|
|
| Sabda Rasulullah saw
maksudnya:"Siapa yang menjurusi satu jalan untuk
mencari ilmu padanya nescaya Allah akan
mempermudahkan padanya jalan ke syurga."
(Muslim:4/2074 no:2699) | |
| | | | |
|
|
|
|
Larangan Mencari Aib Orang Lain
Sabda Rasullullah S.A.W yang bermaksud :
Dari Abu Burdah Al-Islami bahawa Rasullullah S.A.W menaiki mimbar lalu menyeru
dengan suara yang lantang
" Wahai Orang-orang yang mengaku Islam dengan lidah sahaja dan tidak meresap
iman ke dalam hatinya, Janganlah kamu menyakiti orang Islam lain dan jangan
memberi malu mereka itu dan jangan kamu mencari keaipan mereka itu kerana
sesiapa yang mencari keaipan saudaranya nescaya Allah akan keaipannya pula dan
sesiapa dicari keaipannya nescaya akan terdedah keaipannya walau dalam perut
kenderaannya sekalipun."
(Riwayat Al-Tarmizi)
Peluang Dan Masa Bersedekah
Dari Abi Musa Radiallahhu-anhu,daripada nabi S.A.W bersabda :
" Adalah wajib ke atas tiap-tiap orang Islam memberi sedekah."Sahabat-sahabat
bertanya:"Bagaimana kalau tidak ada harta untuk memberi sedekah?", Jawab Baginda
: " Dia bekerja dengan tangannya(usahanya) maka ia dapat memberi manafaat kepada
dirinya dan ia bersedekah".Maka mereka bertanya lagi :"Kalau tidak ada juga?",
Baginda bersabda : " Dia menolong Orang berhajat yang memerlukan pertolongannya",
Mereka bertanya lagi , "Kalau tidak dapat?", Sabda Nabi S.A.W " Hendaklah
membuat maaruf dan menahan membuat kejahatan,maka sesungguhnya dapat juga
baginya pahala sedekah"
(Riwayat Al-Bukhari dan perawi lain)
Berusaha Memperkuatkan Diri
Dari Abi Hurairah Radiallahhu-anhu berkata,Nabi S.A.W bersabda :
" Bahawa orang mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih disukai oleh Allah dari
orang mukmin yang lemah dan pada sekeliannya itu adalah kebaikan.Rebutlah
perkara perkara yang memberi manafaat kepada engkau dan pohonlah pertolongan
dari Allah dan jangan sekali-kali kamu merasa lemah dan jika kamu ditimpa oleh
sesuatu kesusahan maka janganlah kamu berungut sedih "oh kalau aku berbuat
begini tentu akan jadi begini atau begitu!!!" akan tetapi katakanlah " Sudah
ditakdirkan oleh Allah pada azali lagi dan apa yang Allah kehendaki itu tetap
terlaksana" maka bahawasanya perkataan "kalau" itu engkau membuka peluang kepada
amalan syaitan".
(Riwayat Muslim)
Bagaimana Allah Menghapuskan Ilmu
Pengetahuan
Dari Abdullah bin Umar bin Al-ans Katanya :" Saya mendengar Rasullullah S.A.W
Bersabda"
"Sesungguhnya tuhan tidak mencabut(menghilangkan) ilmu pengetahuan dengan cara
mencabut dari dada manusia,tetapi tuhan menghapuskan Ilmu pengetahuan dengan
cara mematikan ulamak-ulamak hingga tidak ada lagi orang alim(bijak pandai),
Ketika itu manusia kan memilih ketua-ketua mereka dari kalangan orang yang
jahil,Maka apabila di tanya(meminta fatwa) maka ketua-ketua itu akan memberi
fatwa dengan tidak ada ilmu pengetahuan,Maka ia adalah SESAT dan MENYESATKAN
Hadist riwayat: (Mukhtafat- alaih)
| |
|
| | | |
|
|
|
| Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang
meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding
dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an,
membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di
dalam Kaa'bah. | |
| | | | |
|
|
| There isn't a Biggest Story for
Today,
yet. | |
| | | | |
|