat Engkau 
menyebut namaMu 
mensyukuri Engkau 
baik ibadat kepadaMu. 

 

 
 
Search


 
Commercial

 
Hadis Nabi SAW
Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Kaa'bah.
 
Big Story of Today
There isn't a Biggest Story for Today, yet.
 

All logos and trademarks in this site are property of their respective owner. The comments are property of their posters, all the rest © 2005 by me
© 1999-2006 protozoa99 All Rights Reserved ®

Hosted by www.Geocities.ws

1